Tuesday, July 12, 2011

Tak payah nak komen sangatlah

Lama dah sebenarnya nak tulis pasal benda nie, tapi selalu terlupa. Alang-alang aku tengah layan video kat youtube, tengok budak-budak dok menyanyi, aku pun taip lah.


Jangan nak tipu aku kalau korang kata korang tak pernah tengok video-video orang menyanyi or what so ever cam vlog dan macam-macam lagi lah. Aku kalau pandai benda-benda tue semua, mesti aku pun ada. Hihihi. Nasib tak baik je, ilmu belum penuh di dada.


Tapi, aku tulis nie bukan pasal video yang orang dok upload-upload tue. Tapi pasal orang yang dok komen video-video yang diupload. Aku terfikir, terkenang dan banyak ter lagi lah selama berhari-hari. Lagi-lagi bila aku tengok video Maharaja Lawak. Punyalah bersepah-sepah orang komen.


Kenapa orang kita selalu bagi komen negatif? Bukan aku nak cakap apa lah. Tapikan, kalau dah tak suka, tak nak ada dosa (budget maksum sangat) jangan klik kat 'Siti Nurhaliza' atau artis-artis lain tue. Bila aku baca komen-komen tue, aku rasa yang dok komen pulak yang buat dosa kering sebab mengutuk artis tue. Tue satulah. Yang lainnyer bila bergaduh sesama sendiri kat ruang komen tue. Apa masalah agaknya. 


Kita sendiri dapat bezakan apa itu kritikan dan apa itu kutukan. Bukan semua orang bagus macam anda. Sampai sekarang aku pelik sebab aku selalu tengok movie kat youtube. Kalau cerita melayu, memang banyaklah kena kutuk. Nak tengok sikit orang yang kutuk tue kalau pandai buat. Mesti Malaysia dah kaya raya sebab ada industri perfileman yang paling gempak di dunia.


p/s: jangan nak cakap bagus kalau diri tak cukup bagus. nie entry isi masa, jangan ada yang terasa. =)
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Nazz@Purple said...

kt tak leh nak puaskan hati semua org..dan org memang sentiasa tak puas..ade je tak kene kan..kan..

Unknown said...

nak puasakn semue nemang mustahil...

iPai said...

mungkin ada certain orang, dia nampak benda tuh seronok, sampai nak provok2 ..

tapi balik kepada diri sendiri juga .. kalau kita tak tgk diri sendiri, susah juga .. ye dak ?

[sutera kasih] said...

manusia suka mengkritik tp agak sukar menerima kritikan..huhu

ieza ashaari said...

memang semua akan berbalik kepada diri sendiri..

muhasabah diri itu perlu..

Anonymous said...

zaman dah berubah

ini generasi Y sudah besar maaa... generasi yang lantang bersuara


aku generasi X

adan said...

kadang syok jugak memerhatikan komen mereka..

SYAFIQAHSALEH said...

mcm mcm ragam

Mr.Superman said...

jgn la komen semata2 nk ngutuk.



dapat dosa lg ada le..dosa da berkarung,tp lg 2karung.


komen biar la membina even bunyi cm humor,tp ok what..x bt org skt hati.


ye dak? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...