Sunday, November 3, 2013

Pengalaman Melahirkan Zuriat Sulung

Assalamualaikum semua. Lama sangat dah tak update entry kat blog ni. Hari ni, aku nak share pengalaman aku melahirkan zuriat sulung kami suami isteri. Alhamdulillah.

Muhammad Zarif Darwish bin Mohd Nasrul Hadi nama yang kami suami isteri pilih untuk putera sulung kami ni. Zarif membawa maksud periang, berjenaka dan Darwish bermaksud yang warak. Darwish lahir pada 25 September 2013, hari Rabu, pada pukul 6.46 pagi dengan berat 3.48 kg di sebuah hospital swasta. Anak kami ni lahir betul-betul on due 40 minggu. Pandai anak mama dengan ayah ni.


Nak share sikit pengalaman aku bersalinkan Darwish ni. Actually, aku dengan encik suami dah sangat-sangat tak sabar nak Darwish keluar bila aku dah 39 minggu mengandung. Sampaikan, hari Khamis tu, aku jalan banyak-banyak sebab nak Darwish lahir malam Jumaat, ambil berkat katanya, tapi tak keluar juga anak kami ni. Hari Sabtu tu, siap tawaf Ikea dengan blogger Eida dan Nory sampai tak larat kaki nak jalan, dan balik rumah mertua naik tangga tingkat tiga, tapi tak juga bersalin malam tu. Betul-betul berisi aku time ni sampai nak bawa badan sendiri pun tak larat.

Masa kat rumah mertua, aku dah mula rasa nak berak je sampai tak selesa perut, tapi buat penat kaki je mencangkung, tahi tak keluar juga. Mak mertua aku siap suruh tekan-tekan sikit bawah perut tu sebab katanya laluan tahi tu dah sempit dek kerana baby dah ke bawah, tapi aku takut nak tekan, so tahan je lah. = . ='

Sampailah ke Selasa malam, lebih kurang pukul 8 lebih, kami sekeluarga (kat rumah family aku) makan malam. Mak aku suruh aku makan puas-puas, katanya takut mengidam nanti nak makan bila dah bersalin. Macam hint je kan. Aku layankan je. Habis makan, masing-masing buat hal sendiri. Kami suami isteri pun macam biasa masuk bilik. Aku layan hp, encik suami duduk depan laptop. Encik suami ambil cuti esoknya sebab kebetulan kena pergi refer klinik kesihatan nak check kandungan sebab dah 40 minggu. Pukul 10 macam tu, aku rasa nak berak. Ulang-alik ke toilet, cam biasa, tahi tak keluar juga. Nasib toilet duduk, kalau cangkung, mau kebas kaki. Sampai aku tak puas hati, pukul 11 camtu aku tanya mak aku.

"Mak, rasa nak berak sangat ni. Tapi tak keluar pun. Penat dah ni duduk tunggu". Time ni mak aku tengah lipat kain layan tv sorang-sorang. Mak aku pun cakap, "ko jangan nak teran-teran, biar je keluar sendiri kalau tahi nak keluar". Aku pun malaslah nak layan sangat dan masuk bilik. Masa tu encik suami tengah tengok cerita apa ntah yang tak best bagi aku, aku pun menyibuk suruh dia tukar cerita lain. Baik pula mood dia, dia buka cerita melayu, kami layan cerita 8 Jam. Tengah layan tu, aku rasa nak terberak lagi tapi kejap-kejap hilang. Aku tanya mak aku lagi, "mak, camni ke tanda nak bersalin?". Mak aku dah muka macam cuak tapi control sambil cakap, "ntah kau ni. Mak takde pun tanda camtu. Dah, tak payah nak pergi berak, pergi hospital je lah".

Aku masuk bilik, pastu cakap kat encik suami. "Abang tengok jam ye. Kalau ayang cakap rasa nak berak, abang tengok pukul berapa". Tetiba bila aku tulis entry ni, aku rasa macam sengal je kami masa tu ye. Hahaha. Boleh pula laki aku layankan je tengok jam bila aku cakap, "ok, NAK BERAK!". Kahkahkah.

