Friday, December 14, 2012

Sumbangan anda amat dihargai

Assalamualaikum semua rakan blogger

Pertemuan yang berlaku semuanya atas ketentuan Dia. Dia yang menentukan bertemu dan berpisahnya kita dengan orang sekeliling pada waktu bila Dia inginkan. Kita sebagai hamba-Nya perlulah sentiasa bersedia dan redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan.

Entry ini berkisar tentang pertemuan dan perpisahan. Pertemuan aku dengan rakan blogger semasa sesi photoshoot tempoh hari hanya kerana aku ingin keluar dari kebosanan berada di rumah sepanjang hari kerana encik suami bekerja. Tiada niat lain, selain menambah kenalan dan juga mengelak otak aku tepu sebab tidak bersosial dengan manusia di luar sana. Tak aku sangka, pertemuan kami tidak terhenti di situ. Ada agenda lain yang tiba-tiba muncul. 

Perpisahan yang berlaku di antara manusia dengan manusia yang lain kadang sangat perit untuk ditempuh. Melalui hari-hari mendatang tanpa orang tersayang bukanlah impian setiap insan. Siapa mahu pulang ke rumah kosong tidak berpenghuni? Siapa mahu mulut tidak menyebut memanggil insan yang dikasihi? Siapa mahu dunia rasa kosong rasa sepi? Tiada siapa yang mahu. 

Dari situ, terbit rasa kasih, rasa sayang, rasa prihatin dan rasa ingin membantu. Sejak dari aku pergi ke majlis iftar Ramadhan yang lalu, aku rasa sangat takut akan kehilangan insan-insan tersayang. Tak dapat aku bayangkan, bagaimana bila aku berada di tempat mereka dalam usia yang masih sangat muda. 

Kami (rakan blogger) yang ada, telah sepakat untuk mengadakan satu aktiviti amal untuk mengutip sumbangan dan derma sebanyak mungkin bagi meringankan beban adik-adik di rumah anak yatim yang telah dipilih.




Masa : 24 Februari 2012 (Ahad)

Tujuan hebahan ini dibuat bukanlah untuk mencari publisiti murahan atau yang seangkatan dengannya. Tujuan utama hebahan ini adalah untuk mencari sebanyak mungkin sumbangan daripada anda semua yang sudi meringankan sedikit beban mereka. Kalau aku dan rakan yang sedikit itu, tak mampulah kami nak menyumbang banyak kerana kami bukanlah orang yang hidup mewah. Ini salah satu usaha yang mampu aku buat untuk meraih lebih lagi sumbangan. 

Bagi blogger yang berminat untuk membantu, boleh menghulurkan sumbangan melalui beberapa cara.
Pakaian, makanan kering, buku dan lain-lain yang difikirkan wajar. Kalau boleh kumpul di satu tempat yang mudah untuk diambil di area Shah Alam. Sangat digalakkan sekiranya anda berbesar hati untuk menghantar sendiri barangan ke rumah amal.

Pembelian t-shirt untuk blogger. T-shirt ini dibuat untuk blogger yang turut serta dalam aktiviti yang diadakan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak berkesempatan untuk turut serta namun ingin menyumbang, pembelian t-shirt adalah salah satu cara untuk anda membuat sumbangan. Harga t-shirt adalah RM20 dan kos penghantaran adalah RM6. Jumlah untuk bayaran t-shirt adalah RM26. Sumbangan anda boleh dibuat apabila anda memberi lebih daripada RM26. Sebagai contoh, anda membuat bayaran sebanyak RM30. Makanya, sumbangan anda adalah sebanyak RM30 - RM26 = RM4.


maklumat lanjut mengenai t-shirt, klik SINI

Sumbangan dana. Ini merupakan sumbangan yang paling diperlukan dan dialu-alukan. Berapa banyak pun yang ingin anda sumbangkan terserah pada anda. Kami hanya sebagai perantara sahaja yang akan menyampaikan semua sumbangan yang diterima kepada anak-anak yatim itu nanti. 

Segala pertanyaan, anda boleh komen di entry ini. Namun, sekiranya anda tidak mahu identiti anda dikenali, bolehlah hantar email kepada aku :

ieza26_ashaari@yahoo.com


Semoga bantuan dan sumbangan yang dihulurkan dapat membantu sedikit sebanyak beban anak-anak yatim ini. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Mek Onie said...

wahhhhh,onie je tak reti nak iklan gu mana :'(

::EIDA:: said...

TERBAIK !

ZAELIS said...

Insya Allah...semoga usaha diberkati...AMINNNN

outbound malang said...


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

GOLD FINGER said...

hebat blogger ni.....jom kita bersosial sambil beramal..

Anif Abdullah| AA said...

alhamdulillah.. besar ganjarannye tu kak. hihi teurskan!

GOLD FINGER said...

eh smlm mcm ahkak ada comment..tp tak keluar pun...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. insyallah nanti kita jumpa kat sana ye. saya pun akan turut serta dalam program korang ni :)

*salam perkenalan ye..

Unknown said...

semoga dipermudahkn urusan..

zuan tlng promote di fb page ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...