Wednesday, January 29, 2014

Kejutan Hari Lahir Suami di Flora Kafe


Assalamualaikum. Straight to the point. Macam biasa bila je tiba hari-hari istimewa ni mulalah garu kepala nak fikir idea apa yang paling bernas dan best untuk sambut. Aku pun tak terkecuali.

Untung jadi encik suami ni. Sana sini orang nak sambut birthday dia. Dah macam budak kecik rupanya. Hahaha. Tarikh lahir encik suami 10 Januari. Dan kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. Mula-mula aku ingat nak sambutlah malam tu macam romantik-romantik, tapi bila fikir balik selalunya Jumaat malam kami balik rumah mertua, maka cancel. Fikir lagi dan lagi aku pun bincanglah dengan Eida nak celebrate ramai-ramai kat Flora Kafe alang-alang tu boleh jumpa geng lama ni. Rindu plak. Tapi, delay ke tarikh lain, alang-alang celebrate sekali birthday daddy to be, Syafiq a.k.a husband Yaya, 15 Januari.

Maka, 19 Januari, bertempat di Flora Kafe, bertemulah kami dengan tema putih. Macam warna kereta kami semua. Okay, tak ada kena-mengena. Hihi. Tapi, tak semua yang ada. Zul a.k.a husband Nory kerja (Tasya adik Nory ada temankan Nory), Eida dan Andy balik kampung. Yaya pun bawa sekali adik dia, Kakjie. Sebelum ni, kami pernah lunch secara buffet kat sini masa sambut birthday Yaya (entri SINI). Mila dengan Mcdee ada juga.

Flora Kafe menyediakan dekorasi yang sangat cantik. Nampak sangat mewah dan eksklusif, tapi jangan risau, harga sangat mampu milik. Pulak tu, makanan dia sangat sedap. Kau order, tak tunggu lama, order sampai. Begitu terbaik servis dia bagi.

Disarankan, kalau nak sambut majlis-majlis macam ni, call dulu pihak Flora Kafe untuk buat reservation. Kang tetiba kau datang ramai-ramai lepas tu tak ada tempat duduk, dah kau nak duduk kat lantai? Harap maklum, tempat ni macam pisang goreng panas.

Disebabkan lapar, tak banyak gambar yang aku snap. Sedihkan blogger cam aku ni tak berapa nak gigih nak snap gambar sana-sini. Aku masih lagi diselubungi perasaan malu. Ayat aku ni sangat sarkastik. Puih..

Aku dengan encik suami order set nasi lauk ikan keli goreng berempah cili merah, spaghetti bolognese chicken, sotong kangkung dan air bandung cincau. Sedap sangat, pinggan aku licin. Kegemaran encik suami bila makan kat sini adalah sotong kangkung. Licin dia bantai sorang.

Habis je makan, masing-masing layan hp. Masing-masinglah post gambar kat fb kat instagram. Sunyi kejap meja. Lepas tu, ~~happy birthday to you....~~ comel je bila staff Flora Kafe datang bawa kek sambil nyanyi lagu birthday. Riuh balik meja tu masing-masing ngadap kek pula. Kau bagi je lah apa pun, selagi boleh telan, masing-masing telan.


Konon-konon nak balik dah, check bil rupanya pisang sira Mila dengan aiskrim Nory tak sampai lagi. Duduk balik, sambung makan. Boleh pulak camtu. Korang tak boleh, geng kitaorang boleh je. Hahaha.

Siapa-siapa yang nak buat majlis kat sini, sangatlah recommended. Boleh contact dekat Facebook Flora Kafe AmpWalk atau alamat:
 
Flora Cafe
Lot G.08B-1 Ground Floor The Ampwalk, Ampang.
03-21618010 / 03-2858 6090

dan untuk memudahkan korang kalau nak celebrate apa-apa event dekat sini, better korang call Mell di 017-3024112.



Biasanya, siapa yang sambut birthday ni, dialah yang dapat hadiahkan. Tapi, Darwish ni selagi masih bawah setahun, banyak je hadiah dia dapat. Majlis birthday ayah dia, dia yang dapat hadiah. Untunglah. Thank you auntie Yaya bagi beg lembu comel dan auntie Mila untuk kasut pertama Darwish tu. Korang macam terdengar-dengar je kan kami suami isteri nak beli beg dengan kasut untuk Darwish.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

5 comments:

Masya said...

Selamat hr lahir buat suami iza, moga dipnjgkan umur ... Dan baik2 shj....

Untung darwish .. Dia pun dpt hadih hihihihi

Mila Ahmad said...

Nanti Darwish pakai tau kasut dan beg tu mesti cumel huhuhu...

Nory Zoulkefle said...

eh haah lah nory tak buat lagi entry flora kafe ni...lupaa ...huhu...

org lain punya besday, org lain yg dapat hadiah...untung jadik darwish ni..hehehe

Unknown said...

comel oit kasut darwish..

cik violet said...

Salam. Akk. nak alamat rumah. balas di blog ea. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...