Friday, February 17, 2017

Bagus ke Deeja Cosmetic ni?


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Korang pernah dengar pasal Deeja Cosmetic tak? Kalau jenis yang layan drama pukul 7 tv3 hari tu, 7 hari mencintaiku, mesti tengok iklan produk ni kan. Tengok iklan macam gempakkan. Tapi, betul-betul bagus ke produk Deeja Cosmetic ni? Jom usya sikit.



Macam muka aku ni jenis kering sikit. Lepas tu jenis nipis pula kulit. Kalau salah pakai produk senang je nak tengok kesan tak elok dia. Kadang rasa pedih macam terbakar tu. Dulu pernah sekali kena macam tu. Mula-mula takut juga nak try Deeja Cosmetic ni. Tapi, kalau tak cuba mana nak tahukan.

Apa yang ada dalam set Deeja Cosmetic ni?

Dalam set ni lengkap untuk penjagaan kulit muka harian. Macam produk lain yang kita guna biasanya tu. 

1. Sabun Pembersih Muka



Harum sangat ! Rasa best je bau dia. Muka rasa bersih je lepas cuci muka dengan sabun ni.

2. Toner Nano



Lepas dah cuci muka, pakai toner nano ni pula. Pakai guna tisu muka tu. Bagi 2-3 titik, terus sapu kat muka. Toner ni buat muka rasa segar pastu macam tegang je kulit muka tu. Hihi.

3. Krim Siang



Krim siang ni pakai lepas dah sapu toner. Aku calit sikit je, tak payah banyak-banyak kang berbelak pula muka. Just nice. Bila aku pakai ni, dia tak berat macam tepung gomak tau. Tekstur dia ringan je. Bagi aku yang ni best untuk dipakai hari-hari. Bau dia pun harum je.

4. Krim Malam



Sebelum tidur tu, pakai sikit krim malam ni. Makesure lepas dah cuci muka. Sapu sikit je cukup. 

5. Krim Nano (Malam)


Krim nano ni mula-mula aku tengok macam pelik je. Sebab warna dia oren sangat. Rupanya dibuat daripada kunyit. Kunyit ni memang bagus untuk kulit tau. Sebab tu mak aku selalu suruh minum air kunyit. Melalut pula. Sapu sikit je lepas pakai krim malam sebagai lapisan kedua. Muka akan nampak oren sikit, tapi jangan risau, tak ada apa-apa.

Berapa harga untuk set Deeja Cosmetic ni?

Dengan satu harga yang berpatutan, korang akan dapat 5 barang tau! Tak percaya? Percayalah. Hanya RM85 untuk Semenanjung dan RM90 untuk Sabah dan Sarawak.

Siapa yang sesuai untuk guna Deeja Cosmetic?

Berita baiknya, Deeja Cosmetic sesuai untuk lelaki dan wanita. Boleh je korang share suami isteri. Jimat pun jimat.

*******************************************

GARA-GARA MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA

Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.


Kulit wajah adalah aset besar terutama bagi wanita. Sakit, sedih dan risau semua ada bila berlaku kejadian sebegini. Sebaik terkena minyak panas wanita ini mendapatkan rawatan dari hospital. Tapi kerana bahagian yang terkena itu agak banyak dan sudah tentu masa yang diperlukan untuk sembuh lebih lama. 

Pada awalnya wanita ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka dan pada masa yang sama dia berharap gel ini dapat membantu menghilangkan parut pada wajahnya.

"Saya kena minyak panas tu ada dalam sebulan macam tu lah. Lepas tu saya dah tak pakai apa-apa skincare, cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka-luka tu je. Nak hilangkan parut tu memang susah dan ambil masa lama juga lah. Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pun mulalah tumbuh tapi parut tak hilang-hilang juga. Saya jadi down sangat-sangat dengan masalah muka saya. Bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pun malu. Kalau nak keluar rumah kena make up tebal-tebal, tapi make up mana boleh tahan lama. Lama sikit je dah merekah", luah Nurul dalam perkongsiannya kepada kami.

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran Nurul lebih berhati-hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

"Saya cuba tengok-tengok produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu macam mana saya boleh tertarik nak mencuba produk Deeja Cosmetic ni lepas tengok testimoni-testimoni yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dengan masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya memang produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat-sangat konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni".



"Masa mula-mula nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat-sangat puas hati dengan Deeja Cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa-apa pengelupasan dan tak ada pedih-pedih".

"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", tambah Nurul.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.

Facebook:
https://www.facebook.com/deejacosmeticofficial/

Talian untuk dihubungi:
0196495950
0192495950
0192785950
0176535950
0199459362
0192526838

"Nak Cantik Gebu ??? Haruslah Deeja Cosmetic"

*******************************************

Produk baru Deeja Cosmetic



Ni nak bagitahu satu lagi. Deeja Cosmetic dah perkenalkan produk baru mereka iaitu Diamond Foundation. Diamond Foundation ni mengandungi collagen dan SPF50. Tak perlu risau kalau muka terdedah cahaya matahari sebab dilindungi dengan foundation ni. Harga sebotol ni baru RM40.00.

Boleh percaya tak dengan Deeja Cosmetic?

Alhamdulillah. Banyak testimoni korang boleh tengok kat facebook atau instagram Deeja Cosmetic sendiri. Lagipun dorang berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. InsyaAllah boleh dipercayai.

Kalau nak info lanjut pasal produk ni, korang boleh tengok sini.


Tel : 019 - 694 5950



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

2 comments:

Nadia Bohari said...

hi akak ! kita datang stalker dekat sini :p

Adam said...

Selalu dengar kat radio ni. Femes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...