Thursday, January 19, 2012

Super Mama

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Semoga sihat sahaja. Aku semakin bersemangat untuk kembali berjalan-jalan ke blog sahabat-sahabat. Semakin semangat juga mengupdate blog walaupun tak sekerap mana. Mungkin disebabkan kebosanan yang melanda, tanpa aktiviti yang menyeronokkan.


Sementara menunggu hari praktikal yang dah tak berapa lama lagi nie, aku telah menjadi super mama di rumah. Wah, sangat mengujakan. Berlatih kelam-kabut, membebel dan berpenat-lelah seperti seorang mama. Best juga walaupun amat memenatkan.


Mak aku sengaja biarkan aku melayan si mulut becok. Mak aku cakap, "mak penat nak layan dia hari-hari. Try kakak dia pula layan. Sabar ke tidak !". Sabar je lah mak aku ni. Kalau mak aku pun hilang sabar layan si mulut becok nie, apatah lagi kakak dengan abang dia. Tapi, yang aku pelik, dia takut sikit dengan adik lelaki aku yang kedua tue. Dengan yang lain, haram nak dengar cakap. Tapi, setakat nie, alhamdulillah, dia nak dengar lagi lah aku cakap.


Rutin harian menjadi super mama best juga. Sebabnya, aku jadi terbiasa pula lepas subuh terus duduk membaca buku "Di mana DIA di hatiku", hadiah dari seorang sahabat. Ayat yang sangat mudah difahami dengan maksud yang sangat mendalam.


Lepas semua orang keluar ke sekolah dan bekerja, aku pun memulakan rutin sebagai 'mama'. Biasalah, mandi bersihkan badan, basuh baju bagai dan mengemas rumah. Biasanya, siap semua tue dalam pukul 9 lebih atau 10 pagi. Sambil-sambil tue, aku pun sarapan pagi dan tengok tv. Kerja rumah yang paling aku suka sekali adalah membasuh pinggan. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat buat benda alah tue. 


Then, aku menunggu kepulangan si mulut becok dari sekolah agama. Mak aku akan hantar dia balik ke rumah, then pergi kerja semula. Time nie lah aku betul-betul menjadi 'super mama'. Dari saat si mulut becok melangkah kaki masuk ke rumah, perkara yang tak pernah dia nak faham dan dengar bila aku cakap,


"adik, kasut sekolah jangan main campak-campak. Susun betul-betul. Nanti kotor kena tanah."


Dia akan buat muka tak tahu, terus masuk ke rumah dengan selamber. Terus campak beg sekolah ke tepi dinding kat laluan utama masuk ke rumah, dan berjalan lagi beberapa langkah. Sampai depan tv, itu adalah port terbaik untuk dia membuka stokin. Berjalan lagi, buka baju sekolah, dan campak ! Terus berlari ke ruang tamu, untuk . . .




mengadap laptop. Berulang-ulang kali dia tengok cerita ntah apa-apa. Semalam, dia tanya aku macam mana nak eja 'crunch'. Apa ntah yang di searchnya. 


Sambil-sambil tue, aku pun masak lah untuk si mulut becok nie. Senang saja menu dia. Dia suka makan nasi, telur dadar dan kuah sayur tumis. So, tak lah susah sangat pun nak masak. Dalam 15 - 20 minit, siaplah. Kalau mak aku pesan kat dia suruh aku masak lauk, barulah aku masak selain dari lauk untuk si mulut becok.


Lepas siap, aku aku akan panggil dia untuk makan. Tapi, memang payah sangat-sangatlah. Sampaikan aku terpaksa menjerit, itu pun kadang dia buat tak tahu. Ayat selalu aku guna, "adik, cepat makan. Dah pukul 12.30. Nanti loceng bunyi, tak boleh masuk sekolah. Kena tulis nama dengan pengawas !". Hahaha. Ayat klise je kan. 


Dia pun berlari ke dapur dan makan. Lepas tue terus mandi. Siap mandi, terus bersiap pakai baju sekolah kebangsaan. Sambil-sambil dia bersiap, aku akan membebel bagi peringatan. "Dah masukkan pencil box dalam beg sekolah belum ? Botol air ambil atas meja. Sikat rambut, pakai bedak. Songkok jangan lupa." Bila dia siap pakai baju, perkara yang paling suka dia buat adalah BERLENGAH-LENGAH MENONTON TV ! Dan aku akan ulang ayat yang sama dengan cepatnya, "adik, jangan lupa ! Pencil box, botol air, sikat rambut, pakai bedak, songkok !". Sangat kelakar bila ingat balik.


Lepas tue, sama ada tunggu mak balik untuk hantar dia ataupun aku sendiri yang akan hantar dia ke sekolah. Permintaan dia yang paling tak boleh blah tiap kali nak pakai kasut sekolah, "adik nak duit kakak !", sambil menghulurkan tangan.


Korang bayangkanlah, belanja dia sehari RM4 ! Itu belanja aku time lower six dulu. Sekolah rendah dulu, aku belanja RM1 untuk sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Dia punya demand bukan main sekarang nie. 


Penat jaga si mulut becok sorang ni. Mak abah manjakan sangat. Tue yang dia tak kisah kalau kakak dengan abang bagi arahan. Kalau aku dulu, mak abah pandang pun dah rasa lain macam. Kalau kakak dengan abang panggil tak disahut, siaplah. 


Budak sekarang dengan budak dulu lain sangat. Teknologi dan duit sangat penting sekarang ni. Pokok pangkalnya, kena bagi ilmu agama.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

Unknown said...

molek bebeno dah tu..ada pengalaman

Unknown said...

lama jugak tidak singgah sini
bestkan dpt jd suri rumah ^^,
rindukan moment tu..menjaga sikecil



*sebenarnya rindu pd rumah lama

Nadia Bohari said...

ha.ha.ha.
kirim salam dekat si mulut becok yea :)

zahidahwahid said...

bestnya masih ada budak kecik meriuhkan rumah.....


jemput join my segmen...hadiah banyak dan menarik menanti mereka yang bertuah

Unknown said...

haha... bgus ye mmbuli sume org dlm umah.. haihh budak sekarang...

humble.yat said...

hehe comel lah citer ni..terinagt zaman sy jaga adik bongsu dulu after SPM..memang rasa macam super mama..

menu makan dia pulak nasi goreng ikan bilis bersalut kicap rangup2...

kos budk2 skrg mmg tinggi...

ilmu diaorg pun boleh tahan disebbkan teknologi...

setuju dgn izfa..ilmu agama yg paling penting dlm zmn serba cangggih nie..:-)

welcom eback izfa..seronok tgok izfa aktif menulis blik..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...