Tuesday, May 26, 2015

Cara Mudah Ajar Bayi Mengaji

Assalamualaikum. Tajuk tu macamlah aku pro sangat konon boleh tunjukkan cara mudah nak ajar orang mengaji. Nak-nak pula bayi. Memang tak lah aku pro, cuma aku bolehlah kongsi sikit-sikit cara aku ajar Darwish mengaji. Video ni diambil masa Darwish usung flash card dia ke aku. Kebetulan, aku baru jawab panggilan telefon. Terus aku rakam dia baca.



Alkisah aku start ajar Darwish baca segala flash card tak kisah ABC, 123 mahupun alif ba ta masa lepas pantang. Buat saja-saja tiap hari sambil borak main-main dengan dia. Memang dia tak sebut, tapi fokus dia pada flash card tu sangat konsisten.

Sebenarnya, aku buat pada masa tu adalah salah satu latihan terapi dia. Tidaklah aku pasang impian angan-angan yang anak aku akan kenal huruf-huruf ni semua dalam umur yang kecil. Tak pula aku paksa-paksa dia, "nah ambil buku ni baca. Kalau tak baca mama gigit!". Tak, aku tak garang macam tu. Aku mama yang baik. ^_^

Tapi aku perasan dia kenal buku-buku dia sebelum umur setahun. Mana buku ABC, mana buku nombor, mana buku alif ba ta, shape segala dia kenal. Time tu aku macam terkagum dan aku terus je ajar flash card macam biasa. Sampailah satu hari dia tunjuk dan baca depan aku. Wow !

Dia boleh sebut ABC dulu berbanding alif ba ta. Mungkin sebab suku kata huruf hijayyah lebih banyak dan susah berbanding rumi. Mungkinlah. Tak pula aku kaji.

Aku rasa yang penting perlu ada ialah flash card untuk kita tunjuk laju-laju atau perlahan atau secara rawak huruf yang kita nak ajar, buku untuk dia usung hulu-hilir, dan juga yang kita boleh tampal kat dinding untuk dia tengok selalu.

Apa pun yang paling penting jangan paksa anak. Biarkan dia baca sambil main. Jangan pula kita malas layan kalau dia tanya banyak kali. Tapi memang banyakkkkkkk kali sangat-sangat sampai setiap inci buku dia tu kau boleh hafal. Sila bertabah.

Apa lagi nak kongsi pun tak ingat. So far, inilah yang aku buat. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

Unknown said...

dah boleh ajar flashcard eh...tenkiu2 nak try jugak...belum terlambat lagi rasanya....

Mizz ErMa said...

wah, cayalah mama darwish.. si ibu mikail nie dk bagi henfon je suruh mikail dk diam dengar lagu..huk3,

QasehnyaRania said...

assalam.
salam kenal...

pandai nya darwish baca.
skrg brpa umur darwish ?

saya pon ada jga bagi flash cad alif ba ta tu . smga anak sy nnti pon cepat baca juga
pastu ada pasang video alif ba ta juga. aamiin
skrg bru 10 bulan..

cik mah said...

Setuju2...kadang masa die tnya xsesuai..tp kita kena layankan juga...masa tu lah die excited nk tau...

Nurizzah Majif Biz said...

alahai nama anak kita sama, ejaan je lain. btw, Iza pun dah start buat macam tu bagi flash card kat Darwisy sebab tgok dalam blog somebody tu anaknya kecil2 dah pandai baca al-quran. btw, salam kenal. Nama kita pun hampir sama. hehe

Unknown said...


whoah this weblog is excellent i like reading your posts. Keep up the good work! You understand, many individuals are searching round for this info, you can aid them greatly. chase credit card login

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...