Wednesday, July 15, 2015

Epic Fit Meals Co | untuk yang Berdiet



Assalamualaikum semua. Macam mana puasa anda? Rasa macam sekejap sangat puasa tahun ni. Macam tak terasa sangat dah nak habis Ramadhan. Macam, eh tadi sahur, ni dah buka eh kejap lagi sahur lagi eh buka lagi, sampailah kau tak tahu hari ni nak masak apa. Kan? Macam aku lah tu, alasan nak encik suami yang masak. = . ='


Tapi takpe. Kali ni aku cadangkan korang berbuka kat Epic Fit Meals Co ni. Terbaik ! Sedap pun sedap, berpatutan pun ye juga. Encik suami suka sangat sebab beliau kan suka sangat perkataan diet tu. Kenapa Epic Fit Meals Co ni sesuai untuk korang yang berdiet? Sebab setiap hidangan dorang, siap ada tulis berapa kalori bla bla bla tu semua. Bolehlah korang tahu berapa banyak kalori yang korang ambil untuk setiap hidangan yang korang order. Gitu diet katanya.

Cakap banyak pun guna. Meh aku belanja gambar makanan sihat yang ada kat Epic Fit Meals Co ni untuk korang cuba. Kita mulakan dengan pizza. Pizza bukan sebarang pizza. Pizza yang sangat menyihatkan sebab menggunakan bread crumb. Sedap hoi. Memang sedap.


Tricolor Margarita (380 kcal) RM17.80
Epic's Italian flag pizza with red (tomatoes), white (mozarella) and green (basil). It's a vegetarian delight.


Shrimpy Affair (489 kcal) RM19.80
A delicious taste of the sea combining flavours of fresh prawns, real mozarella cheese, cherry tomatoes and English parsley


Sam's Hawaiian Luau (509 kcal) RM19.80
A luau (feast) of real mozarella cheese and spiced lean chicken strips, onions and pineapple.


Pizza Epic Pesta RAYA Special *new
Nasi Lemak Pizza (591 kcal) RM19.80
Our original and special tribute to the nasi lemak and it includes spiced lean chicken strips, eggs, peanuts, achovies, cucumber, eal mozarella cheese and of course our fire S.O.S


Pizza Epic Pesta RAYA Special *new
3A : Apple, Ayam and Api (545 kcal) RM 19.80
Fiery Pizza with minced chicken, real mozarella cheese, onions and caramelised apple.


OZ'Beef Delight (567 kcal) RM19.80
Delightful combination of pulled Australian beef, pineapple, onions, tomato and sesame seed.

Okay. Kenyang tak tengok gambar pizza? Hahaha. Tak cukup lagi tu. Ada lagi. Jom tengok apa lagi menu yang Epic Fit Meals Co sediakan untuk kami. Tadi dah bantai pizza, sekarang kita bantai ayam pula ye. Nama dia Epic Chicken.

Epic Chicken ni ada dua jenis. Epic Grilled Chicken (249 kcal) dan Epic Fried Chicken Schnitzel. Dorang juga sediakan sos sendiri. Ada tujuh jenis sos semuanya untuk korang pilih iaitu Eziki (70 kcal), OZ's Babie-Q (91 kcal), Bonza Peppa (96 kcal), Apple Salsa (25 kcal), Country Gravy (52 kcal), Curry Grande (241 kcal) and Fire S.O.S (61 kcal)





Agak-agak dah kenyang belum? Sabar, sabar, belum cukup kenyang lagi. Hahaha. Epic Fit Meals Co ada juga sediakan sides dish. Meh terjah sides dish dorang pula.


Irish Colcannon (122 kcal)
Ini favourite Darwish. Dia makan sorang je benda ni. Yang lain tengok je. Nak minta kesian pula budak kecil. Hahaha.


Aglio E Olio (297 kcal)


Crunchy/Fire Chookies (233 kcal) dan Mashed Sweet Potatoes (271 kcal)


Cilantro Lime Rice (217 kcal), Brownie Oat Rice (176 kcal) dan Epic's Cauli-Rice (134 kcal)


Spiced Baked Wedges (132 kcal)


Garden Salad (91 kcal)


Frugertii (98 kcal) *new

Epic Fit Meals Co juga ada sediakan wrapper untuk yang suka. Ada 7 jenis semuanya. Boleh pilih mana suka. Ini antaranya yang dihidangkan.


Hercules (333 kcal) dan Good Ol' Breakkie (415 kcal)

Bila dah kenyang makan, mesti tekak haus kan. Tapi, tapi, tapi, kat sini TIADA teh O ais, teh tarik segala. Haruslah minuman berkhasiat sahaja. Kat sini mereka hanya beri juices dan juga air kosong. Semuanya sendirian berhad dan sedap. Ada 4 jenis juices iaitu Red Apple Honey Smoothie (79 kcal), Coolie Beauty (41 kcal), Classic Trifecta (78 kcal) dan juga Agua Mello Smoothie (61 kcal) yang merupakan Epic Pesta Raya Special.


Macam mana? Tergugat iman tak tengok makanan kat Epic Fit ni? Kalau tergugat, sila terjah. Masih sempat kalau nak pergi cuba untuk berbuka puasa hari ni. Selain daripada makan di sana, Epic Fit juga lebih fokus kepada delivery service. Memang ramai yang order untuk delivery. Kawasan yang mereka cover hanyalah Kota Damansara dan Tropicana sahaja.


Ada beberapa penambahbaikan yang mungkin boleh pihak Epic Fit ambil kira. Bagi aku yang ada anak kecil, mungkin boleh sediakan baby chair. Lepas tu, ruang makan dalam kedai tu kalau boleh besarkan lagi, bolehlah sumbat ramai manusia. Lagi satu tempat basuh tangan. Aku kan orang kampung, makan pakai tangan, tak pakai sudu. Hahaha. Yang lain tip top!


Maklumat lanjut:

Call For Delivery : 03-7733 3375
Opening Hours : 11am-11pm (last order : 10.30pm)
Kota Damansara and Tropicana areas ONLY

For dine in :
Alamat Kedai Epic Fit Meals Co
E105, Block E, East WingMetropolitan SquareJalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Untuk menu dan sebarang makluman :
Instagram : @EpicFitMealsCo


Terima kasih kepada pihak Epic Fit Meals Co yang sudi menjemput kami untuk makan makanan yang sihat. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Kredit gambar: www.idabaharum.com



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...