Monday, August 17, 2020

Campur-campur Kitchen di DPulze Shopping Centre, Cyberjaya


Bertemu lagi kita dalam segmen makan-makan. Hahaha. Siapalah yang tak suka makan kan? Lagi-lagi Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan. Nak makan apa, cakap saja. Semua ada. Begitu senangnya.

Hari ni kita tengok makanan sedap dekat Campur-campur Kitchen kat DPulze Shopping Centre, Cyberjaya. Nama kedai pun campur-campur, apa istimewa diakan? Menu yang ditawarkan kat sini adalah gabungan dari 3 buah negara iaitu Indonesia, Thailand dan juga China. Wow sangatkan. Tak payah susah-susah pergi negara tu, dah dapat makan makanan dorang dalam negara kita sendiri.


Ada 20 menu best yang ditawarkan kat Campur-campur Kitchen ni. Menunya adalah salted egg yolk sotong rice, 
ayam bakar rice, chicken with salted egg yolk rice, butter chicken rice, indonesia flying fish rice, sambal bamboo clam rice, indonesia ikan bakar rice, fried prawn with salted egg yolk rice, black pepper beef rice, pan fried beef kuey teow, cantonese kuey teow with seafood, campur belacan chicken fried rice, nasi goreng salted egg chicken and shrimp, thai pineapple fried rice with butter chicken, salted egg yolk chicken boxing, crispy baby crab, french toast with honey, banana toast with chocolate, butter chicken chop dan chicken chop with salted egg sauce.

Baca menu je dah sedap, belum lagi rasakan. Nak tambah keterujaan korang, meh aku belanja gambar makanan. Hahaha. 














Tu menu berasaskan nasi. Kalau agak-agak tak nak makan nasi, ada juga yang lain. Jom tengok.








Nampak sedap sangatkan? Alah, lapar. Hahaha. Kalau dah makan, mesti nak minum kan? Botol kat sini unik, bentuk mentol. Comel je tengok.





Ha, tunggu apa lagi. Ada masa, korang jangan lupa terjah tau.

Campur Campur Kitchen

Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre, 
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya


Kat Campur-campur Kitchen ni pun ada promo best tau. Korang bolehlah grab ye.



Berbaloi-baloi.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...