Monday, December 27, 2010

Sampai hati tinggalkan aku..

"Kenapa kau sampai hati sangat tinggalkan aku? Apa salah aku? Selama ni aku tak berjasa ker kat kau sampai kau buang aku?"


Suatu petang, Hitam meluahkan rasa hatinya kepada aku. Serba salah aku nak menjawab. Jujur sangat cakap dia dah tak berguna, terguris hati pulak. Nampak macam aku ni kejam sangat. Nak buat camner nie.


"Kalau kau rasa aku memang dah tak boleh dipakai, kau buang jer aku nie jauh-jauh. Tak payah nak simpan-simpan lagi aku nie. Menyemak mata kau jer. Aku tahu, kau dah ada pengganti. Tapi, sekurang-kurangnya, hargailah aku nie."


Sayu sangat aku dengar kata-kata dia. Memang aku dah temui pengganti dirinya, yang mungkin pada pandangan mata orang lain, bila aku bersamanya, kami lebih sepadan. Tapi, aku tak pernah melupakan dia. Untuk selamanya. Aku sayangkan dia. Dia terlalu baik. Tak pernah memberi masalah kepada aku. Cuma, mungkin aku dah tak serasi dengannya. 


"Tam, aku tak ada niat nak menduakan kau atau melukakan hati kau. Tapi, aku harap kau faham. Aku cukup sayangkan kau. Selama kita bersama dua tahun nie, seingat aku, aku tak pernah abaikan kau. Cuma, mungkin sekarang kita dah tak serasi. Aku tak pernah kata, pengganti kau tue lebih baik dari kau. Tapi, dia yang terbaik untuk aku pada masa sekarang ni. Mungkin, satu hari nanti, dia juga alami nasib yang sama macam kau."

"Kejamnya kau nie. Kau memang perempuan metarialistik. Nampak yang stylo jer, kau nak kebas. Tengoklah nasib kau suatu hari nanti. Tunggu jer lah balasan. Aku doakan kau tak kekal lama dengan Merah."


Hitam betul-betul marah dekat aku. Aku serba-salah, tetapi aku terpaksa mengambil keputusan ini selepas berfikir masak-masak. Aku terpaksa. Tersepit dengan keadaan. Aku mengharapkan Merah tak beranggapan aku memilihnya kerana ke'stylo'an dia.


"Merah, aku harap kau dapat bersama dengan aku. Aku harap kau tak buruk sangka dengan aku lepas apa yang terjadi antara aku dengan Hitam. Aku tak bermaksud untuk meninggalkan dia, tapi, aku terpaksa."

"Kau tak kasihankah dekat dia? Sekarang, bila kau mahu keluar menonton, membeli-belah, kau mesti pergi dengan aku. Kadang aku kasihan melihat dia. Bersendirian di rumah", Merah berkata-kata.


Aku serba-salah, tapi aku terpaksa. 

Cubalah korang semua bayangkan. Aku bukan sengaja nak tukar cermin mata aku tue, tapi dah terpaksa. Pening kepala aku nie bila dorang nie merajuk dengan aku. Adoi.


Hitam


Merah


Nota kaki: (mood) saja nak tayang cermin mata baru sebelum masuk sem baru. hahaha (gelak dengan riaknya). Cantik tak? Pendapat korang camner?

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

2 comments:

Cik Amni said...

entri ni jahat! hahahah.. emosi je mula2.. sekaliiiiiiiiiiii...=p

Murni Jamirun said...

hahaha.. ingatkn ape la tadi.. mule2 pikir,,ade plak name orang hitam ngan merah.. cm xmunasabah je kan.. hehe.. suke laaa! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...