Assalamualaikum
Pertama kali beb blog aku ada resepi. Dah kenapa tiba-tiba ada resepi ni dalam blog aku ? Sebab utamanya, menghargai hasil air tangan encik suami yang gigih sangat-sangat dua tiga hari bertanya, nak makan lasagna tak kat aku dan gigih mencari bahan serta gigih juga menyediakannya untuk santapan isteri tersayang sementelah beliau risau aku tak boleh nak makan nasi sekarang ni. Gitu. = . =' Selain tu, sebab aku kongsi resepi ni, ada kawan-kawan fb yang tanya resepi kat aku bila aku upload gambar kat fb aku walaupun bukanlah aku punya resepi. Bangga kejap.
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan 1:
1. Lasagna instant
2. Chesdale (encik suami guna cheese yang selalu makan dengan roti sebab tak jumpa mozarella cheese yang dimahukan)
Bahan 2 (sos spaghetti):
1. Sedikit minyak masak
2. Daging atau ayam kisar Ramly
3. Cendawan butang potong dadu (optional)
4. Bawang besar - potong dadu
5. Bawang putih - cincang halus
6. Cili boh - ikut selera pedas
7. Tomato puri atau tomato potong dadu - ikut nak pekat mana kuah
8. Sos spaghetti Kimball
9. Herba Itali McCormick - boleh je guna lada hitam, oregano dan sebagainya
10. Gula dan garam
Bahan 3 (sos keju):
1. 2 sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. 500ml susu full cream - guna setengah kotak yang besar
4. 2 sudu besar Chesdale - boleh guna mozarella cheese
5. Sedikit lada sulah dan garam
Cara memasak
Bahan 1:
Lasagna instant dilembutkan - rebus sekejap sampai lembut
Chesdale - pisah-pisahkan satu persatu. Nak potong kecil-kecil pun boleh
*Letak tepi dulu kedua bahan ni
Bahan 2:
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng sampai naik bau
Masukkan cili boh ikut kepedasan yang dimahukan
Masukkan daging atau ayam kisar sampai empuk dan sebati
Masukkan sos spaghetti, tomato puri, gula dan garam
Masukkan cendawan butang
Tunggu sehingga masak dan jangan terlalu kering sebab kelembapan sos diperlukan untuk melembutkan lasagna semasa dibakar
*Sos spaghetti biar manis sedikit sebab cheese adalah masin ye kawan-kawan
Bahan 3:
Api yang perlahan sahaja
Masukkan mentega sampai cair
Masukkan tepung gandum - kacau sehingga sebati
Matikan api, alih periuk dari tempat panas
Masukkan susu - kacau sehingga sebati
Masukkan chesdale, lada sulah dan garam
Letak semula periuk atas api sederhana - kacau sos hingga masak
*Pastikan sos tidak terlalu likat atau lama sebab bila sos sejuk, ia akan jadi lebih likat daripada masa panas
Cara melapis lasagna
1. Letakkan lasagna instant yang telah dilembutkan ke dalam bekas membakar
2. Buat lapisan nipis sos spaghetti di atas lapisan lasagna
3. Tuang sos keju ke atas lapisan sos spaghetti
4. Tabur chesdale ke atas lapisan-lapisan tadi. (Chesdale bentuk 4 segi, so, boleh je letak atas lapisan tanpa potong. Jarak-jarakkan ikut bekas yang digunakan)
5. Ulang langkah 1 hingga 4 ikut berapa lapisan yang anda mahukan
6. Lapisan terakhir selepas sos keju, letak chesdale sampai penuh
7. Bakar sehingga keju mencair dan masak
ini adalah lasagna encik suami
Tak berapa nak susah sangat resepi ni. Kalau guna semua bahan yang dibeli, boleh makan ramai-ramai dalam 8 orang dan sangat menjimatkan berbanding makan di secret recipe. Aku memang tak ambil gambar masa encik suami buat lasagna ni, makanya, gambar bahan-bahan semua gigih aku ambil kat google dan edit untuk tunjuk bahan mana yang aku guna. Selamat mencuba dan menjamu selera.
*resepi asal boleh rujuk SINI
33 comments:
terrrrrrrrrrrrrrbaiklah encik suami...kagum!
wah seronoknya suami masakkan..mesti terjaru sambil makan kan hehe..bertambah berbunga cinta yang ada eceh,...:-)
wahhh lazatnyia....hehehe
baru ja 2/3 hari duk tgk resepi lasagna nie, tingin la konon. sekali za dh buat...argghh kena wat jgk nie..
Nak beli ovennnnnnnnn , nak buat lasagnaaaaaaaaaaaaaaa... hehe
Assalamualaikum za, bestnya suami risau isteri sbb pregnant! hehe. bagus lah atleast za makan kan. hee sheila nak try resepi za ni boleh? tak pernah makan lasagna. hehehe za jaga diri bebaik tau pregnant ni!
mmm ummy,boleh try ni...
mm so yummy..blh try ni...
mmm so yummy...blh try ni..
lasagna...mcm pernah dgr....tp tak pernah try...
alalala.
rajin nye M2B ni..
ciknaa tak penah terpikir nak buat, beli saje kt uia sebekas 4.50 :)
Baru terfikir nak buat lasagna semalam. tunggu hubby datanglah hujung minggu baru buat. hehe.
erm...cam sedap je... lg2 klu buat sendiri...confirm puas makan kan...
Ohsem....terer nyaaaa......
tak leh terima kot tekak aku ni...
nanti mak buat untuk yaya eh? ;p
yaya buat chicken chop utk mak. hehwhewww
nampak mudah & sedap...done u mobile
suke gile lasagna! selalu order jek. xpenah terniat nk masak. sbb nmpk cm susah. nnti kLW ad time boleh la try recipe nih!
thanks dear =)
oke.. terkecut liur sara ni... iza kene buatkan utk sara.. haha.. shud try this resepi.. nyum nyum nyum...
paberet akak ni..tapikan dasar pemalas sanggup pi beli jer..eh anyway congrate yer..
lame dah cari resepi ni.. thanks kongsi resepi.. hehhee.. salam kenal..
makkk, lapaaaaa T___T
nak lasagna satuuuuuu ayahhh
mcm senang jerk tgk resepi nie ... boleh cuba nie. TQ k ... ^^
salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak. jom tukar link, citer dan pendapat
sedapppp!!nyummm!!time kasih..esok nk cube..
wah. sedapnya. boleh try ni. tq :)
bertuaaah nya dpt hubby yg pndai masakkk
wah, caring betul en.husband tuan belog..hehe tgk macam leceh aje nak buat..sedap x? hehehe
Owh begitu caranya
Salam perkenalan =)
Sedaaaappp tu.. Will try..
menarik2...blh try nih....
Bnde yg sdap aq slalu msakkn tok family..try laa bnde senang...
laparrrr la aihhhhh
sedap tgk. nanti rerajin nak buat!hehehe
Post a Comment