Monday, November 4, 2013

Terapi Penyejukan (Cooling Therapy) - Pengalaman Melahirkan Zuriat Sulung II

Assalamualaikum semua. Aku nak sambung cerita pasal Darwish selepas aku bersalinkan dia. Mungkin ini pertama kali korang dengar pasal kes macam ni even anak korang dah 2-3 orang. Aku harap perkongsian ini bawa manfaat kepada semua sebab masa benda ni berlaku kat kami, kami langsung tak ada pengetahuan pasal hal ni.

Macam yang aku bagitahu sebelum ni, Darwish lahir pukul 6.46 pagi, 25 September 2013. Untuk pengetahuan semua, keluar sahaja Darwish dari rahim aku, aku cuma nampak kelibat dia yang dah berwarna biru. Suara tangis pun tak kedengaran. Itu sahaja yang aku nampak. Kelibat, ye kelibat dan bukan seperti perempuan lain yang lepas bersalin, sangat beruntung doktor akan letak baby kat dada masing-masing dan suruh tengok, bau dan mungkin lebih bertuah mencium baby masing-masing. Tapi, bahagian aku, aku tak berpeluang untuk rasa suasana tu dan rasa terkilan itu akan aku rasa sampai bila-bila.

Waktu itu, aku dah separuh sedar, sangat kepenatan, menunggu masa untuk keluarkan uri dan juga menerima jahitan. Waktu tunggu doktor nak buat semua tu agak panjang sebab seingat aku, suasana sangat kelam-kabut kat bilik bersalin. Aku nampak encik suami ke hulu ke hilir ke katil aku dan juga ke tempat Darwish diletakkan. Muka dia risau, aku tanya, dia hanya pandang aku dan cakap, "apa-apa pun jadi, abang nak ayang kuat". Sebak sangat.

Bila siap je proses keluarkan uri dan menjahit luka bersalin, cepat-cepat nurse siapkan aku untuk ditolak ke katil. Aku langsung tak ada peluang untuk tengok Darwish. Aku tertanya-tanya apa yang terjadi kat Darwish, tapi kudrat aku sangat lemah untuk buat apa-apa waktu tu. Sampai kat katil, berapa minit lepas tu encik suami datang. Dia cakap kena bawa Darwish ke hospital lain. Sebabnya Darwish tak bernafas dan tak menangis. Ramai yang cakap, keadaan ni kira macam baby lemas, tapi mungkin bagi kami keadaan tu jadi atas sebab yang akan aku ceritakan kelak. Allahu akbar. Doktor suruh encik suami buat keputusan sama ada nak hantar hospital swasta atau kerajaan dan hospital mana yang dipilih. Waktu ni, aku hanya serahkan semua kat dia.

Lepas encik suami bincang dengan doktor, encik suami datang balik ke katil aku dan cakap nak pergi hospital HUKM, ambulans dah datang dan dia akan ikut sama. Lepas je encik suami pergi, nurse datang bawa makanan dan cakap kat aku suruh rehat dan tidur. Kalau korang kat tempat aku, boleh ke korang tidur?

Dipendekkan cerita, aku hanya dapat tengok muka Darwish untuk hari pertama tu bila encik suami whatsapp gambar Darwish kat aku. Whatsapp je, dah bukan tengok depan-depan. Itu pun bila aku dah nangis sorang-sorang kat hospital sebab nak tau muka anak aku. Aku rasa ralat sangat sebab aku langsung tak ada peluang tatap wajah anak aku pada hari dia dilahirkan, atleast untuk kurangkan sakit bersalin yang aku rasa. Tiada satu ubat pun yang mampu hilangkan sakit aku untuk hari tu. Apa yang korang rasa bila hari pertama tengok anak korang lahir kat dunia lepas mengandung 40 minggu dengan keadaan macam ni? Hanya Allah yang tahu perasaan aku duduk sorang-sorang kat katil sambil tatap muka anak aku dekat hp dan bukan depan mata. Macam mana perasaan suami aku kat HUKM berdepan situasi ni. Perasaan tu sampai hari ni aku ingat dan akan ingat sampai bila-bila.


