"Pehal ko nie Sul? Datang bulan ke? Rileks lah. Bukan nak pergi mana pun. Takat nak update blog je pun", Jozan cuba menenangkan Sul, nama timangan Shamsul, sambil diperhatikan oleh Nabil. "Apa pun tak boleh !", Nabil mencelah.
Mereka bertiga terus duduk mengadap laptop Apple pemberian ayah Sul sempena ulang tahun kelahirannya bulan lalu. Masing-masing kusyuk melihat monitor laptop sambil tangan Sul menggerakkan tetikus menggunakan tangannya. Di'klik'nya www.blogger.com. Sesudah login, laju sahaja 'cousor' di monitor menekan 'new post'.
"Aku bukan nak marah korang lambat bersiap tue. Aku marah sebab korang tak buat persiapan awal. Dah janji dengan aku nak post entri hari ni pukul 2. Nie sampai pukul 3. Kalau tau camni, baik aku scheduled je post aku semalam. Tak payah tunggu korang." Sul membebel kepada rakan-rakannya.
"Sorry lah. Lain kali, kami on time. Sul, ko nak post entry pe hari nie?", Nabil bertanya selepas keadaan mula sunyi. "Hari tue, time aku jalan-jalan, aku ada snap gambar. Aku ingat nak citer pasal tempat-tempat yang aku pergi tue. Tapi, ada sekali tue, tengah aku makan aiskrim goreng, aku nampak seorang pakcik tua nie. Kesian sangat. Baju dia compang-camping. Kurus kering. Muka dia sedih sangat. Tapi, yang buat aku betul-betul nak menangis bila tiba-tiba dia boleh hulur nasi kat tangan dia dekat kucing yang ikut dia".
*Kesimpulan:
Daripada cerita pendek di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, setiap kali ingin meng'update' blog, aku akan pastikan ada persiapan yang dibuat. Antaranya:
1. Berdasarkan pengalaman yang aku lalui, lalu diceritakan kepada pembaca sama ada secara bersahaja, cerpen mahupun puisi.
2. Berdasarkan gambar menarik yang diambil, lalu aku olah.
3. Berdasarkan isu semasa yang berlaku dengan sedikit pembacaan melalui surat khabar, blog dan lain-lain sumber ilmiah.
Korang pula macam mana? Copy paste dari sumber lain je ker? :P
Tag:
1. Farish
2. Marina
10 comments:
hehe..nice!!
uh cabaran ni yer! heheheeee
jom lah join sama.. :)
saya menunggu ilham dari langit .. heheh ... tapi menyediakan buku kecik, utk setiap isu yang terlintas di kepala, saya akan catit ..
sebab ada hari idea datang mencurah2, ada hari kering sesangat ..
idea hari yang datang mencurah2 dibahagikan sama rata pada hari kering ..
tengok keadaan jgk lah hehe
aku datang ilham ketika jeling2 awek
iya kita serupa.... macam gitulah kalau nak ada mood hasilkan sebuah netri.. lebih baik dari copy n paste dr page org lain kan..
salam Ukhuwah
huk2x !! cantekk ! ade maharajalawak skali =))
abg akn update ble tetbe dtg gila...
tetbe dtg bulan..tp gerhana bulan,x mengambang.
klu ada request dlm spe2,tny soalan ke.
dan ble bosan.hr2 update bermkna hr2 bosan.hahahah ;))
sorry lambat masukkan link ni dlm senarai.
done now.
-100p-
Post a Comment