Sunday, December 2, 2012

Kehamilan

Assalamualaikum semua rakan blogger

Sebenarnya dah lama persoalan ini bermain dalam fikiran aku. Dan aku sangat pasti, ia juga bermain dalam fikiran isteri-isteri seperti aku di luar sana. Entry ini bukan mahu menunding jari menyalahkan sesiapa, apatah lagi menyalahkan ketentuan yang telah ditulis oleh Dia untuk hamba-hamba-Nya.

Secara tiba-tiba, hari ini datang pula kekuatan dan semangat untuk bercerita panjang lebar tentang isu ini. Kenapa? Sebab semalam aku ditegur oleh seseorang yang aku rasa dia bukan siapa-siapa untuk bercakap begitu kepada aku apa lagi buat aku terasa hati yang amat sangat ! Aku jadi sangat menyampah bila tengok muka dia. Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah, aku hamba-Mu yang sangat lemah. Serius, lepas hal itu, mood aku ke laut sampailah aku tidur.

Soalan biasa bila kau dah kawin. Tak kisahlah dah lima bulan macam aku ke, empat bulan ke, tiga bulan ke, kadang baru sebulan orang dah mencanang tanya,

"Dah mengandung belum?"

Aku jenis malas nak fikir sangat bila orang tanya. Dengan senyuman manis, aku pun berkata, "belum lagi kot. Tak check pun". Ada pula kadang-kadang kalau dah namploh orang tanya dalam masa sehari, aku jawab, "baby bagi mama dengan ayah honeymoon dulu kot", tanpa apa-apa niat untuk menidakkan rezeki dari Dia. Aku tak pernah merancang apatah lagi menolak rezeki untuk menerima kehadiran cahaya mata secepatnya, malahan setiap kali usai solat, doa dikurniakan cahaya mata itulah yang aku titipkan.

Disebabkan memahami situasi rakyat Malaysia yang sangat prihatin, aku hanya menjawab sahaja pertanyaan mereka tanpa ada apa-apa rasa. Tapi semalam, aku agak sentap ! Hati aku dirundung sayu dan sakit yang maha dalam. Lidah aku terkelu, mata aku berair, tapi aku sorokkan sebab berdepan orang ramai. Sebab itu kot nama blog aku senyuman gadis gerimis, selalu menangis dalam hati. Perlu ke kau tanya soalan macam tu depan orang ramai, lepas tu bagi explaination macam kau tu dah ada pengalaman ?

Mula-mula minah ni tanya, "dah ada isi ke?". Aku malas nak jawab memula sebab soalan tu baru je aku jawab sebentar tadi melalui soalan orang lain. Aku gelak dan tersengih. Tapi, aku jawab juga, "baby bagi kami honeymoon dulu kot". Aku tersentap bila dia cakap, "tak baik cakap macam tu. Kalau terus tak ada macam mana? Tahu tak, kawan aku dulu cakap nak honeymoon dulu lah, rancang-rancang lah lepas tu sampai lapan tahun kawin pun tak ada baby lagi !". Pastu, memang panjang lebar dia cerita pasal hal mengandung ni, sampaikan aku macam terpinga-pinga dan tertanya, "motif kau cakap macam tu kat aku?". Memula aku nak ignore je dan terima apa dia cakap bila dia cakap tak elok cakap macam tu. Tapi, bila dia dah melalut sampai cakap macam-macam, aku rasa macam, "dah kenapa kau nak doakan aku macam-macam pulak ? kau ingat, nak ada anak dalam perut, macam suap nasi dari mulut, perut pun kenyang?!"

Aku bukanlah bagus sangat hal agama, apatah lagi ustazah nak membicarakan soal al-quran dan hadis. Aku insan maha lemah serba kurang dan bergantung kepada Allah semata-mata untuk terus hidup di muka bumi ni. 

Perlu ke kau cakap ayat yang buat aku betul-betul tersinggung di majlis yang penuh ramai manusia?

Perlu ke kau mention tentang cerita sahabat kau tu yang tak mengandung selama lapan tahun itu?

Perlu ke kau cakap kalau aku tak akan dapat anak dari benih aku dan suami aku?

