Tuesday, September 17, 2013

Robohnya kenangan

Menangis tengok ia dirobohkan. Sampai tak sanggup nak tengok. Itu yang aku rasa bila satu-satunya rumah lama arwah wan dengan atok (mak ayah sebelah abah) dirobohkan bermula semalam, 16 September 2013. Aku sampai langsung tak keluar rumah semata untuk mengelak dari melihat apa yang terjadi. 

Dekat rumah lama itulah aku bermanja dengan arwah wan selama 12 tahun sejak lahir. Dekat rumah lama itulah arwah wan menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan mata aku pada suatu pagi di bulan Ramadhan. Dekat rumah itu jugalah tempat aku berlindung mencari secebis kasih sayang yang tersisa bila saja aku dimarah mak abah. Kenangan yang tak mungkin aku lupa. Ingatkan, dapatlah kiranya aku tunjuk rumah lama itu kepada bakal penyambung zuriat kami, tapi nampaknya abah aku pun macam dah tak sanggup biar rumah tu terbiar lama.

Rumah ni kat belakang rumah mak abah aku je. Keluar je rumah lalu pintu belakang, confirm nampak rumah ni. Sekarang, keluar je rumah, terang-benderang je rasa. Betapa aku rasa kehilangan. 




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Mila Ahmad said...

Za ni rumah yang za photoshoot kawin haritu kan.

INNANIE ARIFFIN said...

nak buat baru ke kak?? ada kebaikan kot yang mak ayah akak buat keputusan gtu?

insya-Allah!

::EIDA:: said...

makkk, kenapa kene roboh?? nape tak pelihara jeeee

farah jalikha said...

sisss! bila due? :)

AuraFIza said...

Kenapa dirobohkan? Well, same goes with me. Rumah pusaka Arwah atuk n nenek terpaksa dirobohkan. Sedih sangat!! Mak saya lagi sedih sebab dia membesar kat situ kan :(

Zul fattah said...

memang sedih r.. tmpat kita membesar.. hilang di depan mata.. same goes to me.

Unknown said...

tinggal kenangan...

Unknown said...

memang sedih.. :(

JunAina said...

Sayangnya rumah kayu macam tu susah nak cari sekarang ni tapi itulah nak menjaganya satu hal jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...