Wednesday, November 7, 2012

Bulan Madu [bahagian 1]

Hukhukhuk. Terbatuk-batuk pula buat entry ini. Al-maklumlah, entry pasal kawin langsung non hado, tetiba meriah pula pasal berbulan madu. Ada aku kesah? Hahaha.

Cukup dah tu intro rasanya, Yang penting ada perenggang pertama, sesi pengenalan tajuk. Tak gitu? Selepas kahwin berbulan-bulan, barulah aku ada mood untuk cerita hal perkahwinan aku sendiri yang konon-kononnya nak membuat review pasal perkahwinanlah. Katanya lah. Ni kira warming up sebelum aku bersungguh-sungguh membuat cerita pasal perkahwinan yang katanya dari A sampailah ke Z yang mana, mungkin katanya ada yang DIY (hebat sangatlah pula bila aku guna perkataan nie) dan ada yang tunjuk saja dan bayar. Kahwin adalah sesi mengkopakkan poket. Katanya lah.  

Okay, tak nak rakus sangat cerita hal majlis kahwin sebab nanti dah tak ada idea nak update entry. =.=' Nampak sangat aku malas berfikir. Hari ini, aku nak cerita pasal Bulan Madu kami selepas lebih kurang seminggu majlis perkahwinan. Siap ada bahagian bagai kat tajuk tue adalah kerana senang untuk aku cerita dari hari ke hari aku di tempat bulan madu. Gamaknya macam namploh hari pula aku kat situkan. Pak cik kayo !

Membebel dari tadi, tapi aku langsung tak cerita kat mana aku berbulan madukan. Destinasi yang dipilih oleh encik suami adalah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Jauh gila dia bawa lari aku dari family aku. Sebenarnya, aku langsung tak tahu pasal pakej bulan madu yang diambil oleh encik suami sampailah satu peristiwa di mana kami perlu buat keputusan hidup dan mati sama ada betul-betul nak kahwin atau tidak sementelah encik suami sebenarnya adalah pilihan mak abah aku. Bab nie aku cerita nanti time review pasal kahwin.

Lokasi : Sarawak Bumi Kenyalang
Penginapan : Damai Beach Resort
Tarikh : 09 - 12 Julai 2012 
(dah 4 bulan baru aku nak cerita)

Aku cerita dari sebelum aku sampai ke sanalah ye. Entry ini untuk cerita hari sebelum dan hari pertama (09 Julai 2012) aku berada di sana. 


08 Julai 2012 (Ahad)


Time ni aku memang busy giler pack barang. Untuk pengetahuan korang, aku sangatlah tak pakar dalam mengemas pakaian yang nak dibawa untuk vacation. Selalunya, mak aku yang akan bagitahu berapa helai pakaian yang perlu dibawa. Disebabkan mak aku konon-kononnya nak membiarkan aku berdikari, makanya encik suami yang menjadi mangsa. Dah settle semua, maka sesi peluk cium mak abah tercinta sebelum bertolak. Buat pertama kalinya, aku akan berjalan jauh dengan suami yang baru berapa hari aku kahwin. Mak abah aku pesan macam-macam. Disebabkan keluarga encik suami berpindah ke Kuala Lumpur hanya sebulan sebelum majlis kami (keluarga mertua duduk Johor sebelum ini), makanya tiket penerbangan kami adalah di Lapangan Terbang Senai. Hambik ko, belum honeymoon dah kena drive jauh-jauh. 

Makanya, hari Ahad itu kami berhoneymoon di atas jalan raya dari Shah Alam ke Johor. Cadangnya, malam itu, kami bermalam di rumah mak uda encik suami di Muar. Kami sampai dalam pukul 8 malam. Kami tak terus ke rumah mak uda, tapi ambil feel tengok baby baru sepupu encik suami. Konon melekat lah time honeymoon tue, tapi belum rezeki. Tak mengapa, sila cuba lagi. Lepas tu baru kami tumpang tidur di rumah mak uda.