Perlu ke ?

Siapa kau untuk menyatakan begitu kepada aku ? Aku bukan sentap sebab masih belum ada janin dalam perut aku. Aku bukan sentap sebab belum mengandung tika usia perkahwinan sudah menjengah lima bulan jika dibandingkan rakan lain yang bunting pelamin. Tapi aku sentap bila kau, yang manusia biasa macam aku, yang belum pernah merasa apa itu hamil, berkata begitu ! Kau kah yang berkuasa meniup nyawa dalam rahim aku sedangkan nyawa kau juga bukan dalam tangan kau ?

Sedangkan keluarga aku, keluarga mertua aku juga tak pernah buat aku tersentap dengan pertanyaan mereka, aku terasa sangat kerdil bila kau yang entah siapa-siapa berkata begitu. Sungguh, aku sangat terasa dengan kata-kata kau. 

Allah sahaja yang tahu bila waktunya aku akan menjadi ibu kepada seorang anak. Allah sahaja yang tahu bila waktunya suami aku akan menjadi seorang bapa. Allah sahaja tahu bila waktu aku dan suami aku mampu untuk memberi jagaan, perlindungan, kasih sayang serta didikan kepada anak kami. Allah sahaja yang tahu segala-galanya sebab aku, KAU, mereka dan sesiapa sahaja serba tidak tahu. Belum pernah aku terasa begini bila orang bertanya tentang kehamilan, tapi dengan kau memang aku sangat-sangat terasa. Macam anak kau dah sepuluh orang !

Bagi aku tak salah bertanya, yang salahnya pernyataan yang kau buat selepas aku menjawab soalan kau. Lebih baik kau mendoakan sebab kau tak tahu apa-apa. 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

59 comments:

Wanafzan said...

Bersabar k. Saya dulu after 6mths br lekat. Agak tension jgk bile org keep on asking. After this klu org tanye lg, suruh dorg doakan. Nk elak dr org bersembur ckp mcm anak tu atas kuasa kita. :)

Nory Zoulkefle said...

sebakk nory baca..ni lah yg nory rasa setiap kali berhadapan dgn org yg cmni..menangis dalam hati...org lain takkan faham perasaan kita..hina sgt ke golongan mcm kite2 ni..hurmm...bukan kita sengaja nk rancang2, dah belum rezeki kita ke arah tu, apa kita nk buat kan...urmmm...

Nisah Idham said...

bila baca entry awk, akak pun ade pengalaman yg sama.. usia perkahwinan akak yg kini mencecah 5 tahun setengah ni, masih belum di kurniakan anak.. kalau akak hitung pertanyaan, kata sindiran rasenye dh mencecah ribuan. hehhe pernah sekali kwn akak bgtau kat akak "lebih ku mengandung nisah, kalau tak kang laki ko cr pompuan lain" (masa tu die pregnant anak ke 4.. memandangkan akak dh geram masa tu akak pun jwb "laki skang ni kak, xde anak pon die cr lain, dh bg 4 anak pon die bole cr lain, terpulang kat iman je" ....
kesannya ? smpi skang die dh x tanye lagi issue anak ni ..

>> jadi , bersabarlah dik.. Allah itu Maha Mengetahui, bkn Dia x mahu beri, cuma belum tiba masanya lagi...

(^_~) maaf ye, komen akak panjang ....

RIZZNA said...

Adusss..klau CiM pown sentap tau. Nak2 bila ada yg menambah, tktau teknik la, tk subur la, hubby tk power la. Blablabla...
Itu semua rahsia Allah, CiM dh kawin lbh 10 thn, tk merancang apa2, CiM pregy lps 3bln kawin, then lps ank 1st lahir 4thn lps tu br preg lg, tp gugur, mujur lps gugur 2bln lps tu trus melekat. Tp skang kosong dh 5 thn.
CiM ni yg dh ada 2 org ank pown org masih dok tanya bila nk preg lg. Nk jwb apa?
*Allah belum nk bg*

myaishahhafiz said...

