Monday, February 10, 2014

Review : Set Bersalin Mak Bidan

Assalamualaikum. Kalau dah bersalin, mesti kena berpantang ye dak. Kalau kau nak rasa sakit satu badan lepas bersalin, silalah abaikan waktu berpantang anda. Gitu.

Aku punya stail berpantang memang ikut dan aku je. Bila Darwish kat nicu, memang taklah nak berpantang segala, cuma mampu berstokin tebal dan just ikat pinggang dengan cebisan tali dari kain batik. Dah balik rumah, baru boleh start berpantang betul-betul, itupun dah hari yang kesepuluh.



Aku guna set bersalin Mak Bidan. Bagi aku mungkin separuh okay, tapi bagi mak aku tak okay langsung. Kohkohkoh. Seriously, bagi korang yang punya mak yang sangat cerewet bab berpantang ni macam mak aku, silalah beli set bersalin jenama yang lain. Aku sendiri pun biasa-biasa je nak syorkan kat korang. Ini ikut pengalaman aku gunalah ye. Lain orang, lain citarasanya.

Dalam set ni ada (macam dalam nombor):

1. TUNGKU HERBA MAK BIDAN

Aku guna sekali je rasanya. Sebabnya, dah siap kukus, tak sampai lima minit dah tak panas. Memang tak best bagi aku yang nak bertungku ni. Akhirnya, aku guna bata merah untuk bertungkus. Lagi puas hati dan lagi lama batu tu tahan panas.

2. KRIM PANAS MAK BIDAN

Yang ni bagi aku memang terbaik ! Panas dia memang boleh buat kau meronta-ronta. Aku sapu sikit je kat perut lepas mandi, sebelum pakai bengkung. Memang rasa hangat je perut. Yang ni highly recommended untuk korang yang tahan panas. Bila sapu je ni, siap bengkung segala memang syok kentut. Keluar semua angin-angin. Terbaik !

3. PATI HERBA MAK BIDAN

Bagi aku yang tak berapa suka telan herba-herba segala ni, pati herba mak bidan ni okay. Sebab tak pahit. Kau ieza, nak yang sedap je. Berpantang pun nak yang sedap-sedap. Kau ingat kalau dah telan benda pahit-pahit, ada selera ke nak makan benda lain. Kang muntah dah susah sebab dalam pantang. Alasan !

4. PERAWAN HERBAL WASH

Pencuci ni pun best bagi aku. Sampai sekarang aku guna. Berangin je. Rasa sejuk dan bersih je lah lepas cuci tu. Kau tahulah, darah kotor lepas bersalin ni beza sikit berbanding darah kotor masa haid. So, kenalah jaga kebersihan untuk cepatkan luka tu sembuh. Bau dia pun sangat harum.

5. BEDAK SEJUK MAK BIDAN (dalam gambar yang lama param dan pilis)

Part ni mak aku pelik bila ditukar. Sebabnya, bila berpantang, param, pilis dan segala yang seangkatan tu lebih diutamakan. Bagi mak akulah. Aku ikut saja. So, aku tak berapa nak guna sangat pun bedak sejuk ni. Just bila cuaca panas sangat baru aku guna.

6. KAPSUL JAMU MAK BIDAN

Kapsul jamu ni pun okay sebab senang je nak telan. Cumanya, aku tak berapa nak disiplin makan benda-benda ni dengan alasan LUPA ! Nampak macam mengelat je kan. Hahaha.

7. MINYAK TELON

Minyak telon ni aku tak guna pun sampai sekarang sebabnya Darwish guna yang lain.

8. PERCUMA MANDIAN HERBA MAK BIDAN

Beli je set Mak Bidan ni, dapatlah percuma mandian. Dalam uncang tu ada herba-herba segala. Tapinya, dah rendam dalam air panas, tak adalah bau sangat pun. Bagi aku biasa je. So, aku memang tak guna habis mandian ni sebab aku mandi guna air rebusan serai wangi dan daun jambu.

So, terpulang pada korang nak guna produk yang mana. Ada yang murah, ada yang mahal. Semua keputusan terletak di tangan anda. Dah buat keputusan pun, kena juga tengok duit dalam dompet tu, mampu ke tak. Yang penting, pastikan set yang digunakan sesuai dan memenuhi keperluan anda semasa berpantang. Harga pasaran set ni RM199 untuk Semenanjung Malaysia dan RM205 bagi Sabah dan Sarawak. Tapi, aku dapat harga kurang sikit, RM170.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

8 comments:

Marliyana Mk said...

harga set boleh tahan berpatutan..ehehe

selamat berpantang kak! :)

Unknown said...

aku belom lg putuskan set bsalin mne aku nak pakai...hahahaha...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, wahhh bagus2 share pasal set bersalin ni. sheila pun tengah usha2 ni.. taktahu nak beli apa.. duk menabung duit dulu je. hehehe

Fahimah Mahayuddin said...

Imahpun set berpantang tak beli satu set untuk luaran. beli yg tanamera. taktau la serasi tak nnti. hope okla kn..

Julia Johari said...

Itulah jikalau punya ibu atau mak bidan yg cerewet ttg set alat berpantang baik ikut ckp diorg kan...hehhe Umi Qi pun sama ikut ckp ibu Umi Qi...guna set mustika ratu...rasa yer kesemua set pantang dlm malaysia nih ok...cuma ats faktor keserasian org je yg lain kan

Masya said...

sekarang ni bnyk pilihankan.. pilih je lah mana yg sesuai .. janji jgn membazir x guna...

ala.. pisang lain sy xtau .. p pisang lemak manis ni mmg x kelat.. sbb sy x pernah guna pisang lain.. pisang lemak manis jer sy pernah masak tumis..

Tea Dno said...

samalah kita punya set bersalin....but well, ikut mak2 kita dia nak suruh makan yang jamu2 tu je....lagi okay katanya...tapi biasalah kita ni dah moden, sume pun nak moden kan...huhuhu...takpelah, as long as badan sihat itu dah memadai. :)

Ainul Mustafa said...

bengkung dia tak guna ek? nak tahu ok ke tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...