Tuesday, June 17, 2014

Hippopo Baby Spa & Wellness Malaysia

Assalamualaikum. Cerita semalam. Few of my friends tanya dekat facebook dan instagram, kat mana bawa Darwish berenang. Maaf tak dan balas semalam sebab melayan Darwish dan akhirnya tertidur, gaya dah macam aku yang penat berenang. I feel you baby. Hahaha.

Korang yang nak bawa baby pergi ‘kenal air‘, Hippopo Baby Spa & Wellness ni sangat-sangat sesuai. Sebabnya, air mandi dalam tab tu tak sejuk macam dalam pool, tak ada klorin dan bersih, ahli fisio yang sangat ceria dan berkelulusan, so tak payah risau baby lemas ke pe, kau boleh tangkap gambar banyak-banyak. Gitu.


Sekarang ada promosi opening cawangan ketiga dorang kat Puchong. Aku dengan encik suami bawa Darwish kat sini. Tapi, kena ingat! Promo ini avail untuk weekday sahaja dan HINGGA HUJUNG JUN NI SAHAJA! So, siapa-siapa yang nak bawa baby masing-masing tu, bolehlah book sekarang. Kena call dan book, jangan walk in. Kang sia-sia kau menapak jauh-jauh, tapi tak ada slot untuk kau. Harga promosi hanyalah RM66 sahaja. 


Macam aku bagitau tadi, aku pergi cawangan dorang yang ketiga, dekat Setia Walk Mall, Puchong. Berdepan dengan Tesco Extra, dalam Taman Wawasan. Ikut signboard Taman Wawasan tu, jumpalah. Dalam mall, Hippopo Baby Spa & Wellness ni kat grand floor. Tak jumpa? Korang call je. Staff dorang baik je jawab. Aku ni berkali-kali call tanya. = , =‘ Lagi dua cawangan dorang ada kat Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya dan juga Great Eastern Mall, Kuala Lumpur. 

Masa aku sampai, memang tak ada parents lain bawa baby. So, seronok sangat. Sampai tu, kena isi borang segala dan buat bayaran terus. Dah settle, bolehlah berenang. Tak menyabo sangat kau nak berenangkan.


Mula-mula, bagi Darwish cool dulu. Bagi kenal environment. Kang terkejut melalak, dah rugi duit kau. Sebab, once baby melalak dan kau tak dapat nak coolkan baby, kau rasa nak ke dia berenang dengan happy? Ketenangan itu penting beb. Hahaha. Alhamdulillah, Darwish sangat enjoy aktiviti dia. Lagipun sis Fuza yang layan Darwish ni sangat-sangat friendly. So, highly recommended dia ni. Langsung tak kekok layan Darwish. Kena kencing pun senyum je. Sorry auntie, Darwish tak tahan nak kencing. Hahaha.


Dah settle bermesra-mesra, barulah buka baju segala dan tukar lampin untuk berenang. Waterproof lampin ni. Kalau baby kencing berak, taklah bersepah najis kat tab tu. Tab pun ikut umur baby. Bukan suka-suka nak masuk. Ada 4 jenis tab. Tapi aku ada 3 gambar je sebab masa ambil gambar, kat tempat tab keempat diguna untuk sesi interview mencari staff baru. Siapa yang ada kelayakan bolehlah memohon ye.


Tab pertama ni, untuk baby under 6 months tak silap aku. Baby boleh masuk dalam ni dari umur 2 bulan. Baby memang ada skill berenang sejak dalam perut, tinggal nak ingatkan balik je. 


Tab kedua ni untuk 6 bulan dan ke atas. Muat untuk 3 orang dalam satu-satu masa. Jangan risau pasal bakteria segala, sebab tab ini memang ada fungsi khas untuk menyah segala bakteria. 


Tapi, kalau kau rasa mampu dan kedekut nak berkongsi tab, silalah ke tab yang ketiga. Tab ni dalam ruang dia sendiri, tertutup dengan langsir, lebih privasi. Hanya tambah lagi RM30, maka privasi milik anda. Gitu.