salam pkenalan, sedih baca entry awk,
bersabarlah sb sya pun pernah laluinya dulu... empat tahun berkahwin baru ader rezeki utk ada anak. mcm2 org kata kpd kami suami isteri.. tp syukur akhirnya kini sya dah punya sepasang cahayamata :)

Azura said...

saya pun baru nak masuk 5 bulan kawin. so far x pernah jumpa lagi org macam tu. tp mak pak cik yang prihatin selalulah tny. tp boleh handle lagi walaupun kdg2 rasa malas nak jawab. tapi lg satu soalan yg sy malas nak jwb 'bila habis belajar'. setiap kali jumpa akan tanya n saya cakap mebi ujung thn depan (x sure sebab sy buat research). then bulan depan kalau jumpa, tny lagi soalan yg sama! ish rasa nak letak je notis atas kepala siap2.

btw, awak sentap2 ni ntah2 berisi x? hehe. chill.

Unknown said...

sbr yer wak...
biaselah mulut manusia nie...
insyaallah ade rezeki nnti
bru 5 bulan, xpe....
awal lg tue

- AZIE - said...

baru 5 bulan rasanya masih awal lg, pekakkan jer telinga, kalo nak ikut kata2 org apa yg kita xterasa, bukan seme org suka tgk kita gembira, ada je yg cite yg nak di cari. Pk yg positif ja..sedikit sbnyk membantu motivate diri kita..

cha said...

sedihnya baca entry u. sebab i pun lebih kurang mcm u. i lg la dh setahun kawen macam-macam soalan dah orang tanya kat i. sape yg taknak anak kan tapi janganla sampai cakap benda yang buat kita sedih :(

ameris said...

dik, byk2 bersabar. biasa la mulut manusia. abaikan kata2 diorg. jgn sbb diorg kita jd moody, stress. just enjoy with ur hubby.

#akk ada citer kt nadia experience akk utk dapat rayyan dulu. mungkin nadia dh share dgn adik.

IntaNBerliaN said...

sabar yer... bg saya perkahwinan yg berusia 5 bulan tu mash baru lagi.. In Shaa Allah... nanti adalah tu rezeki..

The ShomeL TwinZ said...

bersabar ea kak, Allah sntiasa ade..kite umatnye hanya mampu berdoa dan meminta dariNya...:)


aizu's life said...

salam..
sedihnye... kalau org pn, kompem SENTAP!
ada gak manusia yg mulut busuk cmtu yek.. Xpela, bykkan bsabar..doa byk2, insyaallah ALLAH bukakan pintu rezki utk dpt zuriat xlama lg.. automatically TUTUP semua mulut2 jahat tu..
dont stress ya :)

lizaufa said...

saya beru je lepas buat entry pasal ni sebab skang ramai sgt org prihatin bab ni!

lelagi yang sekali kene dah dapat peknen, dan sindir2 org yg belum peknen.

saya terasa sgt sebab salah dapat baby pon lambat! hampir stahun lebih tau.

telinga ni dah tatau nak cakap dah, kalau telinga boleh bercakap dah lama mulot2 longkang tuh kene sound!

pape pon bersabar lah, kerja ALLAH SWT semua tu. dah tertulis. pasni kalau org tanya lagi suh dia berdoa banyak2. ckp kat dia doa kan saya sebab saya pon tatau bila.!!!

::EIDA:: said...

Manusia tak de otak memang begitu. Simple.

eza ezara said...

sy pon mengalami situasi yg sama..In shaa Allah, Allah akan mendengar rintihan hambanya.teruskan berdoa ;)

P U C A T said...

sabar dear.
i pon belom ade rezeki lg..tapi i layankan aje sbb i ne jenis tak endah sangat.org nak tanye ke xnak tanye lantaklah dieorg.yang pasti Allah lebih tau dr kite kan.

Mimie said...

bersabarlah byk2...mulut org nih kdg2 memg pyh kite nk tutup..soklan2 yg ditanyakan kdg2 menyakitkan hati je kan....

ZAELIS said...

