Showing posts with label Rawatan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan. Show all posts

Monday, October 16, 2017

Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)


Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment) | Assalamualaikum semua. Sakit tak rawatan akar gigi ni? Mahal ke tak rawatan ni? Macam mana prosedur nak buat rawatan ni? Macam mana boleh tahu kita kena lalu rawatan ni? Haa, macam-macam soalan kat kepala aku ni bila tiba tang gigi. Asal sakit gigi je rasa macam gigi ni rosak ke, nak kena cabut ke, nak kena tampal ke? Gitulah dilema dia. Over sangat sampai nak dilema. Tapi ada orang sakit gigi pun sanggup tahan sebab takut nak jumpa doktor gigi. 😂 Tapi alhamdulillah, aku okay je jumpa doktor gigi. Tipulah tak takut langsung, tapi okay jelah. Gitu.

Alkisah mulanya pasal gigi ni lepas bersalin Daryan. Lama dah, hampir 10 bulan yang lepas. Dalam pantang tu, aku rasa gigi aku ngilu sangat. Dia bukan sakit, tapi ngilu. Tak selesa. Aku fikir masa tu mungkin kekurangan kalsium, faktor mengandung. 😅 Acah pandai buat kesimpulan sendiri. So, aku biar jelah, minum susu untuk tambah kalsium. Gitu kesimpulan yang aku buat. Dalam seminggu dua macam tu, hilang dah ngilu tu. Serius, gigi tu macam back to normal, tak sakit tak ngilu okay saja. For information, dari luaran gigi tu nampak perfect (kahkahkah), tak adalah nampak berlubang ke apa. Tu yang pelik kenapa ngilu.

Selepas beberapa bulan, dalam 7 8 bulan macam tu, ngilu tu datang balik. Tapi tak ngilu teruk sangat macam memula kena. So, sebagai langkah berjaga-jaga, aku pun ajak suami pergi klinik gigi sebab nak tau kenapa gigi tu. Apa masalah dia sampai bagi masalah kat aku 😁. Sebelum ke klinik gigi tu, aku google simptom yang aku hadap tu, dan akhirnya aku baca pasal rawatan akar gigi. Aku macam dah rasa yang aku kena buat rawatan ni. Naluri tu kata cmtu. Gitulah.

14/08/2017, suami bawa aku ke Klinik Pergigian UITM Shah Alam. Orang luar pun boleh buat rawatan kat sini, so jangan risau. Kebetulan aku datang klinik sunyi je, student cuti sem. So, kejap je aku buat rawatan. Mulanya, daftar untuk buat rawatan. Lepas tu tunggu giliran. Seterusnya, nombor giliran dipanggil untuk terima rawatan.

Masa ni, aku bagitau doktor tu gigi aku ngilu dan bahagian gusi rasa tak selesa bila ditekan. Doktor check gigi tu dengan sembur air, sembur angin, ketuk segala dan tanya sakit atau ngilu tak bahagian gigi tu. Tapi memang tak sakit kat gigi, so aku tak tahu nak explain macam mana. 


Bila macam tu, doktor suruh pergi x-ray gigi tu. Bilik x-ray ada je area situ juga, tak jauh, tak adalah susah-susah nak keluar ke tempat lain. Habis x-ray, doktor bagitau gusi aku kat bahagian akar gigi bengkak, sebab tu ngilu, dan juga bekas tampalan lama dah terkena akar gigi. Sangat menyedihkan sebab gigi tu elok je zahirnya. Hahaha. Dan doktor bagitau lagi, kena buat rawatan akar gigi, tapi tak boleh buat hari tu juga sebab gusi bengkak, kena surutkan bengkak dulu, so kenalah set appointment. Rawatan akar gigi ni akan melibatkan beberapa temujanji bergantung kepada keadaan gigi. Dan, aku dapat dua kali lagi temujanji. Maka, betullah naluri aku ni kena buat rawatan akar gigi.

Masa ni, doktor bekalkan aku 2 jenis ubat. Satu ubat tahan sakit, dan satu lagi antibiotik yang perlu dihabiskan sebelum temujanji seterusnya. Bagi aku yang menyusukan anak, ubat ni tak mengganggu pun. Kalau nak lebih tahu, boleh tanya bahagian farmasi masa ambil ubat tu. Bayaran untuk rawatan ni, PERCUMA. Masa rawatan, dalam 20 minit.

