Saturday, January 5, 2013

Resepsi | Part 2

Assalamualaikum semua rakan blogger



Resepsi | Part 1 aku dah cerita macam-macam, cuma gambar pengantin je tak berapa nak jelas. Aku bukan pengantin yang suka follow trend sangat sebab tak berkemampuan. Aku suka ikut apa yang aku mampu dan aku selesa. Bab baju sanding, aku tak lah nak kisah melampau-lampau. Yang penting aku nampak nice, sopan dan TIDAK KURUS ! Itu paling penting. Hahaha. Bukan senang orang kurus macam aku nak cari fesyen yang sesuai.

Tip untuk B2B
Bukan semua jenis baju sanding yang kau nampak cantik kat badan pengantin lain atau patung akan cantik juga di badan kau. Oleh itu, bersederhana. Pasti cantik !



Just nice and i really like it. Peduli apa orang nak kata, tapi aku sangat-sangat sukakannya. Aku sangat-sangat selesa dan rasa macam betul-betul raja sehari. Bagi aku, semuanya perfect untuk persandingan. Masa aku kawin, belum lagi musim peplum, tapi aku telah menggunakan idea tersebut. Maka, terhasillah 'my peplum wedding dress'. Hahaha. aku yang bagi nama. =P Dan tudung bawal juga tetap pilihan utama aku. NO AWNING !


Dengar bunyi kompang, berjalan menuju kepada encik suami. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Pada pukul 12.30 tengah hari, langit redup sahaja. Maka, layanlah gambar aku dan encik suami sepanjang majlis berlangsung ye.







Bab baling gula-gula ni memang biasa kat majlis perkahwinankan. Bab ni aku tak tahu pun ada. Terima kasih yang tak terhingga buat the only kakak ipar aku yang bertungkus-lumus siapkan dua kotak gula-gula tanpa pengetahuan aku. Tak tahulah, bila masa dia buat benda alah ni. Tapi, benda sangat meriuhkan suasana.




Selesai sudah majlis resepsi aku. Lepas majlis, dalam pukul 5 petang, kami pergi sesi outdoor. Even time tue still ada lagi tetamu. Sesi outdoor, next entry ok.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

16 comments:

::EIDA:: said...

Aah lah za nampak sedikit gemok bila pakai ur peplum wedding dress tu.. hehehhee....

Mila Ahmad said...

Wah iza siap ada ayam golek tu, meriah kau...

Nory Zoulkefle said...

mase nory kawen dulu tgh hot fashion gaun ala2 Putera William & Kate...heheheh...

anywayy, cantekkk baju sanding Za...Nory suka peplum...hehe

ewanthology said...

amboi, siap poster :-)

Wanafzan said...

Nice combination of color laa

GOLD FINGER said...

eh dear..gojesnya baju u..design sendiri ker?

Pykaa Pdott said...

canti sgt. .

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. manisnya awak.. suka tengok, smooth je :)

NasQ said...

cantik baju ko...

boni kacak said...

wah...tema pink.. so sweet..

ameris said...

meriahh sehhh...

Anonymous said...

kak...akak kata tak berkemampuan, tapi majlis akak perfect... Siap ada kek dan meja pengantin lagi...
baju tu pun cantik... Suka tengok majlis akak, walaupun akak kata sederhana, tapi persiapan nampak mewah... =)

humble.yat said...

serius iza..namapk sweet sangat warna baju tue..

tetiba terinagt memori bergamabr kitaorg masakawen dulu..hehe kaku kot ..sambil malu2..;-P

Masya said...

ok jugak pakai peplum untuk weeding... takdalah nampak kurus sgt..

Mimie said...

peplum utk wedding

Unknown said...

nak ckp.. baju nampak nice.. tapi terlalu berat sgt penuh labuci with that selendang.. & sorry to say.. mekap nya pun terlalu birat.. lagi suka mekap time bertandang di pulapol.. look fresh & modern!
anyway..congrats on your wedding.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...