Monday, August 17, 2020

Restoran Sana Sini di DPulze Shopping Centre, Cyberjaya


Assalamualaikum semua 😃

Kalau keluar berjalan-jalan ke DPulze Shopping Centre, Cyberjaya, lepas tu cari tempat makan best, boleh cuba makan kat Restoran Sana Sini. Nama restoran pun unik dah kan.


Kat restoran ni, jangan risau kalau bawa budak-budak. Jangan takut kalau dorang aktif ke sana ke sini. Hahaha. Sebab kat sini ada ruang yang cukup dan selesa untuk semua peringkat umur. Sangat mesra pelanggan.







Cantikkan dekorasi restoran ni. Fall in love sangat. Banyak tempat boleh ootd dan selfie.
Benda wajib tu kan. Hihi.

Jom kita tengok apa pula menu yang Restoran Sana Sini ni tawarkan bila kita datang makan kat sana. Antara menu yang ada ialah Nasi Ayam 7 Adik Beradik, Salted Egg Chicken Wing, Curry Laksa Noodle, Sizzling Yee Mee with Chicken and Mushroom, Sizzling Ayam Bakar Rice, Hokkaido Curry Chicken Chop Rice with Omelette, Pineapple Seafood Fried Rice, Pumpkin Fried Rice with Chicken Chop, King Prawn Kway Teow With Ginger and Egg, Claypot Beancurd with Vegetable, Butter Chicken with Egg Floss Rice, Spicy Szechuan Chicken Rice, Classic Chicken Carbonara, Spaghetti Aglio Olio with Seafood, Fire Flame Cajun Chicken Chop, Black Papper Beef Rice, Sweet and Sour Fish Rice, Salted Egg Yolk Squid Rice, Sambal Prawn Rice dan Butter Milk Chicken Rice. Wow sangat kan !

Baca menu saja tak rasa apa. Jom layang gambar menu baru meleleh air liur tu.

























Ya ampun, tengok gambar makanan menjejes air liur. Lapar rasa perut ni. Hahaha. Nampak sedap semua menu Restoran Sana Sini ni kan 😋

Kalau korang cari tempat untuk adakan majlis macam majlis hari jadi ke apa ke kan, restoran ni boleh sediakan tempat untuk korang. Korang boleh buat tempahan. Contact je dorang kalau nak tanya apa-apa. Ni details berkaitan Restoran Sana Sini.


Restoran Sana Sini

LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE,
Persiaran Multimedia, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor

Instagram : Restoran Sana Sini

Nak mention kat sini, restoran ni ada promo best. Banyak benda FREE. Mesti ramai suka benda percuma kan. Tipulah kalau tak suka.






Apa lagi? Sila terjah.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, August 30, 2019

Terbang Bersama EMIRATES Lebih Selesa


Assalamualaikum korang. Hari ni, aku nak ajak jalan-jalan bercuti cara mudah dan pantas serta berbaloi-baloi. Rakyat marhain macam aku ni, selalu nak ke mana-mana berjalan bercuti, biasa naik kereta saja. Tapi, ni aku nak bagitahu, kalau korang dah puas pergi bercuti naik kereta, naik bas, korang dah boleh start naik kapal terbang pula. Dengar macam mahalkan? Kalau korang pandai berjimat dan simpan duit, korang boleh pergi bercuti naik kapal terbang yang mewah tapi dengan harga yang murah! Teruja je dengarkan. Dahlah dapat mewah, bayar murah pula.

Korang mesti nak tau macam mana nak dapat harga murah terutamanya kalau berniat nak naik Emirates. Senang je kalau nak buat Emirates air ticket booking dengan harga serendah yang mungkin. Jawapannya, dengan TRAVELOKA. Emirates ni terkenal dengan Airlines 5 stars, so korang mesti tahu harga tiket diorang confirm mahal. Tapi, kali ni aku nak cerita dengan korang macam mana nak dapatkan tiket dengan harga yang paling rendah.

Korang ikut saja step yang aku ajar ni.

1. Install aplikasi Traveloka atau surf website Traveloka dan korang search Emirates Airlines.

2. Di dalam section search, isi maklumat macam tarikh pergi dan balik, destinasi ke mana nak pergi bercuti dan juga untuk berapa orang yang nak naik flight tu.

