Wednesday, August 17, 2011

Di sebalik Ramadhan 17

Assalamualaikum rakan-rakan blogger. Selamat menyambut Nuzul Quran. Bagi yang duduk negeri Selangor, mesti ramai yang cuti.


SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN ISLAM, BACALAH !

Hari nie, aku nak kongsi dengan korang semua sedikit ilmu yang aku dapat pagi tadi bila menghadiri satu majlis ilmu. Ustaz yang dijemput untuk menjadi imam solat sunat tasbih dan juga ceramah adalah Ustaz Haji Zainal bin Khamis. Sangat seronok menghadiri majlis ilmu tadi sebab masa ustaz tu bagi ceramah sangat kelakar dan menghiburkan. Contoh-contoh yang dia bagi juga buat aku dan jemaah lain sengih sampai ke telinga.


Ada satu perkongsian ilmu yang boleh aku share dengan korang semua. Yang mana, bagi aku, point dia sangat menarik minat aku sehingga aku jadi takut bila fikir apa akan jadi dengan masa depan anak bangsa kita, Melayu. Fikir-fikirkan semula tentang tuntutan satu pertubuhan *aku rasa, korang semua tahu pertubuhan apa yang diketuai oleh orang bukan Islam tersebut yang dibuat baru-baru ni. Tak baru jugalah. Pertubuhan itu menuntut 14 perkara yang memang terang-terangan boleh menjatuhkan Islam sebagai agama nombor satu di Malaysia. Korang semua tahu apa tuntutan pertubuhan tersebut ? Kalau nak tahu, boleh search google. Atau boleh juga aku bagi satu link nie. Klik SINI.


Aku tak tipulah. Menangis aku dengar ustaz tue cerita pasal tuntutan yang dibuat. Memang sebelum nie aku ada baca juga pasal tuntutan tue. Tapi, aku cuma terfikir, mesti akan ada pihak yang akan ke depan. Astaghfirullah, jahil sungguh aku rasa. Sepertinya aku seakan tak sayang dengan agama aku. Marilah kita semua, sama-sama elakkan daripada tuntutan ini berjaya dituntut. 


Sebagai contoh, korang ada dengar berita pasal sebuah gereja di Petaling Jaya diserbu Jais ? Bukan pasal Jais nak menyibuk hal agama lain, tapi sebab ada orang Islam yang turut serta dalam gereja tersebut ! Itu yang Jais sibukkan. Sebab MEREKA SAUDARA SEAGAMA ! Hukumnya, bukan harus menjaga tepi kain mereka, tetapi WAJIB !


Tuntutan mereka boleh disimpul yang akhirnya akan menjatuhkan bukan sahaja agama Islam, tetapi orang Melayu. Mengapa ? Ustaz memberi satu contoh yang sangat membuka mata aku. Apabila 'kita' jatuh, maka KUASA akan berada dalam tangan 'mereka'. Siapa mereka ? Fikirlah sendiri ye. Bila kuasa di tangan mereka, bukan setakat kekayaan dalam tangan mereka, tetapi pastinya PERLEMBAGAAN NEGARA akan digubal semula ! Ya Allah, minta dijauhkan semua itu kerana dalam perlembagaanlah yang mengatakan kuasa Raja dan juga paling utama Islam agama rasmi Malaysia.


Bukan mudah kita nak dapat semula kuasa bila dah dalam tangan mereka. Ingat tak cerita Hang Tuah diperintah bunuh oleh Sultan kononnya belot kepada Sultan ? Orang Melaka mesti sangat tahu cerita ni. Orang negeri lain pun confirm tahu sebab sekolah dulu belajar sejarah.  Kita tak perlu tahu cerita tu betul atau salah, tapi kita ambil pengajaran yang ada dari cerita tue. 


Bila Sultan sedar baginda buat keputusan yang silap, baginda sangat menyesal sehingga berkata, "kalaulah Tuah masih ada !". Namun, orang yang diamanahkan membunuh Hang Tuah memberitahu bahawa Hang Tuah tidak dibunuh. Sultan mengampunkan Hang Tuah. Apakah benda pertama yang diminta oleh Hang Tuah selepas kembali kepada Sultan ? Taming Sari ! Itu adalah lambang kuasa bagi seorang laksamana. Namun, Taming Sari berada dalam tangan Hang Jebat. Apakah yang dikatakan oleh Hang Tuah ? "Jangankan menghapuskan Hang Jebat, melukainya walau sedikit pun belum tentu dapat dilakukan bila Taming Sari dalam tangannya !".


Apa kena-mengena kisah ini dengan apa yang sedang berlaku sekarang ? Andaikan Taming Sari itu adalah kuasa. Bayangkan bila kuasa bukan di tangan kita. Jangankan negara, tanah pusaka kita pun belum tentu hak kita !. Jangan sampai, satu hari nanti anak cucu kita pula berkata, "kalaulah Melayu masih ada !.


Moral Ramadhan 17 : Tiada lagi Nabi, sahabat baginda juga barisan khulafa' ar-rasyidin yang dapat menjaga dan menyebarkan Islam kini. Hanya tinggal kita umat akhir zaman yang sedang menunggu kiamat yang perlu memelihara kesucian agama Allah ini. Sesungguhnya, Islam agama yang mulia dan terpuji serta teragung di sisi Allah.


p/s : Doakan aku sejahtera sentiasa. Entry ni auto publish. Kalau aku tak update esok, maksudnya aku kat rumah sakit lah tue. Maaf sebab belum sempat balas komen korang. Semoga ilmu yang aku perolehi dan sebarkan ini bermanfaat untuk kita semua. Aku taip juga entry ini sebab aku tak nak terlupa pasal apa yang aku dapat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

Unknown said...

pasal isu gereja tu sy mmg sangat aktif mengambil tahu..org bkn islam semakin berani menyentuh agama kita ni, tgk je la si Ambiga tu..huhu

Nazryn Mishar said...

nice! rase cam bace article pulak. :p

semutsengal said...

oh,

tuntutan yang sangat teruk tu, aku ada terbaca gaks,


hampeh. nasiblah ada sultan yang mmpu jaga hak orang melayu.

Anonymous said...

that's why aku BENCI PARTI ROKET

kafir harbi yg dalam diam menyokong gerakan2 kafir harbi atas nama lain

Husna said...

thanks for sharing it..good info

cha zainol said...

dan seperti biasa. moral ramadhan itu sangat bermakna. syabas.

Mr.Superman said...

ssh nk ckp..islam agama rasmi,da tersebar meluas.tp skrg ni agama lain pun da tersebar luas jgk.dan bru2 ni mkin bertambah plk anti islam mcm cendawan tumbuh pas hujan.

Kyra Ismera said...

new input :)

Alif Haris said...

itulah jadinya bile yg jahil memimpin..
suka hati nk campur agama dgn politik =,=

Dalila said...

Islam agama yg sgt indah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...