Saturday, August 13, 2011

Di sebalik Ramadhan 12

Assalamualaikum semua. Fasa kedua Ramadhan dah bermula. Makin bersemangat pula rasanya mengutip sebanyak mana kelebihan yang ada. Semoga kita semua beroleh manfaat Ramadhan.


Semalam, aku kongsi dengan pembaca blog nie tentang Mengapa kita perlu membaca Al-Quran walaupun kita tak memahaminya. Alhamdulillah, aku terima banyak respon positif. Aku hanya berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu dan semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya.


Petang tadi aku terlelap lepas solat Zohor. Tidur punya tidur, tersentap nak gugur jantung bila buka mata, "Pergh, gelapnya ! Aku dah terlepas Asar ni !". Terbeliak biji mata aku tengok gelap cam dah nak pukul 8 malam. Terus aku cari handphone nak tengok dah pukul berapa. 5.30 pm ! "Hujan rupanya. Patut gelap semacam". Terus bangun, pergi toilet. Dapat lagi aku jumpa Asar.


Okay, tue hanya selitan kisah aku hari nie. Yang betul-betul aku nak kongsi adalah pasal entry yang di post oleh sahabat blogger nie, Nazirul, tentang satu isu yang dibangkitkan oleh adik dia. Lebih kurang sinopsis dia macam ni.


"Kenapa orang tak puasa kena tangkap ? Tak pakai tudung tak kena tangkap ?"


Aku bukan manusia maksum yang tak pernah buat silap. Aku hanya manusia yang serba tak tahu, dan cuba untuk terus memperbaiki kekurangan diri. Terus terang aku cakap, aku dulu pun lambat mengenakan tudung. Faktornya mungkin kerana aku aktif bersukan. Persekitaran membuatkan aku mengikut 'undang-undang' yang ada. Berlari di balapan perlu memakai tight, sport shirt dan tentunya tidak bertudung. Bukan mahu berfesyen, tetapi kekemasan dan keselesaan. Mesti ada yang berkata, "Kalau tau halal haram, boleh saja pakai elok-elok, sopan-sopan". Tapi, itulah realitinya. Dalam 'dunia' itu, tiada teguran yang aku terima.


Atas sebab aku tertarik dengan entry yang dibuat, aku pun post lah shoutout kat fb, dengan menulis,


"Selalu kita mendengar orang kalau tak sembahyang, kenapa puasa. Tapi, jarang kita dengar, kenapa puasa, kalau tak pakai tudung. Sedangkan, sembahyang, puasa dan bertudung itu perkara wajib.

Muhasabah diri semula apabila menerima teguran. Sama-sama kita berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah".



Aku tahu memang sukar menelan kata-kata begini. Aku terfikir, mungkin ada yang kata, "Kau pakai tudung pun, bukan bagus sangat !", dan yang seumpama dengannya. Aku hanya bertanyakan soalan itu, dan antara reaksi yang aku terima, post ini di'like' oleh lelaki dan juga hanya perempuan yang bertudung sahaja. Komen yang aku terima pula, sebanyak 6 komen. 4 lelaki dan 2 perempuan. 3 daripada lelaki tersebut adalah USTAZ. Komen yang paling menarik minat aku ada dua.

1.  Pahala puasa tetap dapat walaupun tak sembahyang. Dosa tak sembahyang tetap dapat walaupun puasa.  Kalau tak buat dua-dua tue lagi jahanam.

2.  بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ - "Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat". (HR. Muslim No. 82)

Bila ustaz-ustaz yang bertauliah ini memberikan hujah, aku dapat lihat sembahyang itu lebih 'berat' berbanding bertudung. (Betulkan aku kalau salah). Sebab itu sembahyang itu tiang agama. Wanita itu tulang yang bengkok. Bagi lelaki yang ingin menegur, ada sebab kenapa dikatakan jangan menggunakan kekerasan, kerana tulang itu akan patah. Kalau ustaz yang ilmunya lebih dalam pun menegur dengan berhemah, kenapa kadang lelaki yang menghisap rokok (melakukan benda makruh, lama-lama jadi haram), meninggalkan solat, memegang tangan perempuan yang bukan muhrim dan melakukan kesalahan lain, menegur dengan kata-kata yang menyakitkan? Aku hanya beri pendapat sahaja. Tidak menuju kepada sesiapa.

Teringat pula secebis plot dari Filem Nur Kasih The Movie tentang seorang ustaz yang tak mahu memberi ceramah hanya kerana terdapat pelajarnya yang tidak bertudung. Ustaz itu lebih berdosa kerana tidak membimbing daripada pelajar itu yang memang kekurangan ilmu. Wallahua'lam.

Moral Ramadhan 12 : Sesungguhnya akhlak Nabi adalah akhlak yang terpuji. Sebagai umat baginda, kita cuba sama-sama mengikut akhlak baginda. Baginda tidak pernah mencela umatnya dan sesiapa sahaja di sekelilingnya. Sedangkan bapa saudara yang paling baginda sayangi tidak memeluk islam pun diajak dengan ajakan paling berhemah, apatah lagi kita yang melekat dengan dosa noda. Menegur sesama kita dengan cara lembut lebih baik dari mengata seperti diri kita ini sempurna.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

Wanie said...

betol tu, wanie tak boleh kalau org tegur kasar2..nak tegur boleh tapi kena lembut2..

ezza syahida said...

salam. betul ap yg di tulis kt komen fb tu. :)
*folow awk.

Far8 budak baik said...

tu lahhh kannn..tapi klo x pakai
tudung pun puasa okey ape..
dari tak pakai tudung x poser..
kita cuma leh doakn mereka jelah kn.
ptg2 aku jual kat bazar..
mmg selalu nampk gitu..
=)

NasQ said...

pasal tudung ni, orang yang paling layak nak tegur, adalah ibu bapa...

Alif Haris said...

kalau nk menegur tu biarlah dgn cara yg halus dah berhikmah
insyaAllah hati die akan sedikit terasa ,,

maszull said...

salam...slm perkenalan dr mama...

manusia ni sebenarnya x lepas dr melakukan perkara2 yg x sepatutnya...tapi kita sebagai manusia itu tahu akan hukum,dosa,pahala dan kitalah sepatutnya melihat pada diri kita sendiri, sempurnakah kita bukan menunding jari kat org lain...

Biarlah perubahan itu dtg dr diri kita sendiri bukan dr org lain dan dgn cara paksaan...

semoga kita mendpt hidayah dr NYA...InsyaAllah...:)

Anonymous said...

nk tegur kena ade caranye kn (:

iKhRam said...

setuju sgt. kadang-kadang kita melihat sesuatu perkara itu kepada sesuatu perkara sampai kita tak lihat yang lain.

ingatlah kata-kata dari saya sebagai tambahan.

sejahat-jahat manusia, sudah pasti terselit dalam hatinya ingin berbuat kebaikan.

Anonymous said...

ok aku tegur ko lembut ye..hehe

pakai tudung tau lps ni awak..hehe

iPai said...

wah macam2 isu di situ kan ...

bg saya, setiap orang ada kurangnya, tapi kalau masing2 nak tunggu perfect baru nak tegur, sampai ke sudah takde orang nak tegur kita ..

jadi yang mana kita lebih, kita leh tegur org lain .. part yg kurang itu harapnya ada orang akan tegur plak ..

so baru sama2 boleh naik kan ?


hmm, saya setuju yang solat n puasa memang benda yg lebih berat daripada yang kewajipan bertudung ..

kita sendiri tak tahu hidayah tuh datang dari mana .. mana tahu kita baca2 blog, dapat kesedaran atau puasa2 je, boleh dapat kesedaran nak pakai tudung .. macam2 bleh .. bila kita buat satu2, akan datang yang lain kalau kita ikhlas ..


n pasal ustaz tuh, saya setuju, tak de komen tambahan


(wah, dah lama tak tulis post, terlangsaikan keinginan menaip panjang kat sini plak. wakaka)

Zul fattah said...

betul tu.. nk tegur.. kena cara yg lemah lembut... jangan la sekali tengking terus.. huhu

anda di tag di sini..
http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/jom-join-blog-list-yuyue.html

humble.yat said...

hmm..tegur secara berhikmah, mungkin lebih tepat dalam generasi sekarang kita perlu mendidik secara berhikmah huhu..:-)

terbaik punya entry hehe..suka baca:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...