Aku cadangkan, korang pilih tarikh yang lama sikit dari sekarang ni (contoh sekarang bulan Ogos, korang pilih tarikh bulan November) dan bukannya tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara macam ni korang akan dapat harga yang paling murah. 

3. Lepas korang search, kebiasaannya harga yang paling rendah akan ada kat paling atas sekali.

4. Kalau korang puas hati dengan harga tu, korang boleh terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit.

Senang, mudah dan cepatkan?

Traveloka ni selamat tau korang dan boleh dipercayai. Ia adalah salah satu sistem yang makin terkenal dan digunakan oleh kebanyakkan orang sekarang.

Emirates ni kalau korang perasan, dorang ada banyak menaja kelab bola sepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak popular dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985 lagi. Sekarang, diorang boleh terbang ke 150 destinasi yang terpilih. Banyakkan?

Bagi korang yang tak tahu, ada 3 jenis seating class yang korang boleh pilih.

1. Economy Class - agak selesa dan korang boleh request selimut kalau nak.

2. Business Class - seat boleh dibaringkan dan screen lagi besar.

3. First Class - pilihan untuk yang ada bajet besar. Seat yang sangat selesa dan skrin untuk korang tengok movie pun besar. Korang boleh dapat perfume dan kalau korang travel jauh, nak minta penutup mata pon boleh.

Alang-alang dah naik Emirates, mesti korang nak pergi ke tempat yang jauh-jauhkan. Takkan nak pergi setakat sejam dua perjalanan. Rugilah. Hahaha. Katakanlah korang nak ke Hong Kong. Kat Traveloka korang nak book flights to hong kong online. Korang boleh check out tempat-tempat yang aku cadangkan ni dan mungkin ramai yang tak tau.

(sumber : http://www.discoverhongkong.com/nz/shop/where-to-shop/shopping-areas/causeway-bay.jsp)

Kawasan yang patut korang jejaki kalau pergi ke Hong Kong dan kalau korang seorang yang shopaholic adalah Causeway Bay. Setiap inci sudut Causeway Bay ini cukup padat dengan pelbagai tempat membeli-belah. Selagi duit tak habis, selagi poket berkepuk, selagi tulah tak boleh berhenti berjalan di sini. Dari kedai barangan mewah sampailah kepada barangan dalam harga borong, inilah syurganya. Inilah tempatnya. Apa yang korang nak beli? Pakaian? Makanan? Kosmetik? Elektronik? Komputer? Atau apa sahaja yang terbayang, terlintas di fikiran, kemungkinan besar boleh ditemui di sini. Wow sangatkan.

(sumber : http://m.discoverhongkong.com/in/see-do/culture-heritage/modern-architecture/tsing-ma-bridge.jsp)

Kalau di Malaysia, Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang dibanggakan sebagai jambatan yang terpanjang. Di Hong Kong pula ada Tsing Ma Bridge. Rekod yang dipegang jambatan ni sebenarnya mengalahkan Jambatan Penang kerana ia bukan sahaja yang terpanjang di Hong Kong tapi juga di dunia! Selain menjadi tempat laluan kereta, Tsing Ma Bridge juga lengkap dengan fasiliti lain macam platform tinggi dan pameran outdoor komponen-komponen jambatan ini. Korang juga boleh tengok video, gambar dan model-model terperinci jambatan ini di Visitors Centre.

Dah puas tenggelam dalam dunia kota, jom segarkan badan dengan melawat Dragon’s Back. Dari sini korang dapat nikmati pemandangan yang sangat mempesonakan. Lautan, gunung-ganang dan pulau-pulau terdekat lain di sekitar Hong Kong. Untuk pergi ke puncak bukit, korang perlu melakukan sedikit pendakian yang tersangatlah mudah kalau dibezakan dengan pendakian di kawasan-kawasan lain di sini.

Tak cukuplah kalau dah terbang jauh semata tengok pemandangan sajakan? Jangan risau, korang juga boleh buat aktiviti lasak paragliding yang ada ditawarkan di sini! Tak pernah ada pengalaman pun tak apa tau sebab mereka turut tawarkan tandem paragliding dan juga latihan untuk beginner. Mesti akan jadi memori yang paling best dan indah dalam hidup korang sepanjang berada di Hong Kong! Sekurang-kurangnya, korang boleh tengok tempat dan budaya yang lain dari negara kita.


