Saturday, August 27, 2011

Di sebalik Ramadhan 26

Assalamualaikum warga blogger sekalian. Nampaknya, blog semakin sunyi dengan komen-komen berbisa. Mungkin mood raya, bershopping, main mercun dah semakin berleluasa. Sila bersabar wahai kawan-kawan. Ramadhan tak habis lagi.


Hari nie tak banyak benda best jadi. Sebab hujan hampir sepanjang hari, menjadikan mood aku ke katil. Aku pun melayan movie Mega Piranha yang ntah apa-apa sampaikan aku menguap-nguap. Nasib tak tengok kat wayang, kalau tak rugi je. Apa pun tak boleh !


Sekarang ni, tengkuk aku sakit sangat sebab menelaah (gaya macam study je) handphone baru abah aku yang dihadiahkan oleh mak aku petang tadi. Semua orang meletakkan tanggungjawab yang sangat berat ke atas bahu aku untuk men'transfer' nombor-nombor talifon yang ada. Argh, penat ! Aku anak yang sangat baik kerana menggalas amanah yang diberi, kerana handphone itu sangat lah complicated untuk digunakan ! Langsung tak friendly user ! Tapi, mak beli kan abah pun sebab boleh dengar bacaan Quran. Bagus juga.


Hari nie, si kecik mulut becok (adik aku yang last) tak sekolah. Aku bengang pula tengok kemalasan dan kengada-ngadaan dia yang makin menjadi-jadi. Kalau dulu kami nie tak nak pergi sekolah, confirm bertanda kat peha akibat dicubit mak. Sakitnya ! Adik aku selamber je cakap, "esok dah mula cuti. Tak salah pun cuti awal sikit !". Tekanan lama-lama aku dengar dia cakap macam orang besar. Dah lah sibuk mengacau aku kemas rumah. Sabar je lah.


Pastu tadi, dia nak tidur. Nyendeng pula kat sebelah aku sebab mak aku tak balik lagi. Takut lah tue. Dia boleh pula cakap, "kakak tepi lah sikit. Badan adik tak muat nie. Kena kakak !". Ya Allah, sabar je lah. Punyalah besar katil king mak aku beli tue, boleh dia cakap tak muat. Nampak sangat lah takut nak baring jauh-jauh.


Moral Ramadhan 26 : Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, kesabaran perlu ada bagi mengelakkan rasa berputus asa. Sesungguhnya, berputus asa itu satu keadaan yang akan membawa kita kepada kegagalan. Tanpa kenal putus asa, walaupun kita tidak mendapat sesuatu yang diimpikan, ia bukan bermakna kita gagal, tetapi kita belum berjaya. Bersabarlah wahai umat Islam. Dalam kesabaran, pasti ada kejayaan. InsyaAllah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

8 comments:

Kumbang Jingga said...

sabar itu sebahagian dr iman..selamt hari raya...hehe..nk duit raya??hehee

semutsengal said...

bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.


haahahahahahha

Blog Eazy Izzuddin said...

hah..
ni pun br beli hp baru..
jenuh nak transfer hehe..
xD

Blog Eazy Izzuddin said...

hah..
ni pun br beli hp baru..
jenuh nak transfer hehe..
xD

miZz_nizZ said...

mega pirana tu ek?mmg borink pun..pnh tgk jap je!haha.btol2.semua mkin xbyk bkk blog dah..nk rye da!=)

iKhRam said...

semoga bersabar menekan-nekan papan kekunci henset tu yer..

NasQ said...

haha... adik tu nak manja2 tu...

Far8 budak baik said...

jeles ar tu kat si mulut murai tu..
hahaha!
sunyi pun aku ade ape..
hehe...
alala..
baik sungguh murai tuuu..
aku suka dy =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...