Darwish ditempatkan kat NICU HUKM. Dia diletakkan di ruang yang memerlukan intensive care selama 24 jam. Rawatan permulaan yang diterima oleh Darwish adalah Terapi Penyejukan (TP). Terapi ini perlu dilalui oleh Darwish selama tempoh 72 jam dan yang paling membuatkan hati aku luluh bila diberitahu yang Darwish tak boleh minum susu aku selama tempoh tu. Allah je yang tahu perasaan aku waktu tu. Semua perempuan yang melahirkan zuriat mesti akan ada satu perasaan nak sangat menyusukan anak dorang dengan susu dorang sendiri pada hari pertama anak itu lahir. Tapi, aku langsung tak berpeluang melihat, menyentuh, mencium apatah lagi menyusukan. Allahu akbar.

Aku share serba sedikit pasal TP ni. Untuk kes TP bagi baby ni, prof kat situ tengah buat kajian. Dalam tempoh beberapa tahun ni, untuk kes TP bagi baby (PPUM dan HUKM sahaja), termasuk Darwish baru ada 70+ kes, sedangkan dorang nak kumpul 200 kes. Kes baby yang perlu di TP tak banyak even baby lemas, jarang dorang decide untuk TP. TP ni satu terapi yang mana ada lapik khas berisi cecair sejuk (cecair warna kuning kat bawah badan Darwish) diletakkan di anggota badan terutamanya kepala bagi mengelakkan kerosakan sel di bahagian otak. Dalam tempoh 72 jam yang perlu Darwish lalui, terapi ni perlu berjalan tanpa henti. Darwish dalam keadaan tiada seurat benang di badannya untuk menahan kesejukkan. Allah sahaja yang mampu menjaga dia waktu ni.

Sepanjang TP dijalankan, ada 'makanan' khas yang disalurkan kepada Darwish melalui tiub di tangan atau kaki (tiub ditukar-tukar tempat kerana bengkak). Bukannya menggantikan susu, tapi mungkin mengelakkan kekurangan zat di badannya sepanjang tempoh terapi kerana Darwish tak boleh menyusu. Perkembangannya diselia melalui wayar-wayar khas yang disambung ke monitor. Wayar utama ada 3 iaitu di kepala untuk tahu perkembangan otak sama ada Darwish terkena sawan atau tidak, di dada untuk tahu pergerakkan jantung sama ada normal atau sebaliknya dan juga di kaki atau tangan (lampu merah) untuk tahu tahap oksigen atau pernafasan Darwish. Tiub khas di mulut Darwish adalah untuk mengeluarkan cecair yang Darwish tertelan sepanjang tempoh bersalin.

Kenapa Darwish perlu melalui TP?

Sebab utamanya Darwish hanya bernafas 10 minit selepas dilahirkan, setelah diberi 3 kali bantuan oksigen pada minit pertama, kelima dan kesepuluh. Ini bermakna, oksigen lambat sampai ke otak. Setelah beberapa minit bernafas, Darwish masih tak menangis. Apabila Darwish tak menangis, saat itulah doktor buat keputusan untuk pindahkan Darwish ke HUKM. Kuasa Allah, encik suami cakap Darwish menangis semasa berada di dalam ambulans. Alhamdulillah.

72 jam bila ditukar kepada hari adalah 3 hari. Penantian 3 hari bagi kami seperti 3 tahun untuk melihat Darwish bebas dari terapi yang perlu dia lalui. Suhu TP ditingkatkan secara berperingkat sepanjang tempoh 72 jam tu sampailah ke suhu normal badan manusia. Rabu, Khamis dan Jumaat, namun hanya hari Sabtu Darwish lepas dari TP sepenuhnya tapi masih perlu rawatan rapi 24 jam.

Hari Rabu Darwish dibawa ke HUKM, aku masih di hospital aku bersalin sementara menunggu discharge pada esoknya. Malam itu, encik suami datang menemani selepas selesai urusan di HUKM. Matanya merah, tapi tetap senyum kat aku cuba sembunyikan perasaan sebenar.

Pukul 12 tengahari, hari Khamis, selesai semua urusan, aku discharge. Sangat tak sabar untuk ke HUKM petang itu bertemu Darwish pertama kali. Sebelum ke HUKM, aku balik dulu ke rumah, selesaikan apa yang patut. Memang aku belum mula berpantang waktu ni. Tanpa bengkung segala. Sakit tu langsung tak terasa sebab perasaan terlalu ingin jumpa Darwish. Ke Kuala Lumpur dulu, ambil abah mertua aku dan terus ke HUKM.

