Friday, May 23, 2014

Dapat Lampin Pakai Buang Percuma

Assalamualaikum semua mak-mak. Kenapa mak-mak? Haruslah sebab part lampin percuma ni mak-mak yang terujakan. Kalau ada bapak-bapak yang teruja juga, baguslah tu. 



Darwish pengguna tegar Drypers. Idok le tegar mana, tapi so far Darwish stay pakai Dypers sejak habis pantang lebih kurang macam tu. Pernah try lampin lain macam Fitti, Huggies dan Mamy Poko, tapi atas sebab tertentu, Drypers jua yang berkenan di hati.

Sample ni aku dapat sebab daftarkan Darwish jadi ahli. Senang je nak daftar. Tak payah susah-susah pergi booth mana-mana. Sekarang pun boleh. Semua di hujung jari anda. Yang penting, anda mempunyai anak. Yang tengah mengandung tu, sabar-sabar sikit. Meletup nanti, isi borang cepat-cepat.

Pergi ke www.drypers.com.my (KLIK).

Tekan dekat sign up to be member now, kat kiri tu. 



Akan keluar macam ni. So isilah details anda semua.


Dah habis tu, bolehlah ke page awal tadi, tekan pula kat kiri bawah tu want a free sample? Pilih mana berkenan. 


Dah settle kat web tu, buka emel korang untuk sahkan alamat dan sebagainya. Aku pun dah tak berapa nak ingat. Lepas tu, tunggulah depan pintu rumah. InsyaAllah sampai.


Tapi, kau jangan ingat sample tu datang kat rumah kau satu pek 80 keping saiz M macam selalu kau beli. Aku tulis 80 keping saiz M sebab Darwish guna yang tu. Saiz lain aku tak tahu ada berapa keping. Aci tak? Hahaha. Sample tu ada 4 keping je. Free kan, so tak payah banyak bunyi. Bukan kena bayar pun. Lepaslah stok untuk sehari ye dak?





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

7 comments:

Aeen said...

terus register..heheh...walaupun boleh beli sendiri..tp saje je la nak dpt free gift..free gift..siapa xnak.heheh

Ismi Ana said...

Wah..best2. Sesuai utk mak2 yg de baby. Anak buah ana pun pakai drypers gak. Drypers x mudah melecet.

penyisir rambut said...

yeay!! dah register dah.. hehehe

::EIDA:: said...

ida registerkan tuk mushang la. keekekkkkeee

Nory Zoulkefle said...

nory dah register utk Rizqy...tak sabar nak dapat beg lady bug tu..huhu..nak bawak gi opis...hahahah...mak dia yang over kauuuu...

Julia Johari said...

julia baru nak register hahhaha gila lambat ni ieza walhal Qi tuh dh pakai pampers drypers lama dah hehhe

Syamimi Saad said...

Wlpn bby blm lahir, msa dlm perut umur 7bln maknya dh dftr dh.. Xsbar nk pkaikn kt bby..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...