Thursday, November 10, 2011

Pesanan Malam Pertama

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Macam mana cuti panjang ? Aku belum habis cuti lagi. Next week baru start kuliah semula. Tapi, maybe esok atau pagi Sabtu, aku balik semula ke hostel yang tiada wireless itu. Sabar je lah. Tinggal beberapa blog saja yang aku belum balas komen, harap korang tunggu ye.


Bersempena semangat yang membuak-buak untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan pada hari Sabtu dan Ahad ni, entry kali nie special sikit. Pasal pesanan malam pertama yang aku dapat daripada program Semanis Kurma. Lama dah aku simpan pesanan ni. Tetiba pula teringat nak share sebab aku dapat tiga kad jemputan majlis perkahwinan kawan-kawan aku. Next entry, insyaAllah, tak ada aral, aku nak share pasal input yang aku dapat kat kursus nanti. Ilmu perlu dikongsi. Betul tak ? 


Pesanan ini diberikan oleh Umamah kepada puterinya di malam pertama selepas pernikahan puterinya selesai dijalankan. Pesanan ini sangat berguna untuk semua wanita, tidak kira yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Semoga ia menjadi panduan berguna bagi melayari bahtera rumah tangga dengan lebih sempurna, insyaAllah.


Taat dan patuh kepada suami


Sebagai seorang wanita muslim yang tahu di mana letaknya kedudukan seorang suami, wajiblah mentaati dan patuh kepada setiap arahan dan suruhan suami, selagi mana ia tidak menyalahi dan membelakangkan arahan dan suruhan Allah. 


Bagi wanita yang tahu tentang agama, hal ini tak menjadi satu masalah besar bagi aku. Selepas saja bernikah, ketaatan wanita ini akan beralih kepada suami. Bukanlah tidak perlu lagi taat kepada kedua ibubapa, tetapi ketaatan yang utama beralih kepada suami. Redha Allah kepada seorang wanita yang telah bersuami, adalah berdasarkan redha suaminya. Berbeza pula untuk lelaki. Ibu mereka tetap yang utama. Perlu tahu juga, dengan mentaati dan patuh setiap arahan suami merupakan salah satu sebab wanita boleh memasuki syurga dengan mana-mana pintu yang dia suka. Subhanallah. 


Aku tengok sekeliling, kadang-kadang wanita terlalu melayan perasaan cemburu buta sampaikan bila suami lebihkan ibu dorang, wanita terlalu senang untuk berkecil hati. Bagi aku, tak salah berkecil hati, tapi kena lah berpada. Wanita kena lebih rasional untuk menilai mana benda yang remeh, mana benda yang memang perlu perhatian serius. 


Mendengar cakap suami


Pesanan ni, bagi aku lebih kurang sama dengan pesanan yang pertama. Yang membezakannya, bila suami bercakap, isteri perlu mendengar apa yang dikatakan oleh suami. Kita semua sedia tahu yang kebanyakkan wanita memang suka bercakap dan lebih banyak bercakap berbanding lelaki. So, bila mood suami nak bercerita dah ada, sila lah beri laluan kepada dia bercerita. Biarkan dia meluahkan apa yang terpendam di hati.


Bukan senang sebenarnya nak mendengar lelaki meluahkan apa yang terpendam di hati. Kadang aku pelik juga. Tengok muka macam banyak masalah bila balik kerja. Bila isteri tanya, "abang ada masalah ke kat tempat kerja?", kebanyakkan lelaki tak terus meluahkan apa yang terbuku. Dorang ni kadang sangat berbeza dari wanita. 


Macam adik aku sendiri. Muka dah macam nak telan orang. Bila ditanya, jawab tak ada apa-apa. Lepas tue, bila aku dah keluar rumah, boleh pula dia mesej. Cerita masalah dia. Pelik sungguh lah.


Menjaga mata suami


Maksud menjaga mata suami ni, bukanlah kalau mata suami tu masuk habuk, tolong tiupkan. Kalau situasi macam tue, nak bermanja-manja sebenarnya. Tak pun, saja nak mengada-ngada. Betul tak wahai lelaki sekalian ? (=.=')


Menjaga mata suami nie, maksudnya lebih kurang macam bila suami tengok isteri, suami rasa damai, sejuk mata memandang gitu. Berhias lah bila di depan suami. Biar suami tak jemu tengok isteri.


Sebab tue juga, aku ada terbaca pasal suami kalau boleh jangan balik ke rumah tiba-tiba tak kena masa. Alasannya, kalau time tue isteri tengah comot-comot, kusut-masai, masam-masam sebab peluh-peluh buat kerja rumah, dengan rumah tak siap kemas, anak belum mandi. Kiranya, keadaan tue boleh membuatkan mood suami turun menjadi negatif. Kalau nak buat surprise pun, pandai-pandailah bajet masa yang sesuai.


Menjaga hidung suami


Kalau tadi dah pakai lawa-lawa, tak kan lah pakai baju cantik-cantik, tapi badan belum mandi sehari. So, kenalah seimbang. Dipandang cantik, dibau pun harum. Cari bau yang disukai oleh suami. Kalau boleh, bila suami tak suka dengan satu jenis bau, elakkan dari menggunakan bau itu, sama ada sebagai wangian diri ataupun untuk haruman rumah.


