Tuesday, August 7, 2012

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim

Assalamualaikum semua rakan blogger

Kembara Ramadhan yang kononnya aku mulakan untuk Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini nampaknya hanya pada hari pertama sahaja. Malas sungguh rasanya nak post entri. Entah kenapa. = . =' Maafkanlah aku ye. Mood honeymoon masih menjalar gamaknya. =P

Jumaat lalu, 03 Ogos 2012; 14 Ramadhan 1433 Hijrah, aku dan encik suami berkesempatan dan berpeluang berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Food Connexion. Cerita dah dua tiga hari berlalu, baru nak post. Tak pe, yang penting aku gigih nak cerita.

Actually, majlis nie adalah anjuran company lama encik suami aku kerja dulu. Rumah anak yatim yang terpilih itu adalah RUMAH ANAK YATIM DAMAI di Kuang, Selangor. 

Ada satu kisah nak aku kongsi. Masa tue, lepas solat maghrib. Aku solat kat ruang asrama perempuan. Usai solat, sedang aku lipat telekung, ada seorang budak datang kat aku. Umur dalam lingkungan 10 tahun. 


Budak : Akak ada gula-gula?

Aku : Tak adalah dik.

Budak : Ada game?

Aku : Tak ada juga. Kenapa nak game? Kalau sekolah, kurangkan main game. Baca buku ye.

Budak : Okay. Apa yang akak bawa kat dalam beg?

Aku : Dalam beg akak ni ada telekung. Adik dah makan? Jom kita pergi makan kat khemah.

Budak : Akak dah beli baju raya? Saya dah beli. Warna kuning. Tudung warna kuning, atasnya warna coklat. Bla.. bla.. bla..

waktu mengambil juadah

pemberian duit raya dan cenderahati

sesi bergambar

Sayu hati. Aku terfikir, betapa beruntungnya aku hidup punya mak abah. Bila terasa ingin bercerita itu ini, aku luah saja bila-bila masa tanpa perlu fikir penatkah mak abah, ada masakah mak abah. Bila tiba saja ramadhan, sahur dan berbuka, pasti sahaja ada hidangan di meja, dan mak abah pasti bertanya apa aktiviti harian. Biasanya, sewaktu umur di sekolah rendah, aku tak perlu kisah baju raya warna apa, berapa pasang sebab semuanya pasti akan tersedia. Betapa bertuahnya aku berbanding mereka di situ.

Sampai di khemah, aku renung wajah encik suami. Dia seperti biasa, senyum bila aku melihatnya. Bertuah dan beruntung aku punya teman hidup pula tanpa rasa sedih ketiadaan tempat bergantung. Tiba-tiba aku dirundung rasa menyesal. Kenapa perlu mengeluh dengan penat dan susah yang sedikit sedangkan orang lain yang lebih muda punya perit yang lagi besar?


bersama encik suami
Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah akan membuatkan kita sentiasa merasa senang dengan apa yang terjadi. Mengeluh hanya akan mengeruhkan keadaan dan membuatkan hati tidak tenang. Lihatlah mereka yang lebih susah daripada kita, nescaya kita akan tahu betapa beruntungnya kita di dunia.

p/s: aku tengah menanti mood nak me'review' majlis perkahwinan kami untuk kenang-kenangan. Mungkin lepas raya sebab sekarang mood Ramadhan dan Syawal. =P


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

FarizAtie said...

YA ALLAH seronoknyee..atie teringin nak berbke n berkenal2an dgn anak2 yatim n org2 yg memerlukan..moga impian tercapai 1 hr nnt..:)

NasQ said...

banyak pulak budak tu tanya ek...

Nadia Bohari said...

cepat2.. kita tak sabar nk tgk review wedding akak ni :) hihihihi

jeBateja said...

Wahhhh...bestnya gi majlis2 mcm ni....den lom berpeluang...baru2 ni kena tinggal...adehhh...kojo banyak bonar...

Unknown said...

sentiasa bersukur dengan apa kita ada kan dear :)

Unknown said...

aku tak tgk lagi gmbar kawen ko weh..ahahaa..aku pon berdebor ni..ehehe

Unknown said...

barakallah...subahanallah.dah kawin jugak yer.tgk usia perkahwinan pn baru lagi.TH awal sikit dari izfa


selamat pengantin baru izfa.jeles dpt dk dkat nga suami.huhuh

nadia farahida said...

nadia teringin betul nak join majlis bukak puasa dengan anak2 yatim tapi so far belum pernah. kagum kan dengan dorang. nadia pon terfikir, macam mana la hidup ni kalau mak ayah xde. sumpah xterbayang.

miZz_nizZ said...

sian kn kt anak2 yatim..kdg2 peliklamcm mne kadang2 hrta ank yatim pun org nk curi n amek..xbhti perut lgsg..kita kne byk bsyukur .

beat said...

byk pahala ni

Unknown said...

bnyak pahala buat baik ngan ank yatim ..

zulia said...

bestnye beb dpt berbuka dgn diorg..aku teringin sgt...huhu...

Mila Ahmad said...

sedondon gitu mak dgn hubby.
betul bertuahnya kita bila masih ada ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...