Sampailah masa tu pukul 11.40 camtu, encik suami cakap, "ayang, rasa tu dah 5 minit-5minit lah. Dah tanda kot". Tapi, disebabkan ini pengalaman pertama kami ditambah kesengalan juga aku rasa, aku jalan-jalan dulu dalam bilik tu seround dua. Pastu macam rasa dah boleh kot pergi hospital, makanya aku ajak encik suami pergi hospital lebih kurang pukul 12 malam, walaupun dalam hati kami ni tak rasa aku akan bersalin lagi.

Encik suami cakap, dia cuma rasa pergi hospital tu sekadar checkup je malam tu. Aku pula rasa macam akan kena halau balik je sebab perut aku langsung tak sakit. Tapi rasa nak berak tu datang selang 5 minit. Dalam kepala ni asyiklah teringat 3 TANDA UTAMA NAK BERSALIN; turun darah, pecah mentuban dan juga sakit perut berpanjangan. Satu tanda tu pun tak kena kat aku.

Nak dijadikan cerita, sampai je hospital, nurse check bukaan dah 4 cm! Alhamdulillah, seluk check bukaan tu tak sakit pun macam yang orang selalu cakap. Dah ada bukaan tu, haruslah admit terus kat hospital. Nurse pun bagi ubat buang air besar, tukar baju semua. Settle semua, nurse tunjuk katil aku dan dia cakap akan datang check bukaan semula 4 jam kemudian lebih kurang pukul 5 pagi camtu.


Masa tunggu 4 jam tu, bukan tak sakit langsung lah, tapi perut aku memang tak sakit cumanya aku rasa nak terberak tapi lepas tu hilang. Sampailah pukul 4 pagi, aku memang rasa nak berak tapi takut terberanak kalau aku teran kat toilet, aku cakap kat encik suami. Dia panggil nurse, nurse datang dengan muka tak rasa aku akan bersalin secepat tu sebab anak pertama. Nurse siap tanya sakit sangat ke? dan boleh tahan tak? dengan nada suara yang lembut. Bila ingat balik jawapan aku bagi, aku rasa kalau nurse malas layan, mesti dia suruh aku sabar, tapi nurse ni layan pula aku ni. Aku boleh jawab tak sakit sangat dan boleh tahan, tapi saya rasa nak terberak. Hahaha. Nurse tu pun cakap, "ooo, saya check bukaan dulu lah ye". Dia terkejut bila check dah 8 cm. Bukan dia je, aku dengan encik suami pun terkejut. Cepat juga. Alhamdulillah, mungkin satu teknik yang aku buat tu menjadi untuk cepatkan bukaan. Kat entry lain aku share teknik tu, insyaAllah.

Masuk ke bilik bersalin ditemani encik suami, nurse pecahkan air mentuban dan tunggu doktor datang. Aku tak tengok jam masa tu. So tak tahu pukul berapa. Aku agak doktor datang lebih kurang pukul 5 pagi macam tu dan bermulalah proses teran semua. Ada kekesalan dan aku rasa agak kecewa dengan diri aku. Teran-teran, tapi khalifah kecil kami tak juga keluar. Aku sampai habis minum air 2 gelas, tapi baby tak juga keluar. Aku rasa, antara sebabnya, aku tak cukup tenaga sebab tempoh aku makan malam dengan bersalin agak jauh, perut kosong mungkin, teknik meneran yang kurang betul sebab tak ada pengalaman, saiz baby yang agak besar bandingkan dengan aku yang kecik (anak pertama belum ada laluan) dan paling utama aku rasa sebab aku tak rasa sakit nak teran. Nurse yang bagitahu kat aku suruh teran bila ada contraction. Sedih bila ingat balik, tapi itulah ujian buat aku.