Sabar ye...kita pun da nak masuk dua tahun kahwin masih belum ada rezeki.
Bab isu ni, mulut org mmg akan buat kita terasa.ckp pun kadang2 tak pernah nk fikir perasaan kita. Rezeki tu Allah yg bagi...
KIta doa je banyak2...moga Allah permudah setiap urusan dan rezeki kita sama-sama.
Amiinnnn =)

Suria Amanda said...

ni la salah satu sebab musabab akak x nak kahwin lagi...bukan x nak beranak lagi tau..cuma x nak dengar mulut org yang cerabih mcm ni...ckp main sedap mulut jer..apapun itu semua kan rezeki dari allah...

puan.mila said...

sabar ye dear..tu semua kerja Allah..banyakkan berdoa..insyAllah ada rezeki u nanti cuma lambat dan cepat jek..5bulan xlama berbanding y brtahun2..mulut org xda insuran mmg cmtu..jgn stress ye dear!! chill!! :)

humble.yat said...

izfa:

kena byakkan bersabar..dan jgn stress..biar je apa kata org..rezeki anak , Allah yang tentukan..
mungkin org yang bercakap itu pula ada "ujian" yang lain yg kita tak pernah tahu..
setiap org kan ada ujian masing2..
sabar & ikhlas & tawakal adalah penawar paling mujarab dalam hal ini..k

yatie elalu doakan izfa tau..yg penting izfa kena senyum sokmo2..jgn kerut2 dahi...

take care tau..:-)

NasQ said...

alalalalala... aku pun pernah tanya gak cam tu...

mia izzati said...

hahh sy dah rasa dahhh....padahal baru je bape bulan dah tanya camtuu..kadang2 sy balas balik.."kalau boleh buat ngan tanah liat dah jadi dahh....hehe..geram sangat..cam jadi isu plak..tambah2 kalau org tua yg tanya..macam le deme tak tahu..

Aty Fared said...

yerr...Allah lebih tau..sabar jer lah yer dear..baru 5 bulan...aty paham..sendiri pon tak kisah..tapi orang lain yang suker nyibuk tu yang sakitkan hati...

INNANIE ARIFFIN said...

Kak ieza, ni just nak share something... my mum dulu pun lambat dapat anak. 4 tahun nak dapatkan kakak kita dulu. dahlah masa dia kahwin dia dah 27-28y/o. Akak, nilah namanya masyarakat Malaysia. mrk terlalu obses dalam menegatifkan orang. akak, jangan bimbang. Kalau Allah dah tetapkan rezeki untuk akak, lambat atau cepat ada hikmahnya. Akak jangan tension, once tension lagi susah nak pregnant. ignore them, akak jawablah dgn mreka, minta doakan akak cepat dapat baby. insya-Allah and kakak, i pray for you too. moga Allah murahkan rezeki akak dan suami. dapat timang baby. believe me that Allah give everything for a reason! believe me!!! ;) love you kakak!

Sadiq said...

Jangan layan apa yang orang kata.Kuatkan diri.Yakin dengan ALLAH =)

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Unknown said...

Kita hanya merancang tuhan yang menentukan.

d-Ya said...

betol!lepas kawen sibuk je org nak tny2 dh pregnant ke x..kkdg baru sbln dua kawen dh tny..bila x kawen lg,org sibuk tny bila nak kawen..mmg busybody..
nway,x lama lg ada la rezeki tu..insyaAllah~ kena ingt kadang2 tuhan bagi lambat sikit sbb dia tau apa yg terbaik untuk kita~

iedaurora said...

Sabar dear baru kahwin macam kita mmg org asik bertanye, jawapan same ieda bagi 'belum rezeki lagi'

shafa said...

harap bersabar iz, InsyaAllah hanya Allah yang mengetahui segala2nya. saya doakan agar dimudahkan segala urusan & usaha yg telah dilakukan.

Rtp Farra Arisha said...

teganya dia berbicara seperti itu di dalam suasana ramai?!

hmm, anyway stay positive and keep away the negative, yeah? semoga Allah membalas ketabahan Sis dengan nikmat yang lebih besar nanti. :) In Shaa Allah

eLL said...

saya setahun lebih berkahwin belum ada rezeki.

semua orang tanya menyakitkan hati je rasanya. sampai pertanyaan yg bukan2 macam yg kamu hadapi.

percayalah, semoga Allah murahkan rezeki kita dengan adanya orang yg macam tu.

