Friday, February 7, 2014

Cara Tradisional Atasi Batuk dan Selsema Bayi

Assalamualaikum. Sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Complete pakej lah orang cakap. Dengan cuaca kejap panas membahang dan kadang hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Kat rumah aku ni pun bergilir-gilir masing-masing dapat pakej ni, dah macam beratur ambil nombor giliran pula. Lepas sorang, sorang. Paling tragis bila Darwish pun terlibat sama dalam kes pass baton ni. Aduhai anak, kesian kecil-kecil dah kena selsema. Seksa aku tengok Darwish bila nak tidur malam.

Alhamdulillah, cuma satu malam je dia macam sangat-sangat tak selesa, asyik merengek je. Aku pun sampai rasa nak je tolong, tapi tak tahu nak tolong apa. Bad mama. = . ='

Ni cara yang aku buat kat Darwish untuk redakan selsema dia, dan alhamdulillah its work. Sangat berkesan.

Rawatan Stim dan Teknik Percussion

1. Rawatan Stim

Bahan : Periuk nasi elektrik dan bawang putih.


 
Cara : 
- Masukkan air dan juga bawang putih yang diketuk ke dalam periuk sampai mendidih dan keluarkan wap.
- Halakan muka anak ke arah wap. Biar anak sedut wap selama lebih kurang 15 hingga 20 minit. Kalau anak menangis itu lebih baik, asalkan anak sedut wap tu.


2. Teknik Percussion

- Bentuk tapak tangan macam cuping dan tepuk di tepi bahagian kiri dan kanan belakang anak. JANGAN tepuk direct tulang belakang. Just bahagian tepi sahaja.
- Pusingkan anak, tepuk pula di tepi bahagian depan, kiri dan kanan juga. JANGAN bahagian tengah.
- Tepukan ni boleh buat lepas rawatan stim atau semasa rawatan stim. Macam aku buat time rawatan tu. So sekali harung, dan-dan tu juga meleleh hingus Darwish keluar. Yang penting, kena buat teknik tepukan ni.
- Anak confirm menangis. Memang macam kesian, tapi lagi kesian kalau anak tak sihat. Maka, sila tabah masa rawatan ni.



3. Sedut Hingus

- Lepas habis buat stim dan teknik percussion, haruslah sedut hingus yang ada kat dalam hidung tu.
- Aku tak ingat nama benda alah ni. So, benda ni atau yang seangkatan dengannya bolehlah ada dalam senarai wajib barang baby.


4. Bagi Susu

- Settle semua, aku bagi susu untuk tenangkan Darwish. 

Lepas je habis semuanya, Darwish sibuk asyik peluk ayah dia. Dengan aku jeling je. Nampak sangat anti dengan aku sebab aku yang gigih sedut hingus tu sampai ngamuk-ngamuk dia. Tak kisahlah, asalkan Darwish sihat.

Selain tu, aku nak cadangkan korang beli vapor balm dan decongestant nasal drops ni. 



Doktor yang suggestkan kat aku. Memula doktor suruh cari Clinzo jenama Pureen, tapi kami cari kat farmasi tak jumpa. So, kami ambil Iliadin ni. Bila malam hidung Darwish tersumbat, just drop je kat hidung dan macam wow terus hidung dia okay. Sangat membantu. Yang balm tu sapu kat dada baby. Bau dia sangat best. Bau strawberi. Highly recommended. :)



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

careno said...

good info... TQ..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, kesiannya darwish tak sihat.. thanks kongsi tips. papehal boleh refer sini. hehehe

Nory Zoulkefle said...

wahhh nice tips....
berguna ni...boleh tiruu...

::EIDA:: said...

mak nii penuh dgn tips tradisional.. hehehhehe

Husna Yusof said...

nice info, mama saya dulu buat mcm ni waktu adik saya kene asma, and mmg keluar semua kahak2 die.. :)

Lyaa Suriany said...

nanti dah ada anak boleh praktik kan.
tqqqq

Marliyana Mk said...

kesan dia cepat ke kak

biasalah budak senang kena infection ni kann..

Unknown said...

thanks sharing..hehe..akan dipraktikkan

anamizu said...

alaa kesiannye darwish. smoga cpt sehat ye kak..

vapor balm tu bau stroberi ek kak ? mcm nak beli je utk diri sndiri hehe

Unknown said...

bb sy tgh batuk selsema ni..sian kt dorg xblh nk tidu..especially bila mlm..

ieza ashaari said...

Alhamdulillah. Lps buat je nampak dia lega, nk bernfs sng. Tdo pn lena..

mrmama4f said...

sharing yang sangat menarik..tq share info..boleh lawati saya untuk ketahui petua madu membantu dlm diet anda.
<a href="http://vitaminterbaikdunia.blogspot.com/2014/03/madu-membantu-diet-anda.html MADU MEMBANTU DIET ANDA</a>

Ummu Hanan said...

Good info.. Terima kasih terima kasih..Nanti nak try kt anak pulak..^_^ Susah hati klu anak selesema..huhu.

Anonymous said...

Teknik stim ni blh buat siang n mlm ka?

Farhana said...

Yang kaedah nombor 1 tu, akak selalu buat. Alhamdulillah menjadi. Cuma akak letak sikit minyak zaitun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...