Irdina Sofea

09 Julai 2012 (Isnin)

Tiket kami pukul 12.30 tengah hari, mendarat di Kuching. Makanya, pagi-pagi kami dah gerak dari Muar, takut lambat. Di airport Senai, tak susah sangat kami nak parking sebab ada kenalan abah mertua aku yang kerja kat situ. Makanya, kereta diamanahkan kepada beliau. Terima kasih kepada beliau kerana menjaga kereta encik suami dengan baik sekali. Yang penting free ! Kau hengat murah nak parking kat airport 4 hari, lepas tue ada orang yang jaga?

Tiket boarding pass kami yang dibuat secara online. Aku tengok tiket ni pun malam sebelum berangkat ke Johor.

Sampai di Kuching, perut memang lapar sangat-sangat. Al-maklumlah, dari pagi hanya nasi goreng saja yang diisi dalam perut. Naik flight memang buat kita lapar. Kami sampai lebih kurang pukul 3-4 petang macam tu. Tak berapa nak ingat sangat sebab perut lapar. Sampai kat airport Kuching, pusing-pusing kat situ cari tempat makan best. Tak banyak choice sangat. Tapi akhirnya kami pilih kedai makan yang biasa kami pergi kat semenanjung ni. Takut-takut keracunan (gile betul pemikiran) semasa hari mendarat. Hahaha. Kami pilih kedai makan ni. Only Mee. Aku biasa makan kat kedai ni kat SACC Mall, Shah Alam. 


Menu pilihan kami, Asam Laksa Penang dengan Nasi dan Blackpepper Chicken bersama Air Cincau

Boleh tahan lah rasa dia. Tapi tak berapa nak best kalau nak dibandingkan dengan kat SACC tue. Lepas tu, sikit sangat dia bagi, tak macam kat SACC, banyak, lepas tue mangkuk dia besar. Tapi, demi mengisi perut yang sudah berkeroncong, kami layankan saja. Menu kat situ juga lain. Sebab ada menu tempatan macam laksa sarawak (tapi aku makan laksa penang) dan lain-lain. Aku belum berani cuba sebab aku nie senang meragam perut kalau tak kena selera.

Sepanjang makan, kami sibuk berbincang macam mana nak ke resort. Kami pun talifonlah kawan-kawan yang pernah ada di Sarawak termasukkan Umie @ Puan Pinguu. Rupa-rupanya, dia tak pernah sampai ke Kuching walaupun dan lama duduk kat Miri tu. Makanya, kami pun bertanya dan bertanya, sampailah bertemu jawapan pasti. Lebih kurang 2 JAM UNTUK SAMPAI KE RESORT DARI AIRPORT ! Gigih betul jadi perantauan di tempat orang. Buat keputusan naik teksi sebab kalau naik kereta sewa lagi mahal dan bukan tahu jalan pun. Pasrah ! Melayang RM 70. Nasib uncle teksi tue ramah.

Resit teksi

Sepanjang perjalanan tue, aku tengok tak banyak pembangunan yang dibuat. Cumanya, bagi aku agak messy pemandangan sebab tak dijaga dengan baik. Mungkin juga, kerajaan sana nak kekalkan seperti sediakala. Apa yang agak lain bagi aku, nama signboard kat sana panjang-panjang. Aku tak pernah jumpa lagi nama bulatan sepanjang itu kat sini.


Perjalanan kami diiringi dengan hujan renyai-renyai. Wah, feeling-feeling menyambut ketibaan pengantin baru gitu. Hahaha. Tak terasa sangat perjalanan jauh sebab uncle teksi tue sangat peramah. Ditambah pula pemandangan yang menghijau, memang menenangkan. Akhirnya, kami sampai ke destinasi.

Damai Beach Resort; tanda di main entrance resort
Suasana di main entrance
Encik suami sedang membuat pengesahan check in bilik. Beliau book bilik guna online sahaja
Depan pintu bilik. Sila abaikan jerawat besar di pipi itu. Beliau memunculkan diri 2 minggu sebelum majlis perkahwinanku. Sedih !

Masuk saja bilik, aku terkejut gila dengan surprise yang dibuat oleh encik suami. Daku hengat dia nie tak romantik langsung. Rupa-rupanya, ada juga terselit sikit-sikit sifat romantik tue. Kata nak honeymoon, perlulah romantik.


Hiasan di bilik (actually dalam toilet pun dorang hias, tapi lupa nak snap pic)
Pose dulu sebelum katil diselerak. Opss !

Teruja tengok bilik tue. Encik suami buat muka selambe bila aku dah terkejut beruk. Pakej yang encik suami ambil nie pakej honeymoon untuk bilik Seaview Deluxe. Memang bilik kami nie terus mengadap laut gitu. Macam tak percaya. Pemandangan sangat cantik dan mengujakan. Privacy memang tip top. 

Pemandangan luar dari balkoni bilik kami
Tak ada orang nak kacau kau melainkan mak cik cleaner yang sibuk ketuk pintu pagi-pagi untuk bersihkan bilik dan juga panggilan talifon oleh pekerja mengingatkan tentang pakej breakfast yang memang encik suami ambil sekali. Tapi, kalau dah namanya honeymoon, mana mungkin nak bangun awal-awal pagi kan. Bangun subuh, tidur balik. Hahaha. Tapi yang bestnya, dorang tunggu juga kami-kami turun breakfast sampai pukul 10.30 - 11.00 pagi sebabnya memang tak ramai sangat pengunjung kat situ. Boleh dikira dengan jari berapa kerat je orang Malaysia. Yang lain-lain semua foreigner. 

Disebabkan penat jalan jauh, makanya, lepas masuk bilik kami nak rehat-rehat bersihkan diri dan solat sebelum pergi cari tempat makan. Puas kami cari arah kiblat tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya, talifon receptionist tanya mana arah kiblat dan minta kat dorang sejadah sekali. Dan kebetulan, paip air kat bilik tue, hot waternya tak berapa nak hot. Lepas settle semua, malam pun menjelma. 

Kami mencari tempat makan yang berdekatan. Disebabkan tak tahu keadaan sekeliling, ditambah hujan renyai-renyai, makanya kami naik suttle yang disediakan oleh pihak resort. Sorang kena RM2 untuk ke Damai Central. Rupanya, dekat je tempat ni dengan resort. Menu makan malam ini telah membuatkan kami teringat-ingat kesedapan air bandung three layer ini sehingga sekarang.

Nie suttle namanya
Menu kami; kueh teow goreng special dengan air bandung cincau three layer. Terbaik !
Banyak gambar aku saja time makan sebab aku tak pandai ambil gambar (alasan !)
Balik tue, kami jalan kaki saja ke main entrance resort. Memang cantik sangat pemandangan malam kat situ. Laluan pun mendamaikan dan romantik gitu. Tapi, tak dapat nak ambil gambar sebab gerimis. Kang rosak kamera. Tapi, nak ke bilik kami, bukan tak boleh jalan kaki, tapi sangatlah jauh dan tinggi di atas bukit nun. Kalau rasa nak exercise, silakan. Kalau jalan kaki, mau melecet kaki kau. Perkhidmatan suttle ke bilik adalah percuma. Bilik-bilik yang perlukan suttle pun adalah bilik-bilik yang best-best. Biasanya untuk pengunjung yang nak privacy, macam kami. Korang bayangkan, aku dalam ketakutan sebab bilik kat area bilik aku tue, cuma bilik aku saja yang ada penghuni. Yang lain, dekat floor lain. Seram jugak malam-malam kalau kau tetiba nak buang tabiat nak bermadu asmara berjalan kaki di bawah bulan purnama.

Sebelum balik ke bilik, di main entrance, encik suami ajak mencari satu tempat makan. Dia kata sebab esok nak breakfast kat situ. Aku dengan sengal dan lurus bendulnya menurut saja katanya. Takkan kau nak balik bilik sorang-sorang? Tak kuasa aku ! Rupanya, ada agenda lain yang disembunyikan. Nie cerita entry lain.

Inilah Cafe Satang yang dicarinya
Ini pula Santubong Bar, berhadapan dengan Cafe Satang.
Sesi mengambil gambar di main entrance
Sebenarnya, aku suka dengan kerusi ni. Tetiba pula encik suami ajak bergambar kat sini

Maka, berakhirlah cerita hari pertama di sana. Penat berjalan dan mengambil gambar, pulanglah kami ke bilik untuk beradu. = . ='

Kenangan di dalam bilik. Jam tangan hantaran untuk kenangan tanda kami berada di sana

Dalam hidup ini, memang kita kena melalui banyak perkara yang pertama kali. Kalau kita tak berani untuk tempuh apa pun perkara yang pertama kali, janganlah mengharapkan apa-apa pembaharuan dan peningkatan dalam kualiti kehidupan. 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, November 2, 2012

Inikah Dia Cinta Pandang Pertama

"Tumpang lalu," tiba-tiba seorang lelaki minta aku mengalihkan sedikit badanku yang mungkin 'terover' besarnya di tengah-tengah beranda kaki lima di hadapan kelas. Aku mengalihkan sedikit badanku sambil mengomel kecil, "tak kan tak boleh lalu kot. Aku bukan besar pun."

Kisah itu berlalu beberapa ketika tanpa aku ingati. Namun ia kembali berlegar di ruang mata saat aku sedang menunggu adikku di foodcourt untuk pulang ke rumah selepas kuliah. Lama pula terpaksa menunggu pada hari itu sehingga aku dihimpit rasa bosan, aku pun meluaskan pemandangan. Eh, betul ke mengusya-usya sekeliling meluaskan pemandangan? Layankan saja lah labu.

Petang itu, adikku kata, dia ada hal. So, aku kena tunggu dia lama sedikit berbanding kebiasaannya. Aku memang merempit dengan adik aku ke kuliah. Sambil menunggu, aku konon-konon menelaah. Tak fokus pun sebab badan letih (alasan). Suasana foodcourt hingar-bingar dengan suara riuh-rendah pelajar yang tak reti duduk diam dan mahu pulang kerana foodcourt salah satu laluan utama pelajar untuk ke parking.

Kelihatan seorang jejaka tersenyum. "Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya?," tertanya di benak hati. Aku hanya perasan mungkin. Dia senyum pada yang lain kot. Kembali berputar di kepala, "oh, dia lah yang minta lalu hari tue. Bukan besar sangat pun". Tiba-tiba aku tersedar bila adikku datang dan kami pulang.

*****

"Korang nak makan apa?," Nana bertanya sambil menggosok perutnya yang lapar. Masing-masing mula bangun, memegang dompet ingin menuju ke kaunter makanan. "Aku tak lapar. Kau belikan aku air milo cincau. Thank you," kataku sambil menghulurkan not RM 5 kepada Nana.

Masing-masing senyap apabila makanan di depan mata. Aku menghadap air kegemaranku dengan penuh sopan-santunnya. "Dik, ada orang kirim salam," tiba-tiba seorang kakak senior yang aku kenal datang berbisik kepadaku. Aku risik-risik, siapa yang berani-berani kirim salam kat aku (kirim duit ker, kereta ker, tak per lah juga), rupa-rupanya, "Mamat tue lagi!"

*****

Berlari-lari aku ke tandas kerana sudah tak dapat menahan untuk terkucil. Lama sangat menunggu pensyarah sampai aku sanggup menahan. Padahnya, yang ditunggu tak tiba, tetapi senior pula yang datang kerana diminta pensyarah untuk menjaga kelas bagi menjawab kuiz seperti yang dijanjikan. Cepat sajalah kuiz tue siap. Al-maklumlah, perbincangan beramai-ramai. Tue namanya perbincangan, bukan peniruan. = . ='

"Sapa kat dalam. Cepat sikit boleh tak?," nampak sangat aku sudah tidak tahan di situ. Lama pula menunggu minah kat dalam tue membuang. Apa sajalah yang dibuangnya di saat-saat kecemasan nie."Kau rupanya Fie. Aku ingat sapalah. Apa yang kau buat lama sangat kat dalam tue?," tak sempat dia menjawab, aku terkocoh-kocoh masuk mengambil tempat. Dari dalam, aku menjerit, "tunggu aku tau. Balik kelas sama".

"Eh, tak nak lah. Malu aku. Jangan tinggal aku. Jom masuk tandas balik," aku merayu kepada Fie bila tiba-tiba saat kami keluar dari tandas, aku ditunggu oleh seseorang. Mukaku merah padam menahan malu kerana saat keluar tadi, pastinya budak itu melihat tindakan tak senonoh aku membetulkan kain yang senget. "Hensom giler weh. Dah orang suka, terima je lah," Fie mengejekku sambil memuja-muji budak tue.

Belum sempat kami keluar tandas, "Dik, abang tue kirim salam." Kakak yang sama berkata perkara yang sama sekali lagi. "Kak, minta tolong. Adik segan lah. Minta dia jangan dekat situ. Adik nak masuk kelas", aku bersungguh meminta kakak itu memberitahunya supaya beredar.

*****

"Aku terima nikah Siti Nor Faezah binti Mohammed Ashaari dengan mas kahwinnya RM***** tunai." Sah. Bergema suara Mohd Nasrul Hadi bin Othman melafazkan akad di ruang tamu rumah itu. Syahdu sungguh saat itu. Dipeluk kedua ibu bapa tanda restu mengiringi bersama.

"Terima kasih sayang kerana menerima cinta abang. Kalaulah abang tak sabar, mesti abang tak dapat sayang. Abang mohon, sayang percaya pada abang. Paras rupa ini hanyalah ujian dari Yang Maha Esa. Kita sama-sama bina masjid cinta kita," kata-kata yang aku dengar tulus dari hatinya. Aku berdoa, moga jejaka ini tak berubah hati. Kalau dulu aku sangat bimbang dia mencari yang lebih menawan, kini aku yakin, hatinya telah ku tawan.


Berdasarkan kisah benar kami berdua. Hanya sedikit bingkisan bagaimana perkenalan bermula tanpa rasa cinta. Dan percayalah, kami tidak bercinta sehinggalah kami bergelar suami isteri. Ada masa, aku cuba coretkan lagi buat kenangan.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua rakan blogger

Takbir bergema dari surau berdekatan rumah. Sungguh sayu hati terasa mendengar laungannya. Ditambah pula, suara adik lelaki aku yang mengalun. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberi aku kesempatan untuk terus merasa nikmat hidup di dunia.

Aidiladha untuk pertama kalinya bergelar isteri disambut di rumah mak abah aku yang tercinta. Kami sepakat untuk menggunakan sistem giliran. Aidilfitri lalu, kami beraya di kampung belah encik suami, makanya, Aidiladha di belah aku. Harapnya, sistem giliran kekal sampai bila-bila dan kami sepakat. Amin.

Petang tadi, sebelum maghrib, selepas menyambut encik suami pulang bekerja dengan kek batik yang aku buat (gigih berusaha, akhirnya menjadi juga), aku masuk ke bilik. Tengok hp, ada miss call nombor dari luar negara. Nak menangis pula rasa sebab terlepas panggilan tu. Aku tunggu, kalau-kalau nombor itu memanggil semula.

Alhamdulillah, aku terima semula panggilan dari Australia lebih kurang dalam pukul 6.30 petang waktu Malaysia. Kat sana lebih kurang +2 jam dari masa kita. Kata kawan aku tu lah. Eyma, nama panggilan dia. Aku terlalu rindu dia. Lagi-lagi dia ke sana lepas aku kawin. Raya tempoh hari sempat dia datang ke rumah aku sebelum bertolak. Aku banyak berkongsi cerita dengan dia. Menangis dah selalu sangat lah. Bila diingat semula, aku pun tak tahu macam mana kami boleh rapat. Tapi, itu semua kuasa Allah.

Tulusnya persahabatan, dia nak jugak call aku bertanya khabar dan ucap Selamat Hari Raya Aidiladha serta minta maaf. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi tue lah manusia. Kalau yang baik, kadang terlalu baik, dan yang sebaliknya pun ada.

Apa pun, kepada semua rakan blogger, Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.


Dalam setiap HADIAH kurniaan ALLAH, pasti akan ada HIKMAH tersembunyi di sebaliknya. Hanya kita sebagai hamba-Nya yang selalu kerugian ini sedar atau tidak kewujudan apa yang tersirat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, October 10, 2012

UUM's 25th Convocation Day Ceremony

Assalamualaikum semua rakan blogger

Blog bersawang, menanti tuan datang bertandang. Fuh kiri, fuh kanan. Busy yang konon dibuat-buat. Dah cukup panjang kot intro ni. *sambil angkat tangan tepis pukulan korang... :P

Aku sebenarnya tak ada cerita hebat nak dikongsi. Tu yang senyap sunyi je. Rasa macam rumah tinggalan pula blog ni bila hari-hari aku jenguk, tak de pula yang datang komen. Kalau korang datang pun, mesti korang cakap, "tak up to date sungguh lah minah ni. Asyik cerita raya aidilfitri tak tukar-tukar. Orang lain dah cerita pasal korban !". Gigih sungguhlah cerita pasal raya korban ye.


Kembali ke tajuk utama. Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah ! Sangat bangga dengan diri sendiri sebab dapat lalui dugaan yang ada sepanjang tempoh belajar. Ini hadiah yang best untuk mak abah sebab aku adalah anak mereka yang pertama dapat degree. Yes, yes, yes ! Tetiba rasa hebat gile. Hahaha.

Mak abah dan adik-beradik tak dapat follow ke Kedah. Sedih sangat sebab abah ada appointment dengan IJN. Its ok. Yang penting, mak abah sihat-sihat sahaja. Disebabkan mereka tak dapat nak follow aku ke sana, makanya, aku pinjam dulu jubah dari kawan aku yang dah ambil awal. Konon-konon, shoot pre-convo lah dengan family. Kang nangis tengok gambar kawan-kawan dengan family, tapi aku tak ada. Nasib baik encik suami memahami, makanya diturutkan saja kehendak buah hatinya ni mengambil jubah pada malam hari daripada ex-classmate beberapa hari sebelum berangkat ke Kedah.

Hasil tangkapan pre-convo pada malam hari time semua dah mengantuk sampaikan si mulut becok dah tak larat nak menunggu dan tidur, makanya :

Bersama mak abah tercinta
Bersama adik-adik yang masih belum tidur.. :P
Anak buah yang tak habis-habis membuli. Susah nak ambil gambar dorang ni. Tak boleh duduk diam.

Bersama sebahagian ahli keluarga dan suami tersayang yang baru balik dari kerja. :)

Selesai sudah cerita pasal pre-convocation. Perjalanan panjang bermula pada petang Khamis, 04 Oktober 2012. Kali ini, untuk Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda, aku pergi berkonvo bersama encik suami. Kami sampai di rumah kawan encik suami lebih kurang pukul 12.00 malam di Kepala Batas. Kami akan bermalam di situ pada malam itu dan juga pada malam konvokesyen pada Ahad malam Isnin. Pada hari Jumaat dan Sabtu, kami bermalam di Kuala Perlis, rumah kawan encik suami juga yang baru kahwin bulan lepas.

Aku ambil jubah hari Jumaat. Punyalah ramai orang sampaikan aku rasa dehidrated sangat-sangat tunggu encik suami belikan air mineral. Encik suami dengan kawan dia pergi solat jumaat. Makanya, aku dengan beberapa kawan-kawan aku yang ada tunggu nombor giliran masing-masing. Memang berjam-jam masa terbuang kat tempat ambil jubah. Selesai ambil jubah, kami menuju ke Padang Besar dan terus ke Kuala Perlis.

Abaikan cerita-cerita yang berlaku sebelum peristiwa konvokesyen. Cerita panjang-panjang sampai esok pun tak habis. Makanya, ini antara gambar yang encik suami snap selepas selesai majlis konvo. Terima kasih encik suami yang gigih ke sana-sini. Hahaha.

 Bersama sebahagian rakan sebelum majlis berlangsung.

 Keluar dari dewan dan di'surprise'kan oleh encik suami dengan bunga dan bear yang berat. Tq abang.

 Bersama rakan-rakan selepas majlis.

 Bersama pensyarah yang bertungkus-lumus menabur jasa. 

 Posing sakan sebelum pulang jubah.

Posing wajib bersama encik suami yang setia menemani.

Nikmat yang dirasakan untuk setiap anugerah kurniaan-Nya hanya dapat dirasai oleh hamba-Nya yang benar-benar bersyukur. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk adik-adik terus belajar dan belajar. Amin.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, September 10, 2012

Masih berhari raya

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tajuk tak hengat ! Mentang-mentanglah hari ni masih dalam bulan Syawal, makanya mood beraya masih bersepah-sepah. Astaghfirullah. 

Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka di hujung-hujung bulan Syawal ni. Tahun ini, rumah aku terkecuali pula nak membuka rumah seperti tahun-tahun yang lalu. Mak abah kata, "bajet lari buat kenduri kawin hari tu !". Sentap mak nak. Abaikan kisah rumah aku yang tak terbuka itu. Yang penting, rumah orang lain masih terbuka untuk kami penuhkan perut. Hahaha. <-- gelak jahat.

Semalam (Ahad, 22 Syawal 1433 Hijrah), kami sekeluarga pergi berhari raya ke rumah saudara. Pertama kali untuk encik suami beraya dalam "Keturunan Keluarga Lebai Salleh" (klik link untuk keratan akhbar). Hari raya tahun nie, salah seorang dari keturunan kami terpilih untuk menganjurkan rumah terbuka. Sebagai 'orang baru' dalam keluarga ini, aku dipertanggungjawabkan oleh abah untuk membawa encik suami ke majlis itu.


Jemput makan datang ye...  


Wah, ramai ni. Makan mesti best !
Duduk usya line dulu. Budak kecik tue adalah SI MULUT BECOK yang selalu aku cerita !
Sedap ! Ada abang-abang bakar sate !
Sila terliur sekarang !
Kenyang sudah !
Encik suami dan adik-adik ipar beliau bergambar kenangan di bawah banner yang didesign oleh adik aku sendiri (yang berbaju putih)

Perjalanan makan hari raya kami belum berakhir di situ. Sebenarnya, kami berkonvoi dua kereta. Mak abah aku telah meninggalkan kami di belakang kerana mereka banyak jemputan makan-makan rumah terbuka yang lain. Disebabkan kami tak perlu ikut, makanya kami lepak di rumah terbuka ini lama sikit.

Setelah kenyang dan puas menunggu, kami pun bergerak ke Morib a.k.a Batu Laut. Morib tue saja je mak aku bagi teruja kami adik-beradik untuk ikut beraya masa kecik-kecik. Bukan untuk bermandi-manda, tetapi meneruskan kembara hari raya. Kami menunggu mak abah di masjid di hadapan Morib. Usai solat, disebabkan lama menunggu, kami buat keputusan untuk menjamu tekak yang telah kering-kontang.

Masing-masing layan ABC special di gerai berdekatan Morib.

Habis makan ABC, mak call dan kata dah tunggu kami. Makanya, kami teruskan perjalanan berhari raya. Cuaca sangatlah terik. Terasa sangat berada di kawasan berdekatan pantai. Di rumah saudara, kami dijamu dengan lempeng kelapa dengan sambal yang sangat sedap (aku tak ingat nama sambal tu). Disebabkan encik suami yang memang hantu sambal, makanya beliau makan dengan penuh semangat.

Encik suami dah tak perasan kamera bila berdepan dengan sambal.
Destinasi terakhir kami, di rumah sepupu mak. Jam masa itu dah menunjukkan angka 6 petang dan kami sangatlah penat dan seronok. Bukan selalu dapat menghabiskan masa bersama keluarga macam ni. 

Last but not least, gambar berdua dengan encik suami. Tak berdua sangatlah sebab adik lelaki yang rapat dengan aku tue sibuk jugak nak menyelit. Buat rosak gambar je mamat tue !


Suasana Hari Raya sangat dirasai apabila kita betul-betul menziarahi saudara-mara yang jauh mahupun dekat. Ia bukan sahaja merapatkan hubungan yang lama terpisah, tetapi juga mengeratkan hubungan yang sedia ada. Semoga Aidilfitri ini penuh barakah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...