22/08/2017 aku datang semula ke klinik gigi untuk rawatan seterusnya. Masa ni datang, ambil nombor bahagian temujanji. Seterusnya tunggu sahaja nombor dipanggil.

Kemudian jumpa doktor, terus doktor cakap hari ni kita buat rawatan akar gigi untuk kali pertama. Apa yang doktor buat? Doktor suruh x-ray sekali lagi untuk pastikan betul-betul gigi yang perlukan rawatan akar gigi. Bila dah pasti melalui gambar x-ray, baru doktor teruskan rawatan.

Doktor lubangkan gigi tu sampai ke akar, bersihkan dan masukkan ubat, seterusnya buat tampalan sementara. Masa aku ni, aku tak kena bius langsung. Aku pun tak tahu kenapa tak kena bius, walaupun aku baca ramai yang cakap kena bius. Dan aku pun tak rasa sakit langsung, alhamdulillah. Sekiranya tampalan sementara gigi ada masalah, kena datang terus ke klinik tanpa tunggu tarikh temujanji.

Bayaran untuk rawatan ni, RM60. Masa rawatan dalam 30-40 minit.

29/08/2017 rawatan terakhir untuk rawatan akar gigi. Doktor tanya, sepanjang seminggu ada sakit atau masalah dengan gigi atau tidak. Dan aku tak lalui apa-apa masalah, dan langsung tak ada rasa ngilu ke apa macam sebelum tu. So, doktor cakap okay. Doktor buka semula tampalan sementara, macam gerudi ke apa pun tak sure, masukkan ubat segala dan seterusnya buat tampalan kekal. Sepanjang rawatan aku tak dibius, dan tak sakit pun. Doktor sangat lembut buat kerja dia.

Bayaran untuk rawatan ni RM70 dan memakan masa dalam 30 minit.

Kesimpulannya:

Gap masa rawatan adalah dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan bergantung kepada kondisi gigi dan juga giliran menunggu. Kalau klinik swasta, mungkin lebih sekejap. Kalau klinik kerajaan, mungkin lebih lama. Rezeki masing-masing.


Kos keseluruhan untuk sebatang gigi di bahagian hadapan:

Kali pertama : percuma
Kali kedua : RM60
Kali ketiga : RM70
JUMLAH : RM130

Untuk gigi di bahagian belakang, aku tak tahu. Mungkin kos berbeza ikut kedudukan gigi.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, February 3, 2017

Barang Wajib Mak dan Bayi dalam Pantang



Assalamualaikum semua. Selamat tahun baru. Hahaha. Dah masuk bulan Februari baru nak ucap selamat. Tahun baru aku bersama orang baru. Itu entry lain ye aku share.

Kali ni aku nak share pasal barang untuk bayi dan mak bayi. Kebiasaannya yang sesuai untuk yang baru lepas bersalin. Tapi kalau nak pakai hari-hari, terpulang.


Bedung bayi, barut bayi, stokin mama dan juga herba mandian, antara barang wajib yang kena ada bila dalam berpantang. Kenapa? Haa, bolehlah aku cakap benda-benda ni semua untuk elak angin masuk dalam badan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Gitu.

Barang Mama

1. Daun Mandian Herba


Sepanjang dalam pantang, aku paling suka, daun mandian herba. Bau dia sangat mengasyikkan. Segar je rasa badan lepas mandi bau herba-herba. Betul-betul rasa dalam pantang. Hahaha.

Masa berpantang Darwish dulu, punyalah susah payah mak aku carikan daun-daun segala nak rebus bagi aku mandi. Bau memang best, badan segar tapi KELEBIHAN bila guna daun mandian herba ni, kau tak payahlah nak susah cari pelbagai jenis daun dan tak payah nak bersusah mengasingkan air rebusan yang bercampur dengan daun tu. Sebabnya, daun mandian herba ni dah siap dibungkus elok.


Banyak kelebihan dia ni antaranya dah di pek dalam uncang khas. Tinggal campak je dalam periuk, tambah air, rebus. Disebabkan aku dalam pantang, mak yang rebus, maka takde lah gambar uncang dalam periuk. Tak kan mak aku nak snap gambarkan.

2. Mamasocks


Stokin ni sangatlah best guna dalam berpantang. Gambar ni aku snap masa kat hospital. Kau bayangkan kat hospital tu dahlah aircond 24 jam, ditambah pula satu katil satu kipas. Mampu kau tahan sejuk dalam pantang? Nak pula aku duduk hospital hari tu 4 hari. Kembang urat wei.