محمد رازيق said...

sabar. bila ada rezeki nanti, Allah akan beri. banyakkan doa. Kerana hanya Dia yang tahu.

nadia farahida said...

perghhh, yang tinggal komen dekat sini semua memanggg sangat penyayang habis kan makkk. baik betul cara dorang semua ni bagi kata2 semangat. lantakkk mak mulut2 orang tu. baling lombong baru tau! :P

Masya said...

biarlah org nak ckp apepun.. yg penting kt tau hubungan kt suami isteri mcm manekan... ermmm mulut org nak buat mcm mane .. adatlah kalau bertanya.. tp x membebel x tentu psl tu kdg mls nak dgr...

wisata bakti alam said...


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. saya baru kawin 6 bulan lebih.. mmg terasa sangat soalan camne. tapi sy cuba fikir positif. insyallah, rezeki masing2 akan sampai jua. salam perkenalan awak :)

Sheila Salim said...

sheila sebenarnya ada kisah hampir serupa dgn awak. lagi2 daripada kakak sendiri kan. tapi sheila tak cerita kat dia yang sheila keguguran masa minggu ke-3 kawin tu. mmg sedih. lama sheila bertafakur, pastu positifkan diri balik. sheila sedih la baca post awak ni.

Adriana said...

Ana pn mengalami benda yg sama..org duk tanya da ada isi tak?kita suami isteri bahagia,tp org lain cuba menabur syak wasangka..kuatkan semngat yer..Ana pn belum ada rezeki lg

Unknown said...

nak terbang laju2 g peluk ko nok...

biase lah tu.. tp mmg sentap lah weh..org ckp cmtu.. dh blm rezeki nk wat cmne... org lain pun rilex je xkecoh2... ape daaaa

Bunda_nora said...

salam kenal dari bunda, nak crite sikit..adek ipar bunda 'mak su'..14 thn berkahwin baru dapat anak, kembar setahun plk tu..yg sulung lahir bln Jan..yg ke2 lahir bln Dis..selang 3 thn dpt no 3 plk..jenuh juga berubat doktor n mengurut ape bagai..pnh jmpa specialist..last2 dpt juga..petua org amalkn minum susu kambing fresh + kurma n blend..2 suami isteri kene minum amalkn smbil berdoa..bersabar jer..mulut org bese lah..kalu lmbat khwin pun satu isu..dh khwin tak mngandung2 pun lagi satu isu..yg penting kita usaha dlm diam..rezqi ditgn Tuhan..

Unknown said...

jangan hiraukan mereka.. mulut suka hati je..

GOLD FINGER said...

takpe2..akak dulu bunting pelamin..i gelojoh..punn jgk org mengata..eeee...cepatnyaa pegnant..tak sempat nk berhoneymoon..mcm2 larr..lambatpun org bercakap..cepatpun org berckp..

Mizz ErMa said...

ya allah..cabulnya mulut pompuan tu..akak sabar jela k..maybe tu ujian yang allah nak bg dekat akak..

Anonymous said...

Sama la kita ni kak... Naik tension d tanya dan kadang2 Emo jugak jadinya... =( yela...siapa yang tak mengharap ada baby?? semua org nak ... Tapi belum ada rezeki nak buat mcm mana???

Saya dulu pun jawab mcm akan, nak rilek dulu kot, nanti2 lah kalau ada rezeki... Pastu terus kena tembak "KALAU TAK DIBERI TERUS PADAN MUKA"...

sapa yang tak nak??? Cuma Allah je belum bagi rezeki... Huhuhu~~~ Sabar je...