Sampai satu masa, aku rasa aku hilang. Gelap dunia ni. Aku sedar balik tiba-tiba bila dengar suara azan. Sedar je, aku teran lagi sampaikan doktor decide untuk bagi bantuan dengan vacum. Allahu akbar, sakit masukkan vacum tu lebih sakit dari nak bersalin normal. Kali pertama vacum dimasukkan, vacum terlepas dari kepala baby. Allahu akbar. Masa tu aku dah habis tenaga. Tapi, bila terlepas je vacum tu, aku rasa sayu sangat bila ingat anak dalam perut ni. Encik suami pegang tangan aku erat, suaranya dekat kat telinga aku bagi kata semangat. Doktor masukkan lagi vacum kali kedua dan alhamdulillah, Darwish keluar dari rahim aku. Tapi, keluarnya Darwish dari rahim aku bawa satu peristiwa yang kami suami isteri tak akan lupa sampai bila-bila. Nanti akan aku ceritakan untuk perkongsian semua. InsyaAllah.
 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

18 comments:

::EIDA:: said...

Nexttttt ..... nk bc lagiiii.... hehe

DYatie ABakar said...

Tak sabar nak tunggu seterusnya iza. Alhamdulillah Darwish dah bersama kita dan selamat kedua2nya. Part berak tu sama je dengan kite. Banyak kali ulang alik toilet tapi x bgtau kat mak. HewHewHew.

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah...syukur..
Nanti jgn lupa cerita smbungan ye..
Tak sabar!!!

Bie said...

subahanallah.. tak sabar nak tunggu cerita seterusnya.. huhu

cik mah said...

lama dah tunggu update tau..alhamdulillah selamat n tahniah dah jadi ibu...

INNANIE ARIFFIN said...

TAHNIAH KAK ATAS KELAHIRAN PUTERA SULUNG...

semoga baby sentiasa sihat!

Welcome to the world darwisy!

ilyamel said...

best pulak baca en3 ni..jgn lupa tau share teknik utk cepatkan bukaan tu..tp serius eh xsakit..kalau kite dlu dah hujan gerimis air mata dah bila contraction dtg start bukaan 5cm..salam pkenalan ieza..

cik violet said...

kak... cepatla update nak tahu ceritaaa... huhu..


btw, congrates d atas kelahiran anak pertama :)

Mila Ahmad said...

berdebarnya baca entry mak ni, sebak pun ada.darwish kuat kan ?

Fahimah Mahayuddin said...

Alhamdulillah..tahniah! lama xdengar cerita, sekali dah selamat jadi ibu dah pun. Nnti cerita k petua mudahkn contraction tu. Boleh wat panduan

GOLD FINGER said...

Eh lama dah akak tk terjah sini..sedar2 awak dah selamat bersalin..congrate..syukur alhamdulillah..saat ni lar yg mmg tk blh dilupakan..sbb setiap org tu lain rasanya..tahniah2..

cha said...

tahniah u

cha said...

tahniah u. selamat berpantang. doakan rezeki i pulak tau :)

Masya said...

alamak bersambung ker?? besar jgk baby za yer.. tahniah yer...

Kenari Putih said...

Takut le kan kita masa saat2 kita nak bersalin, sy pon sama, teran2 entah mcm bb xdatang pon.. Anak kedua sy surrended dgn doc belah perut sbb takut kadi apa2 kat baby saya.

Bahiah said...

Salam.
Tahniah atas kelahiran anak sulung!
Sakit perut duk gelak baca entri ni. Sambungannya dah ada ke? Tak sabar nak baca.
Jemput baca pengalaman kami ya!
http://ummukhadijah.com/pengalaman-bersalin-anak-pertama/

dalila said...

bestnye klu rs skt mcm nk berak je..hihi..cepat pulak tu bukaan dh 8cm..ade sambungan lg x?hikhik..xsabar nk bace..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
kan sama la dgn saya masa first time kena seluk tu, mmg x rasa pa pe. nurse pon baik j. asyik dok, maaf ye.. maaf ye. rasa relax j.kikiki

tak pa lain org lain bahagiannya kan.. itulah kekuatan wanita kan..

nk cri sambungan la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...