Alhamdulillah, dengan stokin berpantang ni, kaki aku tak sejuk. Elok je aku pakai tak kesejukkan. Memang best sebab material dia lembut gebu-gebu gitu.

Barang Bayi

1. Barut Bayi


Barut bayi ni penting untuk elak perut bayi kembung. Lepas dah tuam, letak minyak segala, kenalah pakai barut. Cari barut comel-comel baru semangatkan. Hahaha. Kain untuk barut bayi ni pun sangatlah mesra kulit, lembut sangat. Sesuai sangatlah untuk kulit bayi yang fragile tu sebab 100% dari cotton flannel. Jahitan pun sangatlah kemas, elok je terletak. Ada jenis tali dan juga stripe. Boleh pilih mana yang berkenan.

2. Bedung Bayi


Orang tua selalu cakap, bayi kena dibedung. Kalau tak kengkang. Hahaha. Kesahihannya aku tak pasti, tapi bedung ni antara item wajib yang kena ada untuk bayi dalam masa dalam pantang -bagi akulah. Kain bedung ni berfungsi membalut keseluruhan badan bayi dari paras bahu hungga kaki, supaya bayi rasa seolah-olah dipeluk. Bayi perlukan masa untuk biasakan diri dengan dunia, sebab 40 minggu duduk dalam perut mamakan. Kenalah bagi dia rasa selesa, tak terkejut dengan dunia ni.

Bedung ni cantik, ada macam-macam corak. Kain pun material best, 100% dari cotton flannel. Tak panas, tak sejuk. Sedap je bayi guna.

Macam mana nak order semua barang-barang kat atas ni? Senang je. Korang boleh dapatkan semua ni kat:

Instagram : @bedungbarutbaby
Facebook : Bedungbarutbaby
Website : http://bedungbarutbaby.com.my/

Ada berita baik ni. 10 orang pembaca blog aku ni akan dapat 10% diskaun dari keseluruhan pembelian di website bedungbarutbaby. WEBSITE sahaja tau! Sila guna kod "ieza10" untuk dapatkan diskaun tu ye. Cepat tau sebab terhad kepada 10 orang sahaja.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, December 22, 2015

HIE Stage 2, Cooling Therapy, Fisioterapi, Ujian Pendengaran, Mild Autisme dan sekarang . . .

Assalamualaikum. Entri khas pasal Darwish. Dah 2 tahun 3 bulan si empunya nama Muhammad Zarif Darwish ni. Sekejap ke lama aku rasa? Typical mommy akan jawab, "kejap je dah besar". Tapi aku bukan tergolong dalam golongan typical mommy tu. Sebabnya sepanjang besarkan dia macam-macam benda yang dia kena lalui dan aku perlu tengok semua tu. Sama juga macam mak bapak lain, tengok anak besar depan mata. Okay, next !

Sejak aku lahirkan dia dan dia didiagnose HIE stage 2, barulah aku buka mata pasal 'perbezaan setiap anak'. Majoriti mak bapak yang anak dia lahir sihat walafiat (bukan semua), biasanya akan senang saja sebut, "anak aku boleh je minum tu, makan ni, pakai tu, main ni . . ." dan lain-lain. Itu normal bagi mereka sebab mereka tak pernah (mungkin) masuk duduk menginap dalam NICU mengadap anak dengan wayar segala dan hari-hari bersoal dalam hati, "kenapa anak aku tak macam anak orang lain?" dan paling membimbangkan bila tanya doktor dan jawapan doktor, "saya tak dapat bagi jawapan sekarang. Kita akan tengok perkembangan dia nanti macam mana. Dari situ baru kita tahu kat mana kekurangan dia". Dan itu yang beri aku jawapan, TIDAK ADA SEORANG MANUSIA PUN DALAM DUNIA INI SAMA HATTA KAU KEMBAR !

Paling terbaru berjumpa doktor, seperti biasa doktor akan tengok semula kes Darwish dari mula dia lahir. Darwish masa lahir kena CPR segala sebab tak dapat oksigen selama 10 minit. Mungkin, (yang aku boleh simpulkan based on apa yang doktor cakap), Darwish dapat bertahan dan melalui semua 'ujian' dia dengan baik sampai sekarang sebab dia lahir CUKUP BULAN (40 minggu) dan BERAT BADAN YANG BAIK (3.48 kg). Doktor beritahu, kebiasaannya bayi yang tak dapat survive ni lahir awal dan kurang berat badan. Wallahua'lam. Semua kuasa Allah.

