Assalamualaikum semua pembaca blog. Harapnya korang sihat hari nie.
Okay, hari nie, aku tak pergi pejabat pos untuk urusan bil seperti selalu yang abah aku suruh. Adik lelaki aku yang pergi. So, aku just pergi ambil adik aku balik dari sekolah. Korang tau lah, adik bongsu aku tue dah TIGA HARI PUASA TAK PENUH ! Tadi time aku tunggu dia, aku nampak lah dia tengah main kejar-kejar ! Pergh, bertenaga sungguh budak ni ! Musykil aku dengan kekuatan tenaga dia. Dia masuk dalam kereta, aku pun borak lah dengan dia.
Sebelum berbuka, aku pun layanlah cerita Flat 3A kat laptop adik aku dan tengok pun dalam bilik dia. Cuak kot aku nak tengok sorang-sorang dalam bilik aku. Haha. Lagipun, dalam bilik dia time petang-petang memang tempat kami lepak-lepak.
Aku tengok cerita tue dengan adik bongsu aku. Yang buat aku tak berapa nak takut (kononnya) bila tengok cerita tue, bila adik aku tue sibuk menyelit belakang badan aku dan tutup muka dia guna baju aku. Memula, aku rasa dah nak sampai klimaks aku takut, aku pun jauhlah sikit dari laptop. Tetiba, aku terasa ada benda menjalar kat belakang badan aku.
Kenapalah adik aku menjawab dengan 'bijaknya' sehingga aku kehabisan idea ? Sabar je lah adik oi. Tak apa lah. Yang penting, hari ni adik aku berjaya lepas ujian puasa dia. Hari ni adik aku puasa full. Makan tadi tak ingat dunia. Alhamdulillah.
Moral Ramadhan 4 : Tenaga budak kecil kadang lebih banyak berbanding orang dewasa kerana orang dewasa banyak memikirkan perkara yang tidak perlu sehingga kehabisan tenaga. :) Oleh itu, fikir dan lakukan apa yang perlu sahaja pada satu waktu tertentu. Sebagai contoh, semasa sedang membaca buku, sila JANGAN fikir esok pagi nak pakai baju apa ke tempat kerja. Kadang hanya memenatkan otak.

Aku : Adik kan puasa. Kenapa main lari-lari ? Nanti penat.
Adik aku : Tak ada lah. Nanti sihat !
Aku terus gerak dan senyap. Sabar je lah.
Sebelum berbuka, aku pun layanlah cerita Flat 3A kat laptop adik aku dan tengok pun dalam bilik dia. Cuak kot aku nak tengok sorang-sorang dalam bilik aku. Haha. Lagipun, dalam bilik dia time petang-petang memang tempat kami lepak-lepak.
Aku tengok cerita tue dengan adik bongsu aku. Yang buat aku tak berapa nak takut (kononnya) bila tengok cerita tue, bila adik aku tue sibuk menyelit belakang badan aku dan tutup muka dia guna baju aku. Memula, aku rasa dah nak sampai klimaks aku takut, aku pun jauhlah sikit dari laptop. Tetiba, aku terasa ada benda menjalar kat belakang badan aku.
Aku : Apa ni ?
(sambil tangan aku ke belakang badan)
Adik aku : Kepala adik lah kakak ! Kakak janganlah gerak.
Aku : Takut lah tue !
Adik aku : Mana ada adik takut. Kalau adik takut, adik tengok jauh-jauh macam akak. Tapi, adik kat sini je dari tadi !
Kenapalah adik aku menjawab dengan 'bijaknya' sehingga aku kehabisan idea ? Sabar je lah adik oi. Tak apa lah. Yang penting, hari ni adik aku berjaya lepas ujian puasa dia. Hari ni adik aku puasa full. Makan tadi tak ingat dunia. Alhamdulillah.
Moral Ramadhan 4 : Tenaga budak kecil kadang lebih banyak berbanding orang dewasa kerana orang dewasa banyak memikirkan perkara yang tidak perlu sehingga kehabisan tenaga. :) Oleh itu, fikir dan lakukan apa yang perlu sahaja pada satu waktu tertentu. Sebagai contoh, semasa sedang membaca buku, sila JANGAN fikir esok pagi nak pakai baju apa ke tempat kerja. Kadang hanya memenatkan otak.
19 comments:
betul lah, badan leh letih bila banyak berpikir.
baiklah, kurangkan berpikir. fokus satu2 hal je, =)
selamat berpuasa ;)
haha..tenaga lelaki mmg lbh ckit dr prmpn. :)
Flat 3A tak best. ehhehee
tp flat dia seram. hehehee
a'ah kan. kekadang kita ni terlampau banyak berfikir. tu yg senang letih. bila otak letih badan pn letih.
nampak sangat kantoi takut, sampai ngesot ke adik... huhu...
tabah adik kamu puasa penuh sehari.
pasal moral tu: memang. bila kita tgh buat satu kerja kita pikir kerja lain. kadang-kadang sebab tulah, yang ini tak setel yang itu pun kurang sempurna.
heheeh .. ade je die nk jawab :D hehehe
eh minta cerita tu hehe ^^
hehe..budak2 pike nak main je la izfa..kite larang pun buat dono je..
puasa TAK penuh ye?patut bertenaga..haha
tahniah la adik kamu berjaya puasa penuh smlm..
sebenarnya kamu tu yg takut kan..hahaha
comel ye adik kamu..siap menyorok dalam baju lagi~dulu masa sekolah rendah even puasa suka main lari-lari la ape la.bile penat beli ais, sapu-sapu kat leher~
owh! aku rasa aku bertenanga... hehe
lucu plak adik ko
sama la mcm anak murid saya.. lari2, bergayut2..mcm orang tak puasa.. tp bila tnya, puasa tak.. ?? - puasa...
memnag tenaga budak2 byk..
hahaha..bulan2 puasa x yah takut la tngok cite hantu sbb setan dh kena ikat..hoho
btw..seb baik adik ko x masuk lam tubuh ko je haha
tak pernah lak nak tgk cite tuh ..
nanti2 kot tgk ..
comel laa adik izfa .. nak kenal dgn dia leh tak ... ada aje jawapan dia ek .. siap boleh buat perbandingan yang baik .. hahahah ..
part akak dia jauhkan diri daripada laptop tuh sgt lawak ok .. adoi2 ..
hurm2..normal le tu rase letih..yg tak normal tak letih langsong
haha kantoi dah takut..adess..;p
salam kenal dan selamat berbuka puasa, amy singgah sini dan follow , jemput ke belog amy.ada contest sedang berlangsung ,menangi fridge magnet , hamper dan cederahati dari Sinar Raudah..
Post a Comment