Monday, July 4, 2011

Betul ke blogger kreatif?

Salam sejahtera semua. Nie entry pendek sebab sat gi pukul 9 ada cerita favourite aku, Juvana. Nak layan cerita tue lah.


So, kat sini aku nak minta idea korang nie. Biasa lah blogger kan kreatif dan inovatif. Ye dak? Hihihi. Mulalah tue masing-masing bangga diri. Dah, jangan buang masa. Baik korang fikir untuk aku apa yang patut aku buat.


Aku nak join satu pertandingan menulis cerpen. Tema yang diberi ialah, "SAYA HIDUP POSITIF. ANDA BILA LAGI?". 


Tolonglah bagi idea. Rangka karangan lah orang kata. Cerita pasal apa yang korang rasa boleh wat juri pilih aku sebagai pemenang utama. Dah tak lama nie tarikh tutup.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, July 3, 2011

Sakit lah

Pinggang aku sangat sakit hari ni sebab jatuh semalam main netball. Aku tekanan bila ingat muka budak yang jatuhkan aku nie. Sakit lah. Kenapalah semalam aku terlupa nak lempang dia. Eh, boleh ke macam tue?


Apa yang aku nak buat hari ni selain daripada duduk melepak depan lappy sambil berbaring menahan sakit. Oh, ayat aku sangat dramatis. :)


Tak apalah, at least aku enjoy duduk berehat di rumah. (Sedangkan memang duduk melepak saja cuti sem berbulan-bulan). Sapa-sapa yang ada kerja kosong yang best-best, macam makan burger sambil duit masuk ke dalam akaun anda ke, bolehlah bagi link. Ada ker? Hihi..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Aku Merayu

Biar lewat malam menyaksikan
Betapa aku tenggelam dalam tangisan
Hanya kerana kau seorang insan

Bukan aku tak punya iman
Atau lemah tanpa kekuatan
Tapi masa tak merelakan
Ia terpaksa, sudah ketentuan

Semua salah aku
Semua khilaf aku
Semua terjadi sebab aku

Ya, kau insan mulia !
Aku hina
Aku tak bermaruah
Aku manusia sering alpa

Carilah yang setarafmu
Carilah yang sesempurna kamu
Jauhlah dari aku
Aku merayu !

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, July 2, 2011

Mantap sangat ke badan ko ?

Assalamualaikum semua. Okay, aku sampai rumah petang tadi selepas bertungkus-lumus memerah keringat di pertandingan bola jaring hari ini di padang kat Presint 18, Putrajaya. Gaya dah macam hebat sangat jer. Tak apa, yang penting semangat dan penampilan, bak kata adik angkat aku.


Biasalah, kalau training takat 2 hari dan baru nak cari keserasian antara group member, memang susahlah nak menang, apatah lagi menjadi johan keseluruhan. Betul tak? Motifnya, kenalah turun training selalu kalau nak rasa bagus.


Yang buat tak bestnya tournament tadi, adalah group nie. Nak kata hebat sangat, tak lah sebenarnya sebab kami pun tak ada lah dapat 'telur busuk'. Dok sibuk sangat nak bagi orang injured kenapa? Oh, nak tunjuk sangatlah body tue mantap yer? Fine lah, aku tak ada body macam kau, at least aku tak bangang. Tekanan rasanya bila badan aku sakit semula hanya kerana kebodohan orang. Kalau tak tahu main, tak payahlah nyusahkan orang. Sian pengadil tue aku tengok, 3-4 kali tiup wisel. Kau nie bangang ke pekak? Payah sungguhlah. Sapalah yang ambil kau main. Buta warna agaknya. 


Nie 1st time aku join tournament secara terbuka dengan team baru aku yang 'ditangkap muat' selama seminggu dalam sesi mencari. Apa-apa pun memang enjoy membakar kulit di tengah padang di waktu cuti semester ni. Dan yang best, masa injured, pasukan medic yang datang memberi bantuan sangat hensom okay. Hahaha. Kurang sikit sakit aku rasa. 


At least ada benda yang aku buat. Paling best, aku dapat kenal member baru yang happening. :)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, July 1, 2011

Bola Jaring punya pasal


Memang aku tak peduli dah apa orang nak cakap. Aku tau, aku nak main gak. Retak tak retak, patah tak patah. Dah lama kisah tue berlalu. Hahaha..

Pergh, intro giler kejam. Malam nie aku ada training netball untuk tournament esok. Memang tak sabar sangat-sangat nak main dah nie selepas 'berpuasa' hampir tiga bulan akibat cedera disebabkan jatuh di gelanggang netball. Kenapa aku tak serik? Sebab, main netball memang best bro. Hihihi.

Korang semua, doakan lah kejayaan aku. Aku tak lah excited sangat nak menang, dapat 'lampu hijau' nak main nie pun dah kira okay sangat lah. :) Yang penting, majulah sukan untuk negara.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...