Thursday, August 30, 2012

Syawal 1433 Hijrah


Assalamualaikum semua rakan blogger

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Tak terlewat rasanya mengucapkan selamat kepada semua. Tapi, agak terlewat nak bercerita tentang syawal yang sudah hampir separuh bulan menjengahkan muka. Melawat blog rakan-rakan yang lain, rata-rata sibuk bercerita kisah syawal seawal raya pertama. Oh, gigih sungguh kamu semua. Aku ? Mood ke laut !

Aku mulakan kisah syawal aku kali ini dengan perasaan bercampur baur. Allah sahaja yang tahu betapa sayu sangat-sangat rasa hati bila pertama kali beraya mengikut suami. Bukan tak rela, tapi rasa hiba. 25 tahun aku hidup, belum pernah sekali pun aku dan keluarga mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Manakan tidak, rumah arwah atok dan arwah wan sebelah abah aku hanya berapa langkah di belakang rumah aku, manakala rumah nenek dan arwah atok sebelah mak aku di lorong lain. = . ='

Menangis ! Ye, itu yang aku lakukan di malam raya yang lalu. Oh, sungguh syahdu okay ! Tapi, encik suami yang sangat tak romantik itu, marah-marah pula. Sedih ! Tak apa, encik suami dah pujuk semula bila dia rasa dia faham apa yang aku rasa. Aku call mak aku. Mak aku pula yang menangis dulu. Ini tidak boleh jadi. Meraung-raunglah aku dibuatnya. Huhu. Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Tahun ini, sambutan syawal aku lalui dengan perjalanan yang sangat panjang. Disebabkan aku tak biasa berjalan jauh, makanya kepala aku ting-tong. Seminggu perut aku rasa tak sedap. Nak membuang pun cam tak best. <-- citer apakah ini ? =P

Seawal Jumaat (2 hari sebelum raya), kami sekeluarga (belah suami) pulang ke kampung halaman mak mertua di Johor. Alhamdulillah, jalan raya tak sibuk lagi waktu itu sebab kami gerak selepas solat jumaat. Makanya, gambar raya tahun ni diwarnai dengan muka-muka baru ipar duai yang baik hati.

bersama keluarga mak uda dan keluarga mertua

Tahun ini, keluarga belah encik suami sepakat sedondon ungu. Katanya, sempena warna tema majlis perkahwinan kami tempoh hari. Baju raya ungu aku ni, mak mertua aku yang jahitkan. Terima kasih mak. Cuma yang perempuan terpaksalah mancari baju ungu baru sebabnya aku tak ada baju sedondon dengan adik-beradik encik suami yang dorang guna hari tu. Adoi, nak review majlis perkahwinan pun belum rajin. Hihi.

bersama keluarga mertua
Minta maaf ye abang..

Kemeriahan syawal diteruskan lagi bila raya kedua aku balik semula ke shah alam. Home sweet home ! Kat rumah, mak abah aku perli, "dia kat sana (kampung suami) gelak-gelak macam ni tak ?". Boleh pulak mak abah aku tanya soalan tue kat encik suami bila tengok aku gelak sakan dengan adik-adik aku ! Encik suami pula dengan rasa tak bersalah dan selamba menjawab, "kat sana muka dia sedih je !". Okay, terima kasih abang. =P

Belah keluarga aku, sempat juga kami ikut konvoi abah ke Kuala Selangor masa raya ketiga. Tempat di mana ramai adik-beradik arwah atok belah abah aku. Tapi, adik-beradik yang tinggal cuma tinggal seorang. Muka nenek saudara aku ni sebiji muka arwah atok aku. Dapatlah kiranya aku bagi lakaran muka arwah atok dekat encik suami. 

Di perkarangan rumah nenek saudara di Kuala Selangor. Ni baju raya tahun lepas. Baju raya aku tahun nie tukang jahit tak sempat siapkan ! Sadis !

Raya keempat dah gerak ke Perak pula, beraya di kampung belah abah mertua aku. Oh, sangat memenatkan sebab baju kotor sangatlah banyak, ditambah pula cuaca yang mendung-mendung. Kerana memahami keletihan encik suami yang drive jauh, makanya akulah yang berhempas-pulas menyiapkan pakaian segala untuk dibawa pula ke Perak. Time nie lah aku dah rasa nak demam sangat-sangat !

Kampung di Perak sangatlah cantik ! Aku sangat teruja di sana. Udara, pemandangan semua sangatlah menakjubkan. Subhanallah ! Di sana, selain menziarahi keluarga, aku dibawa keluarga mertua merasa sendiri suasana kampung. Pagi-pagi lagi aku dah bangun mandi air bukit. Pergh, sejuk ! Tapi sangat puas hati. Lepas tue, makan roti canai kat kedai Pak Tam (adik-beradik abah mertua) sebelum kami round pasar. Memang sangat best ! Sempat pula abah bawa kami berjalan-jalan menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Bersama keluarga mertua berlatarbelakangkan air terjun tertinggi di Asia Tenggara

Pose wajib berdua . .

Gambar candid di kawasan sungai

Semoga Syawal anda diulit 1001 kemanisan untuk dikenang di masa hadapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

Unknown said...

hehe bila keluarga mertua jauh..macam tu la..tp tkpe..feel nak balik kg tu ada bila kg jauh2 ni.. :p btw..selamat hari raya!

Unknown said...

baa~ CAK!!

bkn main lg.. beronok-ronok yer..

*nk kawin gak~~~

Pondok Usang said...

Salam Aidilfitri.. indahnya melihat keluarga bahagia.. =)

LadyBird said...

cantiknye baju, sedondon

humble.yat said...

salam izfa..wah beraya dgn suami hehe..bermakna sket kan walaupun berpisah dgn keluarga..
yati pun tak sempat nak update pasal raya lagi huhu...

tp ok jugak ada feel blik kg jauh.mcm yati family mertua 15 minit dr rumah..buat2 ada feel aje la :-P sambil nyanyi lagu balik kg versi 15 minir perjalanan..haha:-)

Unknown said...

kat air terjun ek gmabr bawa2 tu beshnya :)

cik mah said...

cik mah kenal adik ipar tu....hazimah kan..kawan skolah cik mah...eh2 kbtulanlah kan....

Unknown said...

super sweet gmbr berdua2 tu, hehe

Unknown said...

raya TH thn ni huru hara sikit bila ada dua fmly.eheheh.sian suami.mklum raya pertama kami,mak TH masuk hospital.so xmerasa sgt la raya





sweet tgk pengantin baru ni

diary_ciknaa said...

alalala sweet nye.. honeymoon puas2 berdua tau.ada anak nanti, kene kongsi ler.. hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...