Monday, October 16, 2017

Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)


Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment) | Assalamualaikum semua. Sakit tak rawatan akar gigi ni? Mahal ke tak rawatan ni? Macam mana prosedur nak buat rawatan ni? Macam mana boleh tahu kita kena lalu rawatan ni? Haa, macam-macam soalan kat kepala aku ni bila tiba tang gigi. Asal sakit gigi je rasa macam gigi ni rosak ke, nak kena cabut ke, nak kena tampal ke? Gitulah dilema dia. Over sangat sampai nak dilema. Tapi ada orang sakit gigi pun sanggup tahan sebab takut nak jumpa doktor gigi. 😂 Tapi alhamdulillah, aku okay je jumpa doktor gigi. Tipulah tak takut langsung, tapi okay jelah. Gitu.

Alkisah mulanya pasal gigi ni lepas bersalin Daryan. Lama dah, hampir 10 bulan yang lepas. Dalam pantang tu, aku rasa gigi aku ngilu sangat. Dia bukan sakit, tapi ngilu. Tak selesa. Aku fikir masa tu mungkin kekurangan kalsium, faktor mengandung. 😅 Acah pandai buat kesimpulan sendiri. So, aku biar jelah, minum susu untuk tambah kalsium. Gitu kesimpulan yang aku buat. Dalam seminggu dua macam tu, hilang dah ngilu tu. Serius, gigi tu macam back to normal, tak sakit tak ngilu okay saja. For information, dari luaran gigi tu nampak perfect (kahkahkah), tak adalah nampak berlubang ke apa. Tu yang pelik kenapa ngilu.

Selepas beberapa bulan, dalam 7 8 bulan macam tu, ngilu tu datang balik. Tapi tak ngilu teruk sangat macam memula kena. So, sebagai langkah berjaga-jaga, aku pun ajak suami pergi klinik gigi sebab nak tau kenapa gigi tu. Apa masalah dia sampai bagi masalah kat aku 😁. Sebelum ke klinik gigi tu, aku google simptom yang aku hadap tu, dan akhirnya aku baca pasal rawatan akar gigi. Aku macam dah rasa yang aku kena buat rawatan ni. Naluri tu kata cmtu. Gitulah.

14/08/2017, suami bawa aku ke Klinik Pergigian UITM Shah Alam. Orang luar pun boleh buat rawatan kat sini, so jangan risau. Kebetulan aku datang klinik sunyi je, student cuti sem. So, kejap je aku buat rawatan. Mulanya, daftar untuk buat rawatan. Lepas tu tunggu giliran. Seterusnya, nombor giliran dipanggil untuk terima rawatan.

Masa ni, aku bagitau doktor tu gigi aku ngilu dan bahagian gusi rasa tak selesa bila ditekan. Doktor check gigi tu dengan sembur air, sembur angin, ketuk segala dan tanya sakit atau ngilu tak bahagian gigi tu. Tapi memang tak sakit kat gigi, so aku tak tahu nak explain macam mana. 


Bila macam tu, doktor suruh pergi x-ray gigi tu. Bilik x-ray ada je area situ juga, tak jauh, tak adalah susah-susah nak keluar ke tempat lain. Habis x-ray, doktor bagitau gusi aku kat bahagian akar gigi bengkak, sebab tu ngilu, dan juga bekas tampalan lama dah terkena akar gigi. Sangat menyedihkan sebab gigi tu elok je zahirnya. Hahaha. Dan doktor bagitau lagi, kena buat rawatan akar gigi, tapi tak boleh buat hari tu juga sebab gusi bengkak, kena surutkan bengkak dulu, so kenalah set appointment. Rawatan akar gigi ni akan melibatkan beberapa temujanji bergantung kepada keadaan gigi. Dan, aku dapat dua kali lagi temujanji. Maka, betullah naluri aku ni kena buat rawatan akar gigi.

Masa ni, doktor bekalkan aku 2 jenis ubat. Satu ubat tahan sakit, dan satu lagi antibiotik yang perlu dihabiskan sebelum temujanji seterusnya. Bagi aku yang menyusukan anak, ubat ni tak mengganggu pun. Kalau nak lebih tahu, boleh tanya bahagian farmasi masa ambil ubat tu. Bayaran untuk rawatan ni, PERCUMA. Masa rawatan, dalam 20 minit.

22/08/2017 aku datang semula ke klinik gigi untuk rawatan seterusnya. Masa ni datang, ambil nombor bahagian temujanji. Seterusnya tunggu sahaja nombor dipanggil.

Kemudian jumpa doktor, terus doktor cakap hari ni kita buat rawatan akar gigi untuk kali pertama. Apa yang doktor buat? Doktor suruh x-ray sekali lagi untuk pastikan betul-betul gigi yang perlukan rawatan akar gigi. Bila dah pasti melalui gambar x-ray, baru doktor teruskan rawatan.

Doktor lubangkan gigi tu sampai ke akar, bersihkan dan masukkan ubat, seterusnya buat tampalan sementara. Masa aku ni, aku tak kena bius langsung. Aku pun tak tahu kenapa tak kena bius, walaupun aku baca ramai yang cakap kena bius. Dan aku pun tak rasa sakit langsung, alhamdulillah. Sekiranya tampalan sementara gigi ada masalah, kena datang terus ke klinik tanpa tunggu tarikh temujanji.

