Wednesday, January 30, 2013

Blogger itu berbeza

Assalamualaikum

Dah lah lama tak update blog, tetiba nak keluarkan isu pasal blogger plak. Ada aku kisah ? Nak kata lama cerita ni tersimpan tak juga, tapi semakin banyak aku blogwalking, semakin ketara pula benda ni di mata aku.

Maksud aku, berbezanya blogger ini melalui penulisan dia biasanya mengikut kriteria jantina. Pergh, ayat aku sangat sastera. Bangga sungguh cikgu BM aku. Kenapa aku cakap based on jantina ? Ni pun kalau korang perasan benda yang sama.

Blogger perempuan

Kebanyakkannya, bukan semua ye, mula menulis di blog sejak belasan tahun atau pun sejak zaman anak dara. Kronologinya bermula dengan cerita :

Kehidupan sehari (review barang kecantikan, pencuci mukalah, cara membuang jerawat jeragatlah, tempat makan paling murah)

|

Percintaan

|

Pertunangan (siap review tiap satu barang hantaran, detail majlis, siapa yang datang, berapa kos, DIY)

|

Persiapan menuju hari bahagia (men'teaser' segala benda yang boleh di'teaser' sebelum majlis perkahwinan)

|

Majlis Perkahwinan (review segalanya kat majlis tu macam aku juga = . =')

|

Kehidupan sehari-hari bersama suami tersayang (kalau tak ada cerita pasal husband dalam entry dia walau sepotong ayat memang tak sah macam aku juga = . =')

|

Mengandung (segala simptom, persiapan menyambut baby)

|

Kelahiran baby (dari sakit kat rumah, sampai ke labor room, sampailah habis pantang, dari menyusu badan sampailah ke solid food)

|

Rumah baru (pindah rumah, kemas rumah, beli rumah, apa-apa pasal rumah, beli perabot kat mana, harga berapa)

|

dan lain-lain yang berkaitan


Blogger lelaki

Kebanyakkannya, dan bukan semua, ramai follower kepada blogger lelaki yang kadangnya tak tahu sama ada dia ni bujang, dah berkahwin atau dah punya cahaya mata. Kenapa ? Sebabnya, cerita yang dorang create kat blog biasanya berbentuk general. Tentang kehidupan seharian. Kalau cerita pasal kawin pun, kadang tetiba dalam satu entry tu menjemput blogger datang ke majlis perkahwinan mereka. 

Lepas seminggu, kalau pun ada gambar perkahwinan yang diupload, kadang gambar dia seorang je yang berpakaian baju pengantin, bertanjak bagai, tapi gambar isteri nan hado. Lepas tu, seperti biasa, cerita general semula sampailah tiba-tiba, "alhamdulillah, saya telah dikurniakan cahaya mata yang pertama, _____(nama baby)____" then, tepek gambar baby sekeping. Lepas tu, cerita general semula. Tidaklah pula ada review segala.

Hahaha. Aku saja je buat enrty ni, sebab ini yang aku perasan bila aku blogwalking. Blog blogger perempuan, memang meriah dengan segala detail. Kalau boleh, setiap perenggan cerita, kena ada gambar untuk bagi pembaca faham. Tapi, kalau blogger lelaki, kadang entry tak lah nak panjang sangat, gambar pun nan hado. Kelakar pun ada juga bila tengok perbezaan ketara ni.

Psst : Ini entry secara rawak, tiada khusus merujuk kepada mana-mana blogger dan tidak berkaitan antara hidup dan mati. Sila maklum.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

19 comments:

jeBateja said...

KAwe jarang letak gambo family sebab blog kawe mmg general...tapi setiap post musti ado gambar....cuma tak suka nak citer pasal family sentiasa sebab takut org busan....cukup sebulan 2 3 kali...ahakz...ahakz....tapi sejak 3 hari lepas kawe citer pasal family....

- AZIE - said...

a'ahkan..betul..blogger perempuan nie suka bercerita kot hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, betul tu. perempuan sgt terperinci. hehehe kan menyenangkan org yang membacanya. tapi lelaki so simple kan. hehehe

Ym.Bundle said...

hahaha..betul la..aku lebih general..walaupon buat entri personal, aku nak biar nampak general jugak..hahaha..

humble.yat said...

hihi betul2..
nak buat macam mana, perempuan ini memangsuka berkongsi cerita...

NasQ said...

huhuhu betul la tu

Fahimah Mahayuddin said...

Setuju. sebab imah pun macam tu..semua benda nak cerita. Tp suka baca blog blogger lelaki sbb apa yg ditulis selalu ikhlas & luhur dari hati..kdg2 mcm xbertapis pun ada! hehe

Unknown said...

betul sangat ni!!!! hihi ;)

cha said...

hahah i setuju la u memang betul pasal blogger perempuan tu and memang tepat kene kat hidung i bahahah

btw ehem apa goodnews tu share la :p

sorry lama tak datang sini u busy :(

Nory Zoulkefle said...

rajinnn Za mengkaji kann??? hahaha

Unknown said...

salam izfanora :)

betul kata2 izfa tu :)

klu kita rajin bw...mcm2 hal boleh kita dpt yg buat minda kita berfikir

Unknown said...

hahaha.. btul lah... pmpuan je yg byk nk cite dlm blog wlupun kdg2 ade cite psl kentut...hahahaha...sadissss

Anonymous said...

Kahkahkah~~~ Tersenyum sorang saya baca entry akak ni... Terasa sendiri pulak... hihihihi~~~ =P

betul la tu... Blog saya sendiri pasal cintan cintun... Blog Kiong tu pulak pasal carita karut marut a.k.a General... Kalau dia mencarut dalam blog saya pun dia tulis hal general jugak... hihihihi~~~

Ketara mentaliti lelaki & pompuan x sama.... =)

Lyaa Suriany said...

setuju habissss
haha

farah jalikha said...

first time datang komen kat sini. selalu tengok akak izfa duk komen2 kat blog orang lain je. hihihi.

btw, cantek akak punya baju sanding!! i like it :D

ayut said...

hihihi...perempuan mmg akan ikut kronologi...lgpon mmg terbiasa dh kot..pempuan suke cerita ==!

haryati said...

ada betulnya jugak...mcm akak blog byk kepada famili... kerjaya tak byk sgt...

::EIDA:: said...

Ida mengaku ida kalau bercerita detail habis... hahahahaa

nadia farahida said...

makkkkkkk, yaya antara yang detail tuu. yaya details bukan ape makk, yaya nak bagi senang mak baca. senang mak pahamm. nanti sentap. kohkohkoh huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...