Sampai kat sana, masuk je kat NICU tu, aku terus ke tempat Darwish. Allahu akbar, luluh sangat hati aku. Menangis-nangis aku kat situ, hampir rebah. Kuatkan juga hati, cuba senyum bila Darwish buka mata. Walaupun aku tahu Darwish belum nampak, tapi saat matanya memandang ke arah aku, aku dapat rasa Darwish cakap, "mama, bawa Darwish balik. Sejuk...". Menggigil-gigil anak aku menahan sejuk. Kaki, tangan, bibir menggeletar. Tak sampai hati nak tengok. Aku pegang tangan Darwish, dia genggam dengan kuat sangat. Aku cuba bagi haba panas, tapi setakat manalah haba kat tangan tu dapat kurangkan sejuk yang perlu dia tahan. Terasa masa sangat lambat berlalu bila tengok keadaan dia macam tu.


Kebetulan, doktor ada kat situ time aku ada. Macam-macam yang ditanya, dan antara maklumat penting yang doktor bagitahu, berdasarkan pantauan, masa hari pertama Darwish masuk tu, Darwish kena sawan! Gerakan dia sangat agresif. Rawatan TP ni untuk membaik pulih atau menjaga kerosakan yang terjadi di bahagian otak. Doktor juga bagitahu, ada sedikit pendarahan di bahagian kepala Darwish. Secara kasar, keputusan normal atau abnormal kecederaan di kepala Darwish hanya akan diketahui setelah MRI scan dibuat selepas TP selesai sepenuhnya. Kesan lain, hanya boleh dilihat dalam tempoh jangka masa panjang, bermakna sepanjang pembesaran Darwish. Ukur lilit kepala perlu dipantau sepanjang TP untuk mengelak sel di kepala membengkak. Kami hanya mampu berdoa dan serahkan semuanya di tangan-Nya.


Hari ketiga (Jumaat), aku tak pergi tengok Darwish. Cuma encik suami sahaja yang pergi. Aku kena berpantang sebab malam sebelum tu, balik dari HUKM, aku dah sakit perut yang teramat. Orang kata nak kena rengat. Aku pun tak pasti. Ditambah pula, aku kena kuatkan badan sebab habis TP aku kena duduk sekali dengan Darwish kat NICU untuk cuba bagi susu badan secara direct.

Hari keempat (Sabtu), aku pergi semula ke HUKM sebab ingatkan dah boleh bagi susu badan kat Darwish. Malangnya, disebabkan wayar di kepala dan tiub di mulut masih belum boleh ditanggalkan, aku hanya disuruh untuk pam susu untuk stok Darwish sehinggalah pihak hospital akan bagitahu kat aku bila aku boleh bagi susu badan secara direct. Pertama kali dalam hidup aku untuk bagi susu kat anak aku sendiri, tapi bukan secara direct adalah agak canggung. Aku duduk kat sebelah Darwish, tengok muka dia sambil pam susu. Alhamdulillah, rezeki Darwish, ada susu buat dia. Malam itu juga, kami jumpa blogger Eida untuk ambil air zamzam, rawatan alternatif lain untuk Darwish. Terima kasih Eida.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

ilyamel said...

sebaknya baca..darwish mmg kuat semangat..mcm mak dia..semoga darwish terus membesar dgn sihat dan jadi hero mak n ayah nya..amin.. :')

Fahimah Mahayuddin said...

Ya Allah..besarnya dugaan awak & suami. Saya doakan darwish cepat sihat. Apapun, Darwish sgt comel & tembam!

Nory Zoulkefle said...

sebakk nory baca..
alhamdulillah Darwish dah sihat sekarang..
tunggu bulan 3 nnt kawan darwish kuar ek..

rinduu nak jumpa Darwish, nnt lepas pantang bawak darwish jumpa mama nory,mama ida, mummy yaya n mummy mila ek...nak gomol2 dia...

Rosmawani♥ said...

InsyaaalllH kak, darwish kuat.. Mmg luluh hati sgt anak msuk icu.. Ros dulu humaira doc kacau drah kt pusat n duk tmpt kritikalgak.. Ros pun sama jgakmcm kak, xsmpat myusu..4hari humaira posa.. Mlm hari ke-4 bru dpt bf... Kita kna kuat ye kak... Salam peluk cygdr ros :)

Maria Firdz said...

runtun hati seorg ibu baca coretan ni.. sesungguhnya akk mmg insan terpilih lalui dugaan sebesar ni.. tahniah kak... moga darwish cepat membesar dgn sihat selepas ni.. moga dia dalam pemeliharaan Allah sentiasa.. :)

~ NANA ~ said...

sedih pulak baca :(

insyaAllah u & darwish dua2 kuat!

humble.yat said...

ieza..sedih membaca luahan hati ieza...setipa org ada ujiannya..maka bersabarlah, yati pasti ada hikmahnya..ingat nanti nak emel ieza klu free..huhu..tak terluah kat sini..T.T

NasQ said...

baby dah sihat ke?

Cik Puan Tqah said...

hope darwisy cepat sembuh.,.aminnn.. sbr eh..tqah pon ade pengalaman sendiri gak pasal rayyan..huhu

mrs kayrul said...

sedih sangat bila baca nie....baby darwish anak yang kuat...harap semua dipermudahkan...

Unknown said...

tabah wahai sahabat..dugaan yg di hadapi utk rujukan kita di masa hadapan..

penyisir rambut said...

Allah3x....semoga Darwish berada dalam lindungan Allah swt...sebak saya baca....saya pon tengah preggy 1st baby....semoga selamat semua nya...

Unknown said...

sedihnya baca, kisah bersalin saya pun sama dengan awk, baby masuk nicu..memang sebagai ibu, first timer plak tu..hancur luluh hati tgok wayar berselirat, jarum dikaki dan tangan baby, dengan baby terdedah tanpa pakaian..sedih bila ingat, memang takleh lupa..
http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

Masya said...

sebak baca entry.. ya allah moga iza kuat yer.. hadapi semua ni.. klu sy pun x blh tdo dapat tahu anak yg dilahirkan jadi mcm ni...

BitsBest said...

allahuakbar dear....

BB memahami perasaan awk..
baby BB dulu pon seminggu dekat NICU..

smoga awk terus tabah menghadapi dugaan allah.
insyallah berkat doa dr semua org, darwish akan pulih.
BB doakan smoga semuanya selamat.

awk pon kena kuat tau..
sebak BB baca kisah awk.teringat time BB dulu2..kita kena kuat, baby pon akan kuat jugak..

take care dear..

lizaufa said...

ya allah ya tuhan ku, sebak dada membaca. untuk pengetahuan awak.

saya hampir mengalami situasi yg sama.

saya bersalin czer. selepas anak saya keluar dari perut saya, tak dgr suara pun.

keadaan jadi kelam kabut.
saya nak je tanya tapi smua dah kebas. mulut pon dah kelu.

tapi saya nampak doktor, nurse bawak anak saya ke dlm sebuah bilik.

tak tahu apa diowang buat. beberapa minit suara anak saya kedengaran.

dan keadaan dlm bilik bedah kembali normal.

alhamdulillah. saya paham perasaan awak.

tiramisu said...

ieza, sedihnye bace... ='( Darwish anak yg kuat kan, syg?.moge Darwish sihat2 je, membesar dengan sempurna, aamiin...

- AZIE - said...

allahuakbar za...sayunya baca..kuatkan hati ye dgn dugaan ni. harap darwish kembali sihat mcm anak2 kecil lain..

dhiera zainudin said...

Allahu akhbar..
Kuat ye baby darwish ni. mommy dia pun kuat.
tak sabar nk tahu lanjut cerita darwish ni~
apa jadi lepas amek rawatan alternatif dgn air zamzam?

By adda aziz said...

Moga dipermudahkan segalanya.In Shaa Allah :') Moga Darwish sihat dan cergas macam baby2 lain. Ameen

Tea Dno said...

alahai,sedih baca kisah kak ieza dan baby.....even yang kita lalui dengan baby masa tu tak seberapa...tapi memang menitik airmata tengok baby kena buat macam2, cucuk sana sini... :'(

Kira Sakura said...

Allahuakbar memangis saya baca pengalaman awak. semoga awak suami isteri terus kuat. jugak si kecil. semoga darwish membesar dengan sihat dan soleh amin

imelda said...

Hi.... sekarang apa kabar anak puan? Teringin nak tahu....jika tidak keberatan... terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...