Kebelakangan ni, aku terima whatsapps dari beberapa orang mommy yang baca blog aku pasal kes Darwish. Mereka berkongsi cerita pasal anak mereka yang lalui kes lebih kurang sama dengan Darwish. Aku sekadar dapat berkongsi sedikit pengalaman, sebab aku pun sentiasa mencari maklumat. Aku tahu kesukaran mereka mencari maklumat seperti aku. Semoga mereka juga tabah.

Selepas Darwish lahir, dia terus kena cooling therapy selama 3 hari. Tanpa pakaian tanpa susu. Macam mana kisah penyusuan badan aku kat Darwish? Mungkin akan ada satu entry khas pasal itu kalau aku mampu menaip. Tapi, dipendekkan cerita, pertama kali aku 'mengeluarkan susu badan' adalah dengan menggunakan pam susu di sebelah Darwish dalam NICU yang tengah cooling therapy. Boleh bayangkan betapa sebaknya aku waktu itu. Bukan pada hari pertama selepas Darwish keluar pun. Masa tu dah hari ketiga. Rezeki Darwish lahir tak terus dapat menyusu badan, tapi rezeki dia juga, alhamdulillah susu untuk dia banyak. Dan alhamdulillah, aku dapat susukan dia penuh susu badan sampai sekarang. Tapi, perjalanan menyusukan Darwish sepenuhnya bukan perjalanan yang mudah. 

So, manusia kat luar sana tolong jangan blame mak budak yang tak dapat susukan anak dorang sebab kita tak kan pernah tahu masalah mereka. Tahap stress tak dapat susukan anak ni bukan stress yang main-main. Kadang isteri mengadu kat suami susu kurang, suami walau tak boleh buat apa-apa, jadilah pendengar yang baik dan tenangkan isteri. Sebab isteri kalau dapat suami yang support dia, dia akan ada kekuatan luar biasa. Tolong jangan jadi suami yang bila isteri mengadu, kau pun keluar ayat, "dah tu abang nak buat macam mana? Bukan abang ada susu pun nak susukan baby!". Sila meninggal kalau keluar ayat ni. Apa perasaan isteri anda? FIkirlah sendiri sebab kau pun pandai sampai jadi seketul anak. Okay, next!

Selepas keluar Darwish dari NICU, maka bermulalah episod dia dengan unit fisioterapi. Semuanya alhamdulillah berjalan lancar. Darwish kena jalani fisioterapi sampai umur dia setahun 4 bulan. Lepas tu, therapist cakap dia nampak okay so boleh discharge. Alhamdulillah. Tips untuk ibu bapa kat luar yang ada tanya kat aku macam mana nak bawa anak pergi fisio. Kebanyakkan pesakit kat situ adalah cina (HUKM). Aku tak tahu kenapa kurang bangsa Melayu dan lain-lain. Bila berborak dengan therapist, dia cakap, bangsa yang kurang ni biasanya rasa "dah tak boleh buat apa dah". Sedangkan aku tengok ada budak tu memang 'kaku' je tapi mak ayah dia rajin bawa anak pergi fisio. So, therapist pesan kat aku, kalau nampak anak macam 'kekurangan' pergerakan atau apa-apa just datang hospital check. Macam kat HUKM, boleh saja datang tanya kat kaunter, daftar dan buat appointment. Ada bayaran sedikit dikenakan untuk setiap kali appointment. 


Bulan 4 hari tu, Darwish lalui ujian pendengaran pula. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Bak kata doktor, semua maklumat yang diberi diterima masuk, cumanya kita tak tahu outcome dia. Sebab outcome semua adalah based on apa yang Darwish react terhadap maklumat apa yang dia terima. Contoh mudah, bila budak dah faham sesuatu, bila kita beri arahan, dia boleh ikut arahan tu dan bukan buat tak tahu yang memang dia tak tahu bukan dibuat-buat. Faham ke tak? Huhu. Macam kitalah, suruh makan kita pergi makan, bukan pergi mandi. Gitu.