Bila kita ada satu bau yang disukai suami, sebenarnya suami boleh mengingati bau kita walaupun dorang ada kat tempat lain. Secara tak langsung, ingatan suami kat isteri tue segar dan membuatkan suami selalu rindu dengan isteri dia.


Menjaga waktu tidur suami


Agak blur juga sebenarnya untuk pesanan ni. Sebab, biasanya lelaki yang suka tidur lewat. Tengok bola, main game dan macam-macam lagi. Tapi, dari yang aku faham, jaga waktu tidur suami ni lebih kurang macam bila suami nak tidur, pastikan tempat tidur selesa dan bersih. Dan bila ada anak-anak, seeloknya, jangan beri anak-anak mendekati atau berbuat bising ketika suami sedang tidur. 


Dari yang aku tahu juga, (tapi aku tak tahu kebenarannya) lelaki yang terbangun dari tidur kerana terkejut, risiko mendapat sakit jantung sangat tinggi. Kalau kita sayang suami kita (siapa tak sayang suami kan), jagalah waktu tidur suami dengan baik. Bila suami dapat tidur dengan nyenyak dan cukup, suami akan lebih penyayang dan jarang untuk marah-marah. InsyaAllah.


Menjaga makan suami


Bab perut ni memang selalu diperkatakan. Memang lelaki pun suka nak cari isteri yang pandai memasak. Nak tak nak, isteri kenalah belajar memasak. Supaya, bila suami ada di rumah, suami tidak dalam kelaparan dan keluar mencari makanan di luar. Kalau betul-betul keluar mencari makanan untuk mengenyangkan perut dan memuaskan nafsu makan tak mengapa, tapi kalau keluar mencari 'makanan' untuk memuaskan 'nafsu', dah jadi bala dalam rumahtangga. Minta jauhlah.


Bab memasak ni, bukan lah susah sangat, dan bukanlah senang sangat. Ikut selera suami juga. Dalam internet pun bersepah-sepah resepi. Apa salahnya cuba resepi baru. Macam yang aku pernah buat. Dulu, masa mula-mula belajar masak ikan keli masak lemak cili api, aku buat time tak ada orang dekat rumah. Aku buat seekor saja. Bila dah jadi, esoknya, time mak abah aku ada kat rumah, aku pun buat untuk satu family. Bangga bila kena puji. Tue baru mak abah yang puji. Kalau laki sendiri yang puji, tak ke kembang-kempis hidung. Hahaha. Suami kenyang, isteri pun senang hati.


Jangan melanggar perintah suami


Bila seorang lelaki sudah bergelar suami, kuasanya bertambah (tanggungjawab), begitu juga ego mereka. Mana-mana suami yang dilanggar perintahnya, pasti merasa tercabar, apatah lagi yang melanggar perintah itu adalah isterinya sendiri. Suami merasa keegoan mereka dicabar dan direndahkan serta maruah mereka tercalar.


Oleh itu, sebagai seorang wanita dan isteri yang mendambakan syurga Allah dan nikmat rumahtangga yang harmoni, jangan sesekali melanggar perintah suami selagi ia belum melanggar perintah Allah. Suami yang baik pastinya hanya memberikan arahan yang baik untuk dituruti oleh isteri. 


Ada sebab kenapa kita tak digalakkan untuk duduk bersama mak ayah apabila telah berkahwin. Tidak kisah lah sama ada mak ayah sebelah suami mahupun sebelah isteri. Tetapi, lebih sukar bagi suami untuk mengemudi rumahtangga bila duduk bersama mak ayah sebelah isteri. Kerana ada dua ketua dalam satu rumah. Suami merasa agak sukar untuk menegur isteri apatah lagi memberi arahan kerana perlu berdepan dengan arahan ayah mertua terlebih dahulu. Bagi aku, sebagai wanita dan isteri yang memahami, pindahlah ke rumah lain dan mengikut suami supaya rumah tangga aman dan sentosa.


Jangan menyebarkan rahsia suami dan keluarga


Tak dinafikan, wanita suka bercerita. Tapi, kena berwaspada. Bila bergaduh suami isteri, janganlah sebar apa yang berlaku dalam rumahtangga kepada orang luar. Bukan saja memburukkan suami, tetapi turut memberi persepsi buruk kepada diri sendiri di mata orang lain.


Cuba korang fikir. Kalau dengan diri sendiri pun boleh rasa kecewa, inikan pula dengan suami. Contohnya, kalau dulu tak pernah dapat nombor satu dalam kelas, dan rasa diri kurang pandai, sampai buat diri sendiri sedih, inikan pula mengharapkan orang lain, yang ada sifat sendiri nak menjadi seperti apa yang kita harapkan. Sedangkan kita sendiri susah nak menjadi seperti yang kita harapkan. Berapa ramai yang dapat capai cita-cita masa kecil dulu bila dah besar ?