Mr.Superman said...

mende la doakn org bkn2 -.- itu rezeki dr tuhan.cpt ke lambat,kita ni duk sibuk sgt ckp x reti nk cover da knp.

sabar k kwn :)

amaniammar said...

salam kenal je ye..
nak komen sglanya dah terjwab kt ats ni..

pepn inilah Ujian Allah beri kpd kamu
mudahan Allah memberikan kekuatan fizikal,mental, jiwa kpd kalian berdua
yg penting jgn putus asa..usaha dgn mencari kaedah lain selain perubatan moden..(maksud bkn cri bomoh ke pe..) cari pemakanan lain yg dpt perbaiki peranakan dan hormon kita..
wallahu'alam

dulu sy pn cm kamu..(usaha minum produk tuk perbaiki peranakan..psal sejarah ibu bapa sy yg lewat dpt anak..)

be strong..don't worry dimana ada cacian pasti berjuta teman yang dpt beri kekuatan moral kepada kamu...k
x mo sedey2...

(over lak sy ni erk...)

Nuriesya Nadia said...

Hai awak , kite da follow blog awak. Sedih + bengang pulak bace entry awak yang ni. Ada rezeki adalah kan. Tak patut cakap macam tu. Sabar jela ye awak. :) Mulut manusia bukan macam mulut tempayan yang boleh ditutup2. Take the positive and put aside the negative. Take care.

Hidayah said...

hurrmm..

kita pulak ikut terasa...

actually kita nih hampir sama..
tapi masih ada beza..

bezanya kita dah ada sorang cahaya mata..jadik soalan lain sikit..

"bila nak tambah lagi"

dan byk lagi soalan serta nasihat serta ucapan yg menghiris hati..

kamsiah said...

lain kali balas balik kat dia.."kau dah berapa kali mengandung..??"

salam kenal dari akak...follow u sis

Lyaa Suriany said...

mmg sentaaaaaaap habisssss

Ym.Bundle said...

sabo je la beb..aku ni dah setahun lebih kawen baru nak lekat..aku paham la sgt perasaan ko camne walaupon aku ni laki..

bini aku tu lagi cepat tacing..masa buat akikah anak adik aku tu paling dia sentap..mata masuk habuk terus time time majlis tu jugak...

pasal orang tnya tu dah naik bosan nak jawab..aku ye la bosan..yang bini aku ofcoz sedih.. btw ko doa la banyak2..insya'allah ade rezeki tu nanti...

Alif Haris said...

sabau je la kak ye.
serahkan je pada Allah. tu semua pemberian rezki drpd Dia.
rezki orang ada rezki masing2 kan.
mungkin cepat atau lambatnya saja. :)

~ NANA ~ said...

it's ok dear...buat taktau je dgn manusia camtu...kadang2 manusia ni suka bercakap tanpa berfikir...apa2 pon serahkan segalanya pada kuasa Allah k :)

*hugs*

diary_ciknaa said...

sabar ea dear..amik 2nd baby ciknaa jela jd anak angkat..utk diangkat didokong, dicium.. hehe. ragam org mcm2.. insyaallah ada rezeki nti. ada org bgtau ciknaa makan VCO, mudah hamil.


btw, ciknaa mkn lepas bersalin ritu, tetibe lekat lg.. acaner tu?

ibtisam mohd arshad said...

Sy ni pon baru 7 bulan kwin mmg ade je yg tnye...kdg2 pertnayaan dorg yg wat kte stress..klo dah asik tnye je mmg rase nk hempuk je pale dorg...sy ade je kwan mcm tu...mmg tensen..dpt lg kwan yg kwin dlu dr sy pon dah lekat...lg ar dorg asik tnye 'ko ble,ko ble'....kte usaha,doa n tawakal...tp klo Allah kate blm masenya x kn jd jugak...skng ni pon ngh period n akn still usaha..mudah2 an kte yg dah berumahtgga ni akn dikurniakan rezki anak...aminnn....

ibtisam mohd arshad said...

Sy pon bru 7 bulan kwin tp org asik tnye je...i mean kwan2 yg asik.bertnya...mak n mentua x tnye pon..kdg2 pertnyaan org yg wat kte lg stress...klo.dah asik tnye tu mmg rase sakit ati gak la...ni pon ingtkn menjd tgok2 peot lak...Allah x bg rezki lg...kte usaha,doa n twakal..tp Allah x bg lg...kna usaha lg la pas ni...mudah2 an kita yg dah kwin ni Allah bg cpt rezki anak...aminnnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...