Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua rakan blogger

Takbir bergema dari surau berdekatan rumah. Sungguh sayu hati terasa mendengar laungannya. Ditambah pula, suara adik lelaki aku yang mengalun. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberi aku kesempatan untuk terus merasa nikmat hidup di dunia.

Aidiladha untuk pertama kalinya bergelar isteri disambut di rumah mak abah aku yang tercinta. Kami sepakat untuk menggunakan sistem giliran. Aidilfitri lalu, kami beraya di kampung belah encik suami, makanya, Aidiladha di belah aku. Harapnya, sistem giliran kekal sampai bila-bila dan kami sepakat. Amin.

Petang tadi, sebelum maghrib, selepas menyambut encik suami pulang bekerja dengan kek batik yang aku buat (gigih berusaha, akhirnya menjadi juga), aku masuk ke bilik. Tengok hp, ada miss call nombor dari luar negara. Nak menangis pula rasa sebab terlepas panggilan tu. Aku tunggu, kalau-kalau nombor itu memanggil semula.

Alhamdulillah, aku terima semula panggilan dari Australia lebih kurang dalam pukul 6.30 petang waktu Malaysia. Kat sana lebih kurang +2 jam dari masa kita. Kata kawan aku tu lah. Eyma, nama panggilan dia. Aku terlalu rindu dia. Lagi-lagi dia ke sana lepas aku kawin. Raya tempoh hari sempat dia datang ke rumah aku sebelum bertolak. Aku banyak berkongsi cerita dengan dia. Menangis dah selalu sangat lah. Bila diingat semula, aku pun tak tahu macam mana kami boleh rapat. Tapi, itu semua kuasa Allah.

Tulusnya persahabatan, dia nak jugak call aku bertanya khabar dan ucap Selamat Hari Raya Aidiladha serta minta maaf. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi tue lah manusia. Kalau yang baik, kadang terlalu baik, dan yang sebaliknya pun ada.

Apa pun, kepada semua rakan blogger, Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.


Dalam setiap HADIAH kurniaan ALLAH, pasti akan ada HIKMAH tersembunyi di sebaliknya. Hanya kita sebagai hamba-Nya yang selalu kerugian ini sedar atau tidak kewujudan apa yang tersirat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Pondok Usang said...

salam Aidiladha.. =)

Unknown said...

baa~ CAK!!

dh rase dh cane berjauhan gan org yg rapat gan kite... sedih...

pki skype la... roy pn skype gan nenek roy...

Masya said...

salam aidiladha....
seorg sahabat sejati .. bile berjauhan pun dia akan ingat kt kan..

lizaufa said...

salam Aidiladha, walaupun dah lepas tp nak wish gak!

maszull said...

assalamualaikum izfanora....semoga kekal selamanya persahabatan itu yer...:)

nadia farahida said...

salam izfanora! :)
best kannn beraya sebagai seorang isteri. teruja dia lain macam. ;p
walaupon raya haji je, tetap terlebih feel. hewheww.

Unknown said...

salam aidiladha.. harap tak terlambat

Fahimah Mahayuddin said...

Baru jengah blog awak ni. salam kenal =) . Bestkan punya sahabat baik. Samalah sayapun tapi bila dah kawen ni duduk jauh buat kita rindu pada sahabat kita. Tapi apa nak buatkan, masing2 ada tanggungjawab sendiri. yang penting jgn lost contact & keep in touch!

nadia farahida said...

sayanggg, new entry pehlisssssss~ ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...