Thursday, June 6, 2013

Peringkat Kehamilan | Trimester Pertama

Assalamualaikum

Alhamdulillah, perut semakin membesar dengan baik dan kandungan sihat. Rasa macam tak percaya bila tengok perut besar tak seperti hari-hari 25 tahun yang dilalui dulu. Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu perasaan ni.

Perkongsian hari ni, sekadar untuk kenangan dan juga mungkin boleh menjadi panduan buat bakal-bakal mama kat luar sana. Ikutkan ilmu aku ni, tak lah banyak mana. Semua yang aku nak kongsi untuk peringkat kehamilan trimester pertama ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. So, sila jangan komen DAH KENAPA AKU TAK RASA MACAM YANG KAU RASA? SEBABNYA kau adalah kau dan aku adalah aku, kita TAK SAMA. SILA TAKE NOTE ! Sila baca dan faham. Hahaha.

Aku dah pernah cerita macam mana aku boleh tahu aku pregnant. Kat SINI. Sepanjang trimester pertama ni, Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Aku boleh dikategorikan mommy to be yang menghadapi morning sickness yang teruk. Bukan setakat morning je, afternoon, evening, night semua cukup pakej. Memang sangat-sangat menguji kesabaran dan juga tahap kestabilan emosi aku. 

Antara gajah gejala yang aku hadapi sepanjang tempoh trimester pertama:


Emosi kurang stabil

Aku rasa bukan kurang stabil lagi dah, tapi tak stabil langsung. Entah kenapa, sikit-sikit cepat sangat nak menangis. Baring, nak tidur, encik suami tak cakap i love you je dah sentap nangis-nangis sampai 2-3 pagi lepas tu pagi-pagi encik suami nak pergi kerja tarik muka masam. Nasib badan pulak dapat suami tak cukup romantik, salam-salam terus blah pergi kerja. Sabar je lah.


Muntah-muntah dan loya sepanjang masa

Tahap muntah yang melampau. Makan apa je semua akan keluar balik. Yang bezanya, banyak atau sikit. Tapi paling jelas, makanan yang aku langsung tak boleh nak telan adalah NASI, makanan berunsurkan COKLAT, IKAN GORENG (rasa hanyir kat tekak) dan AIR KOSONG kat rumah mak aku ni. Pelik sangat. Nasi memang totally tekak aku tolak semua balik sampai aku pregnant 4 bulan. Kau bayangkan aku yang kurus ni bertambah kurus sebab tak dapat makan nasi. Kalah orang berdiet. Makanya, makanan alternatif yang aku makan adalah roti, mee, biskut dan seangkatan dengannya. Air kosong kat rumah mak aku ni rasa payau je bila aku minum. Tapi yang peliknya, bila balik rumah mertua aku, okay je aku bantai minum banyak-banyak.  

So, aku sarankan, bagi mommy to be yang macam aku ni, silalah bersedia duit lebih dari biasa untuk keperluan anda membeli bekalan makanan selain dari nasi. Nampak macam murah je biskut dengan roti, tapi kalau dah terpaksa menjadi makanan ruji selama 3-4 bulan, pastinya kos meningkat sebab kita orang Malaysia, kenyang makan nasi. Bila makan benda lain, susah nak kenyang.


Perut banyak angin

Part ni aku tak tahu nak tolong macam mana sebab bila dah asyik muntah, confirm perut kosong dan senang masuk angin. Memula, solution aku pergi jumpa doktor minta ubat. Doktor bagi ubat besar gaban warna hitam nama dia CHARCOAL. Cer korang gi search kat google, gambar apa yang keluar. ARANG beb, arang. Memang hitam lidah bila makan ubat ni. Makan pula kena dua biji, sampai tersekat-sekat kat kerongkong aku. Pergh! Kalau diingat balik, memang tragis. Aku makan pun sebab kena paksa dengan encik suami bila dia pegang perut aku dan dia dengar ada angin kat perut. 




Waktu tidur yang puftt !

Waktu tidur yang tak menentu. Memang tak terjangka beb. Kadang pagi-pagi aku tengah basuh pinggan kat dapur, boleh pula ngantuk tahap dewa. Mengantuk yang tak boleh ditahan-tahan. Mesti kena masuk bilik dan tidur. WAJIB ! Kalau tak, aku boleh jatuh kat dapur tu semata-mata sebab tertidur. Adakah itu normal atau aku saja yang rasa simptom macam tu, aku tak tahu. Wallahua'lam.

Aku rasa, itu antara tanda yang paling ketara yang terjadi kat aku sepanjang tempoh trimester pertama. Semua orang berbeza simptomnya. Dan paling tak boleh blah bila encik suami aku boleh buat ayat, "ayang, tu semua psikologi je !". Memang menusuk jiwa beb dia cakap macam tu. Sebabnya, dia tak rasa apa yang aku rasa, begitu juga orang lain, tak rasa apa yang aku rasa. 

Bagi mereka-mereka especially mak aku, nenek aku dan mak mertua aku yang mengalami mabuk teruk macam aku, dorang sangat memberi sokongan. Dengan sokongan-sokongan ni lah aku boleh bertahan dan kuat walaupun sebenarnya dah tak kuat nak bangun dari katil dan muntah lagi, dan lagi sampaikan kadang tak sempat nak sampai ke sinki, muntah dah tersembur. Yakss.


Tip untuk mengharungi trimester pertama :

1. Jangan biar perut lapar baru nak cari makanan. Kena paksa diri, jangan manja diri (ayat dah macam kata-kata motivasi masa nak ambil SPM)

2. Trimester pertama adalah tempoh untuk menelan asid folik. Makanya, kena telan juga walaupun dah tak lalu nak telan hari-hari. Sila jangan degil. Ingatlah kandungan anda.

3. Banyakkan makan buah dan sayur. Kenapa? Bila perut kosong, kalau tiba-tiba terasa nak membuang, confirm sembelit beb. So, kalau nak elak sakit sembelit pula membelenggu diri anda, makanlah buah dan sayur. Aku banyak makan buah epal, pir dan juga kurma. Dan aku sangat ELAKKAN dari makan buah jambu batu, nanas dan juga betik. Orang cakap tak elok, so aku elakkan. Tambah juga makan kismis setiap hari.

4. Minum air suam banyak-banyak. Tip aku UNTUK HILANGKAN ANGIN DALAM PERUT adalah dengan minum air halia suam yang dibuat sendiri. Sangat berkesan. Encik suami pun suka minum. Yang tak pregnant pun elok minum untuk buang angin.

Yang lain-lain dah tak berapa nak ingat. Kenalah rajin-rajin search kalau nak tahu lebih banyak maklumat. Next entry, aku nak kongsi apa yang aku lakukan untuk pregnant. Cis, dah macam 18sx pulak. Doakan semuanya baik-baik sahaja.


Ni scan masa baby dah tiga bulan


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

Mek Onie said...

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA,PREGNANTTTTTT :D

Maria Firdz said...

sy pun gtu gak.. cuma sy dan suami sama2 alah.. hehe... moga dapat hadapi dgn tabah dan saabr... :)cuma xde alahan muntah2... angin tu je tak tahu nak kabo gane.. :)

Ym.Bundle said...

haha..nasib badan iz..bini aku tak teruk sangat..seminggu je dia morning sickness..pastu ok..

skg dah bape bulan? apapon takecare..jage kandungan elok2..kalau nak manje2,mintak2 dengan laki, ni la timenye..hahahaha

Fahimah Mahayuddin said...

Huhu...kesiannya awak.trimester yg mencabar. Take care tau!

ameris said...

Insyaallah bila dh masuk trimester ke2 semua akan ok.

Cik Puan Tqah said...

lain org lain pengalaman kan.. gud luck dear

Nory Zoulkefle said...

yeayyyy...tak sabar tunggu baby keluarrr.....

humble.yat said...

izfa..

eh memang sgt sensitif..hehe
hal sikit2 je menangis, ari tu husb yati tlg jemurkan kain, terus rasa frust sbb tak dapat nak jemur kain..nagis n merajuk..padahal small matter je kan..tp lepas tu mmg bnyk ctrol la jugak, sebb suami kata nanti nanti bby kuat nangis mcm umi dia pulak..huhu

Unknown said...

syukur Alhamdulilah sepanjang pregnant ni jijah xde masalah.. syukur..:) setiap org lain cara lain dugaannya kan..

amal said...

congrats dear :) trimester pertama memang sangat2 menguji kan. its paprt of the experience. nanti bila dah bersalin serius akan rindu plak dgn tu sume hehehe.. take care! :)

- AZIE - said...

boleh tahan jgk za punya alahan nie..tp kan org kata kalo masa preggy alah teruk, masa nak bersalin nti mudah je..azie dulu alah xteruk sgt..tp memg xleh bau hanyir ikan tue seme..syampoo pun xleh bau hehehe alhamdulillah senang bersalin, kebetulan sama kot

cha said...

ala kesiannya u takpe ni pengorbanan nak ada baby kan. be strong tau. take care

Pykaa Pdott said...

Wah bakal ibu la nie eh ?? Taniah sis ;)

Anonymous said...

Sama lah kita, cuma bezanya sy tak muntah2 teruk. Btw, congrats

perjalanan pulang said...

salam, hidup ni macam bermusim jugak...ada orang bernasib baik... relax je

boni kacak said...

bakal jadi ibu ye??hehehe. tahniah..

semoga dengan kehadiran bayi comel nanti bakal memberi kebahagiaan hingga ke syurga bagi keluarga awak ye. amin..

Unknown said...

cool pregnant! hehe

Masya said...

teruk jugak awak mabuk, nasib baiklah tak masuk hospital kene masukkan air...

Anonymous said...

hihi baru mai sibuk mencari entry akak pasal pregnant.. thx for the tipsss

lizazul77 said...

Huhuhu.... senasib la kota...BFF masa trimester pertama adalah biskut cream cracker dan wheetgrain.... huuwaaaaa.... mmg tiap ari nanges...

Unknown said...

Sy ni da xtertangung rasany.Mkn n minum wlpn siket kmpom muntah..airliur lgsung xbleh nk telan..botol untk buang airliur usung sana sni,nafas n bau bdan suami pn xboleh..bru 2bln.doakn smga cpt sihat.da 2x msuk wad ni.

Unknown said...

Sy pun truk sgat.bru 2bln tp da lembik.msuk wad 2x da.kuat mkn tp muntah stp kali mkn o minum.airliur da xble telan.btol buang airliur usung sana sni.bau bdan n nafas suami pun jd alahan bg sy.tdo mlm pun jauh2.Mabuknya hai.rasa nk menanges sgat3.kuatknla dri ini.

Cara cepat hamil secara alami said...

Hamil memang selalu sarat dengan pengalaman aneka rupa, setiap bumil pasti punya cerita unik dan berbeda. hehehe :*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...