Thursday, July 5, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum semua rakan blogger


Sepertinya kelihatan agak lama aku menyepi di sini. Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersusah-payah sejak hari Khamis, 28 Jun 2012 lagi. Kat sini, aku nak cerita sikit kronologi (ayat sangat bombastik) semasa majlis Aku Terima Nikahnya.


Hari Jumaat, 29 Jun 2012, selepas solat Zohor, dalam pukul 4 petang, rombongan lelaki datang untuk majlis bertunang. Aku rasa biasa je time ni. Tak tahulah kenapa tak ada rasa berdebar langsung. Siap gelak-gelak dengan MUA aku, Kak Mas dari Rias Mazmiera. Sangat cantik dia solek aku.


bersama bakal mertua


Selesai majlis bertunang, aku masuk semula ke bilik untuk menyalin pakaian untuk majlis pernikahan selepas Asar. Tengah siap-siap, abah dengan mak dah kabut masuk bilik aku, bagitau yang tok kadi (atuk saudara aku sendiri) nak datang cepat sebab majlis lagi satu yang sepatutnya sebelum majlis aku, pengantinnya tak sampai lagi. Aku jadi kelam-kabut sikit sebab belum siap sepenuhnya, tapi Kak Mas coolkan aku. Mungkin disebabkan terlalu cuak pada mulanya pasal hal tok kadi, aku tetiba nk pitam. Dan-dan, duduk kat lantai bilik, dan uwek ! Muntah lah plak time-time nak nikah ni. Mak aku siap bancuh susu lagi untuk aku. Aku dah pening kepala, mual-mual je tekak dengan perut. Apakah tandanya ? Nak kata cuak, macam tak. Perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mungkin juga sebab orang keluar masuk bilik aku. 


Aku pun tak sempat nak tengok jam masa aku keluar dari bilik untuk bernikah. Aku bernikah di rumah dan dinikahkan oleh abah aku sendiri. Alhamdulillah, akhirnya, aku sah bergelar isteri kepada seorang lelaki, Mohd Nasrul Hadi bin Othman. Semoga perkahwinan kami kekal sehingga ke akhir hayat. 


Pose selepas nikah, Tapi, pic dengan suami belum diupload oleh OP. Ni je yang ada.


Esok-esok, cerita pasal majlis persandingan pula ye. Tak best cerita tak ada gambar. Waaa..


Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat ye.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

Masya said...

tahniah yer.. x sabar nak tengok gambar seterusnya...

Azeelia Azman said...

selamat pengantin baru akak! may ur marriage happy ever after.

semutsengal said...

hmm,.hmm.


hihihihih

Mr.Superman said...

hapy 4 u my friend. :) akhirnya skandal meninggalkn skandal.haha

tahniah skli lg,iz doakn iza bahgia dgn suami hingga ke akhir hayat.insyaAllah,amin. :)

humble.yat said...

tahniah izfa..semoga berbahagia selalu dunia dan akhirat...

nanti jaga kesihatan tau, risau plak dengar izfa pitam mcm ni huhu...

selamat bercinta hehe...:-)

humble.yat said...

oh lupa plak, hihi special request ni, nak tgok pic husband izfa la plak..

baby yg nak tengok ni hehe :-P

OmmaHussein said...

congrats =) selamat pengantin baru =)

Mr. Asada said...

congrats!!

lama tak singgah sini, tup2 dah kahwin. selamat menjalani kehidupan berumah tangga n selamat pengantin baru. (tak terlambat lagi kot?) :P

semoga bahagia selamanya hingga ke akhir hayat, terus bawa ke syurga.. :)

Anonymous said...

bile awak ckp da kawen, terus kite stalker blog awak cri mne 1 entry kawen awak..hehhe..tahniah walaupun da terlambat wish... hihi =)

Mila Ahmad said...

Izaaa..baju nikah tu cantik gila kau !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...