Jom, apa lagi.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, February 4, 2019

Rezeki Rumah Sendiri


Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2019 yang sudah masuk ke bulan Februari 😏. Bermakna, sudah sebulan aku dan keluarga duduk di rumah baru kami, rumah sendiri, alhamdulillah. Rezeki setelah berkahwin hampir 7 tahun, setelah punya 2 orang cahaya mata. Rezeki anak-anak.

Tahun lepas, setahun aku dan keluarga duduk di Johor, sementara menanti rumah kami ni siap. Sudah jadi orang Melaka aku sekarang ni. Siapa sangka, anak jati Selangor macam aku, lepas 30 tahun hidup dekat dengan keluarga sendiri, berhijrah ke negeri sebelah. Mulanya memang susah, tapi bila dah lalu, alhamdulillah. Penghijrahan pun ajar banyak benda dan buat kita lebih menghargai keluarga kita. Semoga keluarga kita terus dalam lindungan Dia. Amin.

Sekadar kenangan di sini. Gambar semasa melawat rumah sebelum pindah masuk. Sekarang rumah masih dilanda badai. Hahaha.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 14, 2018

Berseronok di Farm in The City Malaysia



Assalamualaikum semua. Kita jumpa lagi. Korang yang belum ada rancangan nak ke mana-mana, boleh dah tu spend masa bawa keluarga ke Farm in The City Malaysia kat Seri Kembangan, Selangor. Nak ke sana, boleh waze je. Terus sampai depan pintu masuk dia bawa. Tempat sesuai terjah untuk keluarga, lebih-lebih lagi yang ada anak umur 4 tahun ke atas. Memang menyeronokkan sangat bagi mereka. Percayalah !


Apa yang ada kat Farm in the city ni? Nak kata semua ada tu tipulah, tapi macam-macam ada. Farm in the city ni macam mini zoo. Kawasan ni (petting zoo) ladang ternakan. Seronoknya kat sini ni, banyak haiwan yang kita boleh pegang. Sebab haiwan ternakan. Dia lepas macam tu je. Bolehlah kalau kita nak beramah mesra dengan haiwan-haiwan tu. Kalau beranilah. 😌

Nak berjalan dalam kawasan Farm in the city, lepas dapat masuk, dia siap-siap bagi guide map untuk memudahkan kita berjalan dalam ni. Memudahkan juga kita nak tahu mana kawasan yang dah pergi, mana kawasan yang kita belum pergi. Baguskan? Tak adalah kita terlepas mana-mana kawasan.


Ada juga diberi jadual 'farm daily activities' macam ni. Memudahkan kita merancang masa bila dalam kawasan Farm in the city ni.


Kat sini juga, kita boleh bagi haiwan-haiwan ni makan. Makanan apa? Haa, korang jangan tak tahu, kat sini siap ada mesin jual makanan. Wow sangatkan. Tinggal masukkan duit, tekan butang pilihan, terus keluar makanan. Gitu.


Korang jangan risau kalau anak-anak nak bagi makanan tu tangan kotor ke apa ke. Kat dalam kawasan Farm in the city ni merata dia sediakan tempat basuh tangan. Sangat memudahkan pengunjung.

Antara kawasan yang ada kat Farm in the city, kawasan longkang fishing ni. Kawasan ni bagi peluang kita tangkap ikan guna sauk kecil tu. Percuma je. Tapi susah betul nak tangkap. Hahaha. Darwish siap nak termasuk dalam longkang tu. Hahahaha. Gigih sangat rasanya ajar budak tak pernah sauk ikan menyauk. Pengalaman baru buat dia. Anak-anak teruja sangat !


Lepas tu, dalam kawasan Farm in the city ni ada juga acara poney ride. Tapi masa aku sampai belum start. Dah habis round pula, hujan dah mula turun. Maka, tak dan nak bagi anak-anak join poney ride ni.


Ini pula antara haiwan yang dia lepas macam tu je dalam ni. Boleh je kalau nak pegang, nak bagi makan atau nak bergambar. Seronok tau. Darwish siap pegang ular semua tu. 