Bayaran untuk rawatan ni, RM60. Masa rawatan dalam 30-40 minit.

29/08/2017 rawatan terakhir untuk rawatan akar gigi. Doktor tanya, sepanjang seminggu ada sakit atau masalah dengan gigi atau tidak. Dan aku tak lalui apa-apa masalah, dan langsung tak ada rasa ngilu ke apa macam sebelum tu. So, doktor cakap okay. Doktor buka semula tampalan sementara, macam gerudi ke apa pun tak sure, masukkan ubat segala dan seterusnya buat tampalan kekal. Sepanjang rawatan aku tak dibius, dan tak sakit pun. Doktor sangat lembut buat kerja dia.

Bayaran untuk rawatan ni RM70 dan memakan masa dalam 30 minit.

Kesimpulannya:

Gap masa rawatan adalah dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan bergantung kepada kondisi gigi dan juga giliran menunggu. Kalau klinik swasta, mungkin lebih sekejap. Kalau klinik kerajaan, mungkin lebih lama. Rezeki masing-masing.


Kos keseluruhan untuk sebatang gigi di bahagian hadapan:

Kali pertama : percuma
Kali kedua : RM60
Kali ketiga : RM70
JUMLAH : RM130

Untuk gigi di bahagian belakang, aku tak tahu. Mungkin kos berbeza ikut kedudukan gigi.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

33 comments:

Jelita dan Awet Muda said...

Suami pun pernah buat rawatan akar dulu tapi kat klinik swasta..mahal juga lah

Firdaus Khalid said...

salam..nak tanye, cmne nak tau operating hours utk klinik gg uitm tu ye. nak sgt pergi...gg tgh sakit kaw2

Nina said...

Salam..sy dh buat rawatan akar 3 hari lepas. Normal ke lps buat rawatan tu gigi rasa sakit n berdenyut?

Anonymous said...

Dah pergi klinik uitm... tp pesakit luar xboleh pon... utk staf/pelajar je...sedihnya...sbb dah smp..😂

Unknown said...

Masa mula mula sakit gigi tu. gigi tu goyang tak ?

Unknown said...

Masa mula mula sakit gigi tu. gigi tu goyang tak ?

Anonymous said...

Utk rawatan ke2 perlu makan ubat tk ?

Unknown said...

Berapa ya kalau di klinik swasta ?

Unknown said...

Berapa ya kalau di klinik swasta ?

Admin said...

Masih ada lagi ke kat uitm shah alam ? atau dah pindah ke sg buloh. Saya tgh mencari alternatif sebab selama ini klnik swasta . tak tahan mahal sgt

Unknown said...

gigi tu hitam tak sekarang ?

Anonymous said...

Sy bru je bt rawatan akar gigi. Gigi sakit on off dlm 2 mggu.. Bt rawatan hmpir sejam. Byrn RM380. Dh 2 hr ni msih rse sedikit sakit pd gg. Tp, ble mkn dh x rse ngilu lg..

ieza ashaari said...

Saya tak pasti. Boleh check di web rasanya.

ieza ashaari said...

Wslm. Alhamdulillah, sy tak pula macam tu.

ieza ashaari said...

Yeke. Kesiannya. Knp tak call dulu. 😅

ieza ashaari said...

Tak pun. Ngilu je.

ieza ashaari said...

Masa sy buat di uitm shah alam. Better call dulu.

ieza ashaari said...

Tak pula. Mungkin sbb baru lg.

ieza ashaari said...

Mgkin sakit tu berbeza utk individu. Sy pun xtahu nk describe skt cmne.

noreen said...

Sy baru 3 hr buat first step rwtan akar.tp lps bius pun hilang gusi mula rasa denyut.normal ke klu rasa cam ni bila first step buat?

Unknown said...

Rawatan ni mmg seminggu ke? Dia buat sikit2 eh?

Wanie said...

Saya skrg tgh buat rct dekat klinik swasta. Dalam rm700

ieza ashaari said...

Saya tak pasti sbb saya tak rasa macam tu.

ieza ashaari said...

Dia step by step. Sbb nk matikan hbs akar tu. Memula tampal yg sementara pastu baru yg kekal.

ieza ashaari said...

Ubt tu sy dpt memula je. Utk surutkan bengkak dan tahan skt.

ieza ashaari said...

Tak pun. Gigi tu elok je.

Razak Ranli said...

Baru bercadang nak buat rawatan akar.
Bagi gigi geraham bawah.Kos rawatan minima rm800 keatas.

Unknown said...

Gigi dpn dlu bt rm600.klu gerham dlm 1000 kot skg.dr gov la ckp mse dia cdangkn sruh bt

Unknown said...

Maaf tanya, ini kos rawatan di government atau klinik swasta

ieza ashaari said...

Ni kos di klinik pergigian uitm shah alam.

Anonymous said...

salam sis..buat rawatan akar gigi depan kan? ok x buat ? atau ada rasa sakit2 lagi? sy nk buat tapi takot la pulak hahah

Unknown said...

Awak buat dekat mana ye rm380?

missy anne said...

Hai..nak tanya..awak buat kat mana rawatan tu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...