Friday, January 13, 2012

Nikmat bercuti

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Jumaat yang indah dan mendamaikan. Apatah lagi duduk bersenang-lenang di rumah yang sangat selesa. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. 


Ayat intro yang sangat menunjukkan kelapangan masa. Tetiba aku terasa seperti tidak membuat apa-apa dan macam tak ada aktiviti. Sangat membosankan (kononnya). Aku dalam mood bercuti sehinggalah 30hb nanti. Aku akan melangkah ke fasa yang lebih baru; praktikal. Ini kali kedua aku praktikal. Bukan sebab repeat, tapi sebab dulu time diploma dah pernah praktikal. Satu benda yang aku tak nak berulang kembali semasa tempoh praktikal; aku blacklistkan nama company. Bukan mereka yang blacklistkan nama aku, tapi sebaliknya ye kawan-kawan. Kerana sebab-sebab tertentu yang tak dapat dimaafkan. 


Aku terasa kekok nak menulis semula lepas lama bergelumang dengan buku dan langsung tak membuka blog. Terlalu banyak yang baru sampaikan shoutbox pun dah tak free. Makanya, aku buat shoutbox yang baru. Silalah tinggal jejak ye. 


Apa yang nak aku cerita hari ni sebagai pemanas semangat semula untuk berblogging ? Lama aku fikir. Lepas menaip sepatah dua, aku delete semula. Lepas tue, menaip dan delete. Sehinggalah aku mendapat idea untuk memulakan cerita tahun baru (dah tak berapa nak baru) dengan kisah adik lelaki aku yang bongsu --> si mulut becok.


Malam semalam, sampai di rumah selepas mengambil semua barang di hostel, aku dengar suara mak meninggi dari luar rumah. Masa tue, aku baru keluar dari kereta.


"Adik, mandi cepat. Sembahyang tiga. Kejap lagi abah balik !"


Mak memanggil adik dari dapur. Adik duduk di ruang tamu, 'menelaah' laptop. Sembahyang tiga itu sembahyang maghrib. Adik aku agak susah untuk ingat berapa rakaat untuk setiap solat.


"Kejap !", suara adik aku dari depan menjerit. Aku tak jadi keluarkan barang dari bonet kereta. Terus meluru masuk ke rumah, dan ke ruang tamu. "Mak cakap apa ? Adik tak dengar ke ? Pergi mandi dan solat dulu. Lepas tue baru sambung main laptop", aku memberi sapatah dua kata kepada adik. Tapi, dia langsung tak berganjak dari kerusi. Malah, makin fokus dan terus fokus.


"Kakak tak nak bagi coklat kalau adik tak solat !", aku berkata lagi dan terus berlalu pergi. Dari jauh, dia menjerit, "kakak memang tak nak bagi adik coklat kan ?!". Hahahaha, aku tergelak sendiri. Dia masih ingat memori ditipu hidup-hidup oleh aku dan abang-abang yang lain suatu masa dulu. "Tak nak sudah !", itu saja yang aku jawab.


Sedang aku keluarkan barang dari bonet kereta, aku nampak kelibat si mulut becok itu lari meluru ke bilik air. Umpan mengena nampaknya. Tersenyum aku sendiri. Kali ini, aku tak mengumpan bodoh. Tapi, memang aku sudah belikan coklat untuk dia masa perjalanan balik ke rumah tadi. 


Aku terasa seperti tak suka mendengar suara mak meninggi. Aku mahu mak senang hati di rumah tanpa penat. Tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan itu ada. Bila saja mak mahu marah dekat si mulut becok, aku seperti mahu mengambil peranan. 


Masa aku tengah membasuh baju-baju kotor yang tak dibasuh sepanjang exam malam tadi juga, sempat bergurau senda dengan abah tercinta di dapur walaupun sekejap. Abah tengah makan. Mak berseloroh, "tengok manja abang tue, sebulan tak basuh baju duduk kat sana. Bukan nak hantar dobi. Kan senang !". Bertungkus-lumus aku membasuh dengan laju supaya abah tak tahu, mak pula pecahkan rahsia.


"Nje, tengok sini", abah memanggil. Aku mengadap mukanya dan tersengih. "Patut muka putih sangat nie !", memang terkena sungguh usikan itu. Aku menjawab, "yelah, tak kena mataharikan". Hahahaha. Kelakar pula bila fikir abah aku boleh buat kesimpulan, tak jemur baju kat ampaian, kulit aku putih tak kena sinaran. Silalah kamu semua tak menjemur baju di luar rumah kalau mahu kulit putih seperti aku. :P


Tapi, siang ini aku sunyi. Duduk seorang saja di rumah tanpa keluarga di sisi. Masing-masing keluar ke sekolah dan tempat kerja. Terasa nikmat bercuti malam tadi adalah permulaan indah untuk cuti kali ini. Semoga terus indah dan indah.


Ada masa ketegasan dalm kelembutan lebih merapatkan ukhwah berbanding ketegasan dalam amarah. Nikmati hidup ini selagi ia dinamakan nikmat. 






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

7 comments:

humble.yat said...

salam izfa:

seronok tgok blog izfa dicoret lagi...
wah bercuti yerk...seronoknya..sy tggu raya cina nnti la nampak gyanya untuk feeling2 cuti...:-P

setuju sgt, dalam mendidik , ketegasan dan kelembutan itu perlu ada..takde sentiasa tegas, takde terlalu lenient...semuanya ikut situasi..:-)

pasni mesti byk entri izfa yg baru2 kan?hehe

enjoy your holiday k..:-)

miss fiza said...

salam sis..

selamat bercuti ok... have a nice holiday!!!

(^___________________^)

Fatin Farhana Binti Ramli said...

adik tu macam comel je .. HUHU

Unknown said...

yeay happy holiday !

Daddylicious said...

kalau marah tak jadi apa tetapi lagi jadi parah....


boring cuti la ni...

LadyBird said...

kesiannye.. lady pernah rs mcm tu.. tulis delete tulis delete.. last2 skali tutup terus blog.. mula balik bila hati rs boleh mula :P

Mr.Superman said...

anje ni kn...hahaha.htr je la dobi klu da x nk ampai bju,kasi kulit cerah berkilauan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...