Dan tab keempat yang aku tak dan nak snap gambar tu, ruang privasi juga. Tapi khas untuk baby yang ada masalah macam kulit sensitif dan seangkatan dengannya. Yang mana, tak sesuai mandi bercampur. Gitulah.



20 minit, Darwish berenang guna round float neck, lepas tu lagi 10 minit tukar kepada pelampung yang duduk, since Darwish dah boleh duduk. 


Lepas berendam 30 minit dalam tab, part berurut pula. Dorang guna minyak khas. Time ni, korang tanyalah apa-apa ye. Encik suami siap tanya harga tab berapa. Hihi. Macam Darwish, aku pilih diurut guna minyak khas, so extra RM5. Masa berurut ni, tak adalah skema sangat. Darwish still boleh main-main. Tv pun ada pasang cerita kartun, mak ayah pun suka. Haha. 


Selesai semua, sis Fuza terangkan pasal pakej yang ada. Berminat? Just bagitahu dorang. Okay, kalau ada soalan apa-apa, bolehlah tanya aku kalau aku tahu aku jawab. Tapi, tanya dorang lagi elok. Confirm semua soalan dorang boleh jawab. Tak rugi bawa baby ke sini tau. Sangat menyeronokkan. Baby pun sangat enjoy, insyaAllah. Kalau tak salah pendengaran aku, cawangan hippopo ni akan dibuka di Penang dan Johor. So orang Penang dan Johor, nantikan kedatangan hippopo di tempat anda.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

20 comments:

Ismi Ana said...

Baby pun ade kolam mandi centu..wahh..enjoy gitu. ^_^

- AZIE - said...

nak buka dkt penang?? xsbr!!

- AZIE - said...

nak buka dkt penang?? xsbr!!

- AZIE - said...

nak buka dkt penang?? xsbr!!

Unknown said...

bestnyeee
bila nak buat kat ipoh plak ni..hehehe

ur baby sama sgt muka daddy die

Mila Ahmad said...

alolo baru nampak gambar-gambar darwish.oke mama mila yakin darwish suka berenang-renang kan, cumel sgt !!!

Sheila Salim said...

assalamualaikum iza. bestnya. nak renang sekali dgn baby boleh? huhiii syoknya tgok baby berenang....

::EIDA:: said...

howakkkk! bestt gileee.. nampak seronok muka darwishhh tu.. gedik kemainn hkhikhik... suka lewtew dapat renang renang.. hehehe

Anonymous said...

haaaaa..bestnya baby berenang... :D excited je darwish kan...

Unknown said...

ak bru plan nk g hjung bln ni kt pj...tp blm book lgi...ble tau da bukak kt puchong n ad promotion,tukar plan la..hehe..thanks ye for information pn.iza.

Unknown said...

ak n husband br plan nk g kt pj hjung bln ni..disebabkan ad promotion kt puchong kami tukar plan la..thanks for ur information pn.iza...

(●*∩_∩*●) said...

Bestnye nak bkk kat JB..
xsabar nk test kat baby jugak :)

Nory Zoulkefle said...

Hamboiii kemain lg darwish berenang2....tk sabar nk bawak iqy plak...yeayyy!!! Eh dh knapa aku plak yg excited...haha

puan.mila said...

enjoynya darwish!! kalau la daku dkt ku terjah jua..hihi

cik mah said...

bestnyer darwish dah pergi..cik mah nk bw azwa juga..tp tunggu besar sikitlah...snng sikit..

Masya said...

mmg teruja muka darwish dapat berenang .. ada pelampung ddk yer... sy ingatkan yg kepala tu jer... bgslah mcm tu .. mcm² skrg ni ..

NasQ said...

macam menaraik... sekarang jugak carik...

safurara said...

baik je darwish.princess dh xleh.sbb dh besar sgt.kalau org pegang kang melalak.hahaha

mrs kayrul said...

alahai seronok betul darwish dapat berenang ye....tengok suasana pun nampak selesa

Edda said...

bestnya.....
untung darwish yeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...