Seterusnya, ujian terakhir yang Darwish pergi adalah ujian untuk tengok sama ada kes masa dia lahir dulu beri apa-apa effect atau tak untuk pembesaran dia sama ada dari segi fizikal atau mental. Cerita ni aku belum pernah share lagi kat sini. Mungkin akan ada entri untuk ini juga. Tapi, secara keseluruhannya, masa ni, doktor dapat detect Darwish "mild autisme for sensory issue". Macam mana doktor detect, ada kaedah dia. Next time aku share. Ye, aku mula-mula sangat cuak. Aku google segala cerita pasal autisme pasal sensory issue, tapi pada masa yang sama aku cuba positif, Darwish baik-baik sahaja. Satu benda yang mak ayah kena pegang, bila kita cuba untuk jadikan segala benda tu macam normal, insyaAllah penerimaan kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita juga normal. Sepanjang aku jaga Darwish, aku elak benda-benda yang buat dia dikategorikan "sensory issue" tu. Tapi aku tak adalah macam larang keras, cuma secara lembut biar dia tak terkejut. Mengurangkan secara perlahan-lahan.


Sekarang, macam mana dengan si buah hati pengarang jantung, Muhammad Zarif Darwish? Alhamdulillah, hari tu appointment dia. Doktor cakap, tak nampak pun dah dia mild autisme. Tapi kena sentiasa pantau. Syukur ya Allah. Cumanya, seperti biasa. Appointment dia dengan pakar akan berterusan sehingga dia boleh sekolah. Maksudnya sampai dia boleh belajar macam budak lain. Aku pula? Akan fikir adik untuk Darwish kot. Hahaha. Tapi, aku masih trauma. :'(


Kesimpulannya, anak kita tak akan pernah sama dengan anak orang lain. So, jangan sesekali samakan anak orang macam anak kita. Hormatlah setiap cara didikan setiap ibu bapa. Kalau kita nak tegur boleh, tapi beradablah. Macam mana kita tak suka orang tegur kita, macam itu jugalah orang tak suka ditegur. Sebagai ibu bapa zaman sekarang, cabaran yang kita terima tak sama macam yang mak ayah kita terima dulu. Oleh itu, kita kena sentiasa mencari maklumat berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan bukan sumber google semata yang kita tak tahu kesahihannya.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, April 30, 2015

Fisioterapi Terakhir


Assalamualaikum korang. Hari ni baru ada kesempatan nak kongsi cerita pasal hari terakhir Darwish kat fisioterapi. Last appointment dia bulan Januari hari tu. Lama aku peram cerita ni. Kalau ayam peram telur tu, dah menetas dah. ^_^ Alhamdulillah, akhirnya berita menggembirakan tu therapist bagitahu masa Darwish berumur setahun 4 bulan. Jangka kebiasaan untuk tengok perkembangan budak kat bahagian fisioterapi ni tak tentu, ikut kes dia. Macam Darwish, masa mula-mula dulu, jangkaannya nak tengok perkembangan sampai umur 2 tahun. Tapi syukur sangat-sangat, belum umur 2 tahun dan boleh discharge. 



Macam biasa, datang fisioterapi ni akan buat aktiviti yang sesuai dengan umur pesakit. Tapi, untuk pertama kalinya, time therapist suruh buat aktiviti, dia liat semacam. Ikut dia je nak buat apa. Paling tak boleh blah, dia sibuk main roda stroller pesakit lain. Haish. = . ="




At the end, therapist cakap Darwish aktif dan nampak gaya main tu macam budak sebaya dia. So tak perlu risau sebab perkembangan okay. Then dia terus decide untuk dischargekan Darwish hari tu juga. Maka, tak perlulah lagi appointent seterusnya kat unit fisioterapi ni. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Disebabkan Darwish `behave` sangat, therapist tu bawa dia ke bilik sebelah yang banyak alat senaman macam dalam gym tu. Last-last terapist tu yang bersenam kena buli dengan Darwish. Hahaha.



Terima kasih kepada ahli therapist yang banyak sangat membantu memantau perkembangan Darwish dari umur Darwish sebulan, yang banyak bagi sokongan moral, yang banyak bagi tip untuk handle Darwish dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak. Allah sahaja yang boleh balas jasa kalian.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, April 15, 2015

Ujian Pendengaran di Klinik Audiologi HUKM


Assalamualaikum. Bagi yang mengikuti cerita anak aku, Darwish, dari mula sejak kelahiran dia sampailah sekarang, mungkin sudah sedia maklum kondisi dia. Bagi yang baru baca, mungkin sedikit pelik kenapa dia perlu melalui ujian pendengaran ni.

Darwish dilahirkan secara normal melalui kaedah vacum sebanyak dua kali. Bila dia lahir, berlaku sesuatu dan keadaan itu dinamakan sebagai HIE stage 2. Stage untuk kes HIE ni ada 4 stage kalau tak silap aku. Boleh refer kepada kisah kelahiran Darwish kat SINI dan SINI. Awal tahun 2015, Darwish dah discharge sepenuhnya dari rawatan fisioterapi. Alhamdulillah. Yang tu aku belum cerita lagi kat blog. Entah bila nak menaip agaknya. Ini adalah sedikit kisah pasal kenapa perlu fisioterapi, SINI dan SINI.

Hari ini, aku nak kongsi pula pasal Darwish melalui ujian pendengaran di klinik audiologi HUKM pada hari Isnin lepas, 13 April 2015. Appointment Darwish pukul 9 pagi. Kami sampai hospital lebih kurang 8.30 pagi macam tu. Siap daftar pukul 8.50 pagi. 

Sebelum tu, al-kisah yang membawa Darwish perlu melalui ujian pendengaran ini adalah ia dikatakan prosuder biasa bagi kes HIE macam Darwish ni. Tak pastilah, tapi itu yang diberitahu. Sepanjang kami membawa Darwish ke rawatan susulan pakar, doktor tak tanya pasal ujian pendengaran ni sampailah pada satu ketika rawatan, yang incharge Darwish ni professor sama yang incharge Darwish masa dalam NICU dulu. Beliaulah yang tanya sama ada Darwish dah buat ujian pendengaran ke belum, sebab tak ada rekod. Mula-mula kami suami isteri macam confident yang ujian pendengaran ni kekdah macam yang jenis suluh telinga guna alat apa entah tu. Rupanya bukan itu.

So, professor tu pun cakap akan call kami untuk appointment ujian pendengaran. Tunggu punya tunggu sampai rawatan susulan pakar seterusnya, tak ada pun panggilan yang kami terima. Masa rawatan susulan yang terbaru hari tu, doktor yang incharge Darwish pun tanya juga sama ada Darwish dah buat ujian pendengaran ke belum. Kami pun jawab belum. Katanya, ujian pendengaran tu sepatutnya dah buat awal, sebelum usia Darwish setahun. Doktor pun pelik kenapa boleh terlepas pandang. Dan-dan tu dia bagi surat rujukan untuk terus buat appointment ujian pendengaran.

Maka, datanglah kami ke klinik audiologi HUKM seperti tarikh dan masa temujanji yang diberi. Dari jam 8.50 pagi tu, pukul 10 kot baru dapat ubat tidur. Prosuder untuk jalankan ujian pendengaran ni, Darwish perlu makan ubat tidur supaya masa ujian dijalankan dia tidak sedar. Nasib baik dapat je ubat tidur, bagi susu, terus lelap dia. Mengantuk sangat sebab memang malam sebelum tu aku biarkan dia tidur lewat dan pagi tu bangunkan awal. Sepanjang ujian pendengaran tu dijalankan, Darwish memang lena tidur. Mau tak lena kalau ubat tidur sampai 15ml. - . -"

Ujian tu tak lama. Dalam 10 hingga 15 minit. Ikut pesakit juga. Ada budak tu umur 3 bulan, dua tiga kali parents keluar masuk bilik ujian sebab bila pasang wayar-wayar tu je, budak tu terjaga. So, semuanya bergantung kepada pesakit. Ada tu yang kisahnya sampai perlu ditambah dos ubat tidur sebab makin melasak segar bugar.

Gambar Darwish masa ujian pendengaran dijalankan tak ada. Tak bawa handphone masuk sekali dalam kabin tu. Kredit kepada BLOG ini untuk gambar.



Settle ujian semua, kena tunggu turn lagi untuk jumpa doktor. Doktor terangkan outcome ujian yang dijalankan tu. Alhamdulillah, semuanya normal. Maka, itu adalah first and last Darwish berada kat klinik audiologi tu, insyaAllah.

Itulah serba sedikit kisah Darwish untuk ujian pendengaran. Untuk yang mencari maklumat pasal ujian macam ni, ujian tu tak menyakitkan bagi aku yang tengok ni. Sebab Darwish lena je tidur sepanjang proses wayar diletak. Wayar diletak kat dahi, belakang telinga dan dalam telinga. Then, ada monitor untuk kesan tindak balas. Lebih kurang macam tu lah. Dalam kabin tu, bilik jenis kedap bunyi lebih kurang untuk elak gangguan bunyi dari luar. Harapnya penjelasan ni dapat membantu sedikit sebanyak.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...