Haiwan ni siap ikut kami lagi. Adoilah mama yang seram. Ayah dengan anak-anak cool je siap usap-usap. Hahaha. Tapi memang tau, haiwan ni macam jinak sangat. Sebab dah biasa orang datang pegang selalu kot. Dia jadi mesra alam gitu. 😌


Masuk pula kawasan kura-kura yang tertua dan hampir pupus di dunia, memang buat rasa kagum. Eh, mama ayah pun kagum, apalagi anak-anak. Macam-macam soalan dorang. Kat sini bagusnya sambil ajar anak kenal haiwan, sambil dorang boleh tengok secara live depan mata haiwan tu. Siap boleh pegang. Terbaiklah.


Kat sini pun ada perkhidmatan ambil gambar. Tapi lupa nak tanya berapa harga dia. Bila habis berjalan dalam tu, kat hujung tu ada kaunter untuk ambil gambar kita. Bagus jugalah untuk yang tak sempat nak suruh orang lain ambilkan gambar satu keluarga.


Kalau korang lapar ke dahaga ke, jangan risau juga. Dalam ni ada disediakan kafe juga. Korang tinggal sediakan duit je 😂. Ada duit semua settle. Hahaha. Tapi lupa nak ambil gambar pula gambar cafe. Kalau nak beli cenderamata pun ada. Kat pintu masuk mula-mula tu ada kedai.


Berapa harga tiket masuk ke sini? Nah, aku tepek gambar. Untuk kanak-kanak pula kena ukur tinggi. Lebih 90cm kena bayar. 



Aku sarankan, kalau korang nak datang sini, pergilah pada BUKAN cuti umum. Tak adalah sesak sangat. Bolehlah korang bergambar cantik dan bermesra dengan haiwan tu lama sikit.











Daryan duduk sorang pun diam je sebab teruja mata dia tengok keliling. Dia siap tunjuk sana tunjuk sini bila nampak haiwan-haiwan tu. Langsung tak meragam sepanjang dalam Farm in the city tu. Apa tandanya tu? Farm in the city mesra kanak-kanak. Gitu. 



Apa pun, memang pengalaman yang menyeronokkan kalau bawa keluarga yang ada anak kecil terutamanya ke Farm in The City ni. Jemputlah datang ye korang. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, June 28, 2018

Aidilfitri 2018 | Syawal 1439 H


Assalamualaikum semua. 8 bulan tak jumpa jalan kembali ke blog. 😂 Ni dah cuba kembali ke pangkal jalan sebab nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

2018 dah nak masuk bulan ke 7. Macam-macam cerita hidup tahun ni, tapi tak mampu nak kongsi kat sini. Tunggu mood lebih cemerlang gemilang dan terbilang, kita bangkitkan semula aura positif si blogger tua ni ye. InsyaAllah. Jom kita cerita pasal raya tahun ni walaupun hari ni dah syawal ke 14. Dah setengah syawal nak habis baru nak cerita 😅.

Kalau tahun lepas kita #gengrumahmak, maka tahun ni jadilah #gengrumahmertua pula. Adil dan saksama. Bezanya, tahun ni aku dah berada di Johor. Ye, sekarang aku orang Johor. Maka, aku tak balik ke mana-mana, sebab kat sinilah rumah mertua kalau hari raya. Mertua datang dari KL beberapa hari sebelum raya, dan terus beraya di sini. Alhamdulillah, diberi kesempatan beraya bersama keluarga mertua tersayang.







Tahun ni, kami memakai tema coklat wah lazatnya. Hahaha. Aku cakap dengan encik suami tak payah belikan songkok sebab akhirnya nanti tangan mama yang kena pegang semua songkok. Mama sorang perempuan pula yang kena pegang songkok 2-3 orang lelaki. Amboi sangatkan. Tahun ni, mama tak nak dah pegangkan songkok hulu-hilir lepas tu entah cicir mana-mana buat tension je. 😏




Raya ketiga, bertemu mak abah di Melaka, beraya di rumah besan-besan dan seterusnya terus pulang ke rumah mak abah di Selangor, sambung beraya di sana. Alhamdulillah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...