Bila nak buat apa pun, fikirlah dulu. Jangan terus ambil tindakan terburu-buru. Tak salah ambil masa untuk berfikir baik buruk melakukan satu perkara dari ambil masa berfikir apabila perkara buruk sudah berlaku dalam rumahtangga. Kalau dah nama rahsia, tak payah lah sebar. Simpan rahsia elok-elok. Bak kata pepatah, "biar pecah di perut, jangan pecah di mulut".


Menjaga harta suami


Bukan senang nak kumpul harta beribu-ribu ni. Bukan sehari dua ada harta satu lot rumah. Lain lah kalau memang lahir-lahir dah kaya. Menjaga harta suami ni contohnya bukan senang-senang bagi orang lain pinjam barang-barang yang ada di rumah. Kalau betul-betul ada yang nak pinjam, tanya dulu kepada suami, boleh atau tak. Suami akan merasa isteri mendahulukan dirinya dari orang lain bila isteri bertanya. Tak timbul soal isteri tamak atau gila harta.


Suami merasa harta yang dicari selamat bila berada pada isteri. Tapi, harta ni kena juga berpada-pada. Jangan sampai terasa susah hati sebab nak menjaga harta. Macam yang selalu aku dengar, "jangan sampai kita yang berjaga untuk menjaga harta sebab banyak sangat sampai tak percaya dekat jaga yang kita upah untuk menjaga harta kita".


Menjaga anak


Anak itu anugerah Allah yang sangat berharga. Ia juga merupakan bukti cinta dan kasih sayang suami isteri. Suami akan merasa sangat gembira bila melihat zuriatnya dididik dengan sempurna. 


Bayangkanlah, hati seorang suami boleh tersentuh bila melihat isterinya memangku anak. Inikan pula bila anak itu membesar dan berbakti kepada kedua ibubapanya. Lelaki yang penyayang akan sangat menyayangi seorang isteri yang penyayang.


Bagi aku, tunjukkanlah kasih sayang kita sebagai wanita, isteri dan ibu untuk suami dan anak-anak kita. Kasih sayang itu bukan kena beli dekat supermarket pun, cuma perlu diekspresikan supaya dapat dirasai. Tak rugi memberi kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada insan-insan yang ada dalam hidup kita ni. 


Inilah antara pesanan yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya. Semoga pesanan-pesanan berguna ini mampu dijadikan garis panduan bagi semua wanita yang berkeluarga.


Keluarga bahagia dicorak oleh wanita bergelar isteri yang berada di dalam rumah. Sekiranya buruk corak yang dilukis, maka pincanglah rumahtangga. Sekiranya harmoni corak yang dilukis, maka bahagialah rumahtangga.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

21 comments:

Unknown said...

kalo dpt yg camni..kompom aku jg sebaik mungkin...

NasQ said...

rasa nak bagi bakal bini baca je...

Anif Abdullah| AA said...

AA belum berkahwinnnnggg ! hehe

::FAIZ:: said...

hanya mampu senyum

cha zainol said...

takut pulak aku. dah sedia ke aku sebenarnya ?

iPai said...

wah .. banyak tips ni .. baguih2 ...

selamat hari raya aidil adha buat izfa .. !!

P/S: pasal tulisan macam cerpen tuh, saja2 nak ubah angin. Sebab kalau tulis cara biasa, serabut nak susun isi post.

budak penjara said...

klu pompuan leh jaga semua ni..alhamdulillah sejuk suami dapat isteri solehah

suri said...

indah mahligai jika bijak harung sebaiknya heee

Aleen Aiden said...

hee,pesanan yg sangat2 berguna.mekasih ingatkan alin jugak.. :)

Anonymous said...

B'untung'y bakal suami awk..

iKhRam said...

satu jer yg nak nasihat
sebagai seorang wanita, jgn sesekali menghalang seorang lelaki untuk berbakti kepada ibunya.. kerana itu adalah tgjwbnya.

LadyBird said...

semoga kita semua mampu menjadi harta yang berharga untuk suami.. :) insyaAllah.. sekurang2nya berusaha.. tetapi sbg manusia biasa sukar untuk menjadikan ia sempurna.. semoga kita semua mendapat suami yang akan membantu kita menjadi hartanya yang utama.. ameeennn..

harta yang paling berharga adalah isteri yang solehah..

Daddylicious said...

Nasib baik jadi suami ...hehe

humble.yat said...

salam..

tips ilmu rumahtangga yang terbaek!
rajin izfa tulis note dari semanis kurma yerk..

menjadi isteri yang solehah dan bertaqwa dinilai dari keikhlasan kasih syang yang diberikan...:-)

dari keikhlasan, semuanya tips ini automatik akan terlaksana dgn mudah Insha Allah :-)

Unknown said...

baa~ CAK!!

jalan pintas ke syurga.. err.. single? hehe

wakgelas said...

wak pon sukak begituuu.. eeeeee wak dah datang nihh nak komen komennnn....

Unknown said...

huhu..ni nk bg kt awek apik

Much Melo said...

terima kasih :)

Anonymous said...

bile nak update ni..rindu dah ni.hehe..;D

Ban said...

haha...

sejuk mata memandang..huk3..:)

singgh yer..:)

Mazni said...

Untungla..... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...