Friday, November 9, 2012

Bulan Madu [bahagian 2]


Ehem, ehem. Selesai sudah kisah Bulan Madu [bahagian 1]. Amacam? Teruja tak dengan cerita aku? Teruja ke tak teruja aku tak peduli, yang penting aku dapat update blog. Boleh?

Aku nak teruskan cerita bulan madu aku untuk hari kedua aku berada di Sarawak. Sila jangan muntah sebab entry ini entry yang panjang berjela dengan gambar yang sangat banyak. Hari kedua tak adalah rush sangat bangun awal sebab badan penat dan rancangan nak jalan-jalan hanya setakat area berdekatan resort sahaja. Yelah, kami nak jugak berjalan-jalan bermadu kasih di tepi pantai yang indah. Sementelah pula, encik suami kata tak mahu balik lewat petang, sebab malam ada acara penting, katanya. 

Suasana pagi di luar resort. Ini adalah laluan utama dari bilik kami untuk ke jalan raya bagi mendapatkan kemudahan suttle resort.
Tempat bermanja menunggu suttle datang
Makanya, hari dimulakan dengan bersiap ke Cafe Satang di resort tue untuk sarapan pagi yang sangat lazat. Boleh tahanlah makanan yang dorang sediakan. Aku tak ambil gambar makanan sebab aku malu. Hahaha. 

Encik suami sedang mengambil breakfast beliau.
Selesai sesi mengenyangkan perut, kami pun berjalan-jalan di sekitar resort. Memang cantik resort ni. Macam-macam kemudahan yang dorang sediakan untuk pengunjung. Kalau nak mandi pool pun ada juga.

Kami ambil keputusan jalan-jalan tepi pantai. Waktu ni memang panas terik. Tak ada yang mandi kat laut. Tapi, bila kami dah habis jalan-jalan dalam pukul 12.30 tengah hari macam tue, tetiba ramai pulak minah saleh pakai bikini berjemur dan berendam. Pffff ! Saja nak tayang body mantap depan laki aku !

Suasana di hadapan laut
Penat berjalan dan mencuci mata, kami balik ke bilik untuk bersihkan badan, solat dan berehat sekejap sebelum sambung perjalanan bulan madu. Petang tu, kami ke Sarawak Cultural Village. Tak jauh sangat pun dari resort. Kalau rajin nak jalan kaki, boleh saja, tapi kami naik suttle, dan ia adalah percuma. 

Daku hengat murah masuk Sarawak Cultural Village ni, tapi, Oh Mak Datuk, satu kepala kena lebih kurang RM 40 kalau tak silap aku ! Gigit jari kaki lah. Tapi disebabkan nekad jugak nak masuk, dan encik suami beriya-iya nak tahu budaya Sarawak kononnya, maka kami pun menjelajah ke setiap pelusuk Kampung Budaya Sarawak tu. Nak kata, best, boleh lah. Nak kata tak best, best juga. Mungkin disebabkan aku suka fikir macam-macam, makanya, aku dalam keadaan cuak bila berada kat rumah-rumah budaya tue. Sebabnya tak berapa nak ramai sangat pengunjung, al maklumlah bukan waktu cuti sekolah. Gambar dalam kampung budaya tue banyak sangat, tak larat nak edit. Nie yang mampu dipaparkan.

Di hadapan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak
Stiker badge yang diberi selepas bayaran masuk dibuat
Passport lawatan. Untuk setiap rumah budaya yang kita pergi, ada cop yang boleh kita dapat sebagai tanda kita dah ke situ. Passport ni juga berguna untuk mengelakkan kita ter'miss' rumah budaya. Rumah budaya yang ada banyak dan jauh antara satu dengan yang lain sampai aku dah tak larat nak berjalan. Air minuman pula tak ada !





Ini BUKAN PERCUMA ! Encik suami nak merasa pengalaman menyumpit, makanya perlulah bayar. RM3 kot kalau tak silap.

Inilah cop yang aku katakan tadi


Pada hari tersebut, pada pukul 5 petang, di dewan teater (kalau tak silap aku namanya) ada pertunjukan tarian budaya Sarawak. Aku suka sangat tengok sementelah aku suka menarilah kononnya. 



Habis persembahan, kami berjalan di sekitar kampung budaya tu. Adalah kedai kalau korang nak beli cenderahati buat kenangan. Tapi, harganya mahal sikit. Kalau nak pergi beli apa-apa sebagai buah tangan, baik pergi ke Kuching. Lebih murah. Bagi akulah. Makanya, kami hanya berjalan-jalan dan mencuci mata saja di situ tanpa membeli.



Walaupun penat berjalan berjam-jam di dalam kampung budaya tue, kami tak terus balik ke bilik. Malahan, kami juga tidak pulang ke main entrance dengan suttle resort. Kami hanya berjalan kaki sambil menikmati panorama alam yang menakjubkan (ayat hiperbola pula). Kampung budaya ni berdepan saja dengan Damai Central (tempat aku makan pada malam pertama sampai di resort). Bila keluar dari resort ni, barulah aku tahu, "lor, tak adalah jauh mana pun Damai Central dan kampung budaya ni. Sekangkang kera je pun !". 


Cuaca panas terik tak mematahkan semangat bergambar di monumen burung kenyalang ni. Monumen ni ada kat hujung Damai Central. Kena rajin berjalan, baru dapat ambil gambar best-best.

Puas berjalan dan mengambil gambar, kami pun berjalan balik ke resort melalui jalan yang sama seperti malam sebelumnya. Disebabkan malam semalam tak dapat nak ambil gambar sebab hujan, makanya ini adalah sesi membalas dendam. Cantik, mendamaikan dan sangat romantik berjalan berdua-duaan dikelilingi pemandangan yang hijau dan bunyi deruan anak sungai. Feeling habis !

Anak sungai di bawah jambatan untuk laluan pejalan kaki pulang ke resort melalui Damai Central
Bilik-bilik lain yang disediakan oleh pihak resort. Ini adalah laluan kami juga untuk ke main entrance

Sampai di bilik, encik suami bagitahu tentang aktiviti malam tersebut. Candle light dinner on our honeymoon journey ! So sweet lah abang ni. =P Makanya, bersiap-siap, menggosok pakaian bagai dan mandi berjam-jam kononnya nak wangi-wangi sangat. Hahaha. 

Bergambar sebelum Candle Light Dinner
Lebih kurang pukul 8.15 malam, setelah bersiap, suttle pun ambil kami di bilik untuk ke main entrance. Aku rasa lain sangat. Macam cuak, gelabah, menggigil. Macam-macam rasa. Maybe sebab pertama kali bagi aku merasa candle light dinner berdua. Sampai di Cafe Satang, kami disambut oleh penyambut tetamu. Memang superb layanan dorang. Dengan keramahan dan senyuman manis, terasa seronok berada kat sana.

Gambar meja makan tak dan nak ambil. Malu den nak ambil gambar. Kenalah cover ayu memula sampai tue. Hahaha. Meja makan kami menghadap swimming pool dan laut. Tapi, laut jauh sangat nak capture dan gelap.



Menu yang dibook oleh encik suami sangat sedap dan lazat. Kekenyangan yang teramat. Cuma minuman dia agak manis dan masam sampai susah aku nak telan. Yang lain memang tip top. Hidangan utama, aku pilih ayam, dan encik suami pilih daging. 



Selesai membuncitkan perut, dengan segannya, kami meminta tolong seseorang mengambil gambar kami berdua. Hahaha. Tak pastilah dia tue pekerja cafe ataupun chef. Baju dorang lebih kurang je. 


Lebih kurang pukul 10 malam, kami selesai makan. Tak ramai pun yang ada kat Cafe Satang ni. Itu yang terasa lebih privacy nak bergelak ketawa, bermanja-manja dan bersuka ria. 

Kadang kita selalu terkenangkan kesedihan dan kesusahan. Tak salah kiranya mengulang tayang waktu keseronokan dan kesenangan, biar jadi inspirasi untuk terus bangkit meneruskan kehidupan. Lebih baik menikmati terus apa itu kehidupan dari terus dirundung kesedihan kerana mengenang kesakitan dan kesusahan. Allah memberi kesedihan bukan selamanya. InsyaAllah, pasti ada bahagia di hujung nanti. Yakin dengan janji-Nya, pasti kita tidak gusar.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, November 7, 2012

Bulan Madu [bahagian 1]

Hukhukhuk. Terbatuk-batuk pula buat entry ini. Al-maklumlah, entry pasal kawin langsung non hado, tetiba meriah pula pasal berbulan madu. Ada aku kesah? Hahaha.

Cukup dah tu intro rasanya, Yang penting ada perenggang pertama, sesi pengenalan tajuk. Tak gitu? Selepas kahwin berbulan-bulan, barulah aku ada mood untuk cerita hal perkahwinan aku sendiri yang konon-kononnya nak membuat review pasal perkahwinanlah. Katanya lah. Ni kira warming up sebelum aku bersungguh-sungguh membuat cerita pasal perkahwinan yang katanya dari A sampailah ke Z yang mana, mungkin katanya ada yang DIY (hebat sangatlah pula bila aku guna perkataan nie) dan ada yang tunjuk saja dan bayar. Kahwin adalah sesi mengkopakkan poket. Katanya lah.  

Okay, tak nak rakus sangat cerita hal majlis kahwin sebab nanti dah tak ada idea nak update entry. =.=' Nampak sangat aku malas berfikir. Hari ini, aku nak cerita pasal Bulan Madu kami selepas lebih kurang seminggu majlis perkahwinan. Siap ada bahagian bagai kat tajuk tue adalah kerana senang untuk aku cerita dari hari ke hari aku di tempat bulan madu. Gamaknya macam namploh hari pula aku kat situkan. Pak cik kayo !

Membebel dari tadi, tapi aku langsung tak cerita kat mana aku berbulan madukan. Destinasi yang dipilih oleh encik suami adalah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Jauh gila dia bawa lari aku dari family aku. Sebenarnya, aku langsung tak tahu pasal pakej bulan madu yang diambil oleh encik suami sampailah satu peristiwa di mana kami perlu buat keputusan hidup dan mati sama ada betul-betul nak kahwin atau tidak sementelah encik suami sebenarnya adalah pilihan mak abah aku. Bab nie aku cerita nanti time review pasal kahwin.

Lokasi : Sarawak Bumi Kenyalang
Penginapan : Damai Beach Resort
Tarikh : 09 - 12 Julai 2012 
(dah 4 bulan baru aku nak cerita)

Aku cerita dari sebelum aku sampai ke sanalah ye. Entry ini untuk cerita hari sebelum dan hari pertama (09 Julai 2012) aku berada di sana. 


08 Julai 2012 (Ahad)


Time ni aku memang busy giler pack barang. Untuk pengetahuan korang, aku sangatlah tak pakar dalam mengemas pakaian yang nak dibawa untuk vacation. Selalunya, mak aku yang akan bagitahu berapa helai pakaian yang perlu dibawa. Disebabkan mak aku konon-kononnya nak membiarkan aku berdikari, makanya encik suami yang menjadi mangsa. Dah settle semua, maka sesi peluk cium mak abah tercinta sebelum bertolak. Buat pertama kalinya, aku akan berjalan jauh dengan suami yang baru berapa hari aku kahwin. Mak abah aku pesan macam-macam. Disebabkan keluarga encik suami berpindah ke Kuala Lumpur hanya sebulan sebelum majlis kami (keluarga mertua duduk Johor sebelum ini), makanya tiket penerbangan kami adalah di Lapangan Terbang Senai. Hambik ko, belum honeymoon dah kena drive jauh-jauh. 

Makanya, hari Ahad itu kami berhoneymoon di atas jalan raya dari Shah Alam ke Johor. Cadangnya, malam itu, kami bermalam di rumah mak uda encik suami di Muar. Kami sampai dalam pukul 8 malam. Kami tak terus ke rumah mak uda, tapi ambil feel tengok baby baru sepupu encik suami. Konon melekat lah time honeymoon tue, tapi belum rezeki. Tak mengapa, sila cuba lagi. Lepas tu baru kami tumpang tidur di rumah mak uda.

Irdina Sofea

09 Julai 2012 (Isnin)

Tiket kami pukul 12.30 tengah hari, mendarat di Kuching. Makanya, pagi-pagi kami dah gerak dari Muar, takut lambat. Di airport Senai, tak susah sangat kami nak parking sebab ada kenalan abah mertua aku yang kerja kat situ. Makanya, kereta diamanahkan kepada beliau. Terima kasih kepada beliau kerana menjaga kereta encik suami dengan baik sekali. Yang penting free ! Kau hengat murah nak parking kat airport 4 hari, lepas tue ada orang yang jaga?

Tiket boarding pass kami yang dibuat secara online. Aku tengok tiket ni pun malam sebelum berangkat ke Johor.

Sampai di Kuching, perut memang lapar sangat-sangat. Al-maklumlah, dari pagi hanya nasi goreng saja yang diisi dalam perut. Naik flight memang buat kita lapar. Kami sampai lebih kurang pukul 3-4 petang macam tu. Tak berapa nak ingat sangat sebab perut lapar. Sampai kat airport Kuching, pusing-pusing kat situ cari tempat makan best. Tak banyak choice sangat. Tapi akhirnya kami pilih kedai makan yang biasa kami pergi kat semenanjung ni. Takut-takut keracunan (gile betul pemikiran) semasa hari mendarat. Hahaha. Kami pilih kedai makan ni. Only Mee. Aku biasa makan kat kedai ni kat SACC Mall, Shah Alam. 


Menu pilihan kami, Asam Laksa Penang dengan Nasi dan Blackpepper Chicken bersama Air Cincau

Boleh tahan lah rasa dia. Tapi tak berapa nak best kalau nak dibandingkan dengan kat SACC tue. Lepas tu, sikit sangat dia bagi, tak macam kat SACC, banyak, lepas tue mangkuk dia besar. Tapi, demi mengisi perut yang sudah berkeroncong, kami layankan saja. Menu kat situ juga lain. Sebab ada menu tempatan macam laksa sarawak (tapi aku makan laksa penang) dan lain-lain. Aku belum berani cuba sebab aku nie senang meragam perut kalau tak kena selera.

Sepanjang makan, kami sibuk berbincang macam mana nak ke resort. Kami pun talifonlah kawan-kawan yang pernah ada di Sarawak termasukkan Umie @ Puan Pinguu. Rupa-rupanya, dia tak pernah sampai ke Kuching walaupun dan lama duduk kat Miri tu. Makanya, kami pun bertanya dan bertanya, sampailah bertemu jawapan pasti. Lebih kurang 2 JAM UNTUK SAMPAI KE RESORT DARI AIRPORT ! Gigih betul jadi perantauan di tempat orang. Buat keputusan naik teksi sebab kalau naik kereta sewa lagi mahal dan bukan tahu jalan pun. Pasrah ! Melayang RM 70. Nasib uncle teksi tue ramah.

Resit teksi

Sepanjang perjalanan tue, aku tengok tak banyak pembangunan yang dibuat. Cumanya, bagi aku agak messy pemandangan sebab tak dijaga dengan baik. Mungkin juga, kerajaan sana nak kekalkan seperti sediakala. Apa yang agak lain bagi aku, nama signboard kat sana panjang-panjang. Aku tak pernah jumpa lagi nama bulatan sepanjang itu kat sini.


Perjalanan kami diiringi dengan hujan renyai-renyai. Wah, feeling-feeling menyambut ketibaan pengantin baru gitu. Hahaha. Tak terasa sangat perjalanan jauh sebab uncle teksi tue sangat peramah. Ditambah pula pemandangan yang menghijau, memang menenangkan. Akhirnya, kami sampai ke destinasi.

Damai Beach Resort; tanda di main entrance resort
Suasana di main entrance
Encik suami sedang membuat pengesahan check in bilik. Beliau book bilik guna online sahaja
Depan pintu bilik. Sila abaikan jerawat besar di pipi itu. Beliau memunculkan diri 2 minggu sebelum majlis perkahwinanku. Sedih !

Masuk saja bilik, aku terkejut gila dengan surprise yang dibuat oleh encik suami. Daku hengat dia nie tak romantik langsung. Rupa-rupanya, ada juga terselit sikit-sikit sifat romantik tue. Kata nak honeymoon, perlulah romantik.


Hiasan di bilik (actually dalam toilet pun dorang hias, tapi lupa nak snap pic)
Pose dulu sebelum katil diselerak. Opss !

Teruja tengok bilik tue. Encik suami buat muka selambe bila aku dah terkejut beruk. Pakej yang encik suami ambil nie pakej honeymoon untuk bilik Seaview Deluxe. Memang bilik kami nie terus mengadap laut gitu. Macam tak percaya. Pemandangan sangat cantik dan mengujakan. Privacy memang tip top. 

Pemandangan luar dari balkoni bilik kami
Tak ada orang nak kacau kau melainkan mak cik cleaner yang sibuk ketuk pintu pagi-pagi untuk bersihkan bilik dan juga panggilan talifon oleh pekerja mengingatkan tentang pakej breakfast yang memang encik suami ambil sekali. Tapi, kalau dah namanya honeymoon, mana mungkin nak bangun awal-awal pagi kan. Bangun subuh, tidur balik. Hahaha. Tapi yang bestnya, dorang tunggu juga kami-kami turun breakfast sampai pukul 10.30 - 11.00 pagi sebabnya memang tak ramai sangat pengunjung kat situ. Boleh dikira dengan jari berapa kerat je orang Malaysia. Yang lain-lain semua foreigner. 

Disebabkan penat jalan jauh, makanya, lepas masuk bilik kami nak rehat-rehat bersihkan diri dan solat sebelum pergi cari tempat makan. Puas kami cari arah kiblat tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya, talifon receptionist tanya mana arah kiblat dan minta kat dorang sejadah sekali. Dan kebetulan, paip air kat bilik tue, hot waternya tak berapa nak hot. Lepas settle semua, malam pun menjelma. 

Kami mencari tempat makan yang berdekatan. Disebabkan tak tahu keadaan sekeliling, ditambah hujan renyai-renyai, makanya kami naik suttle yang disediakan oleh pihak resort. Sorang kena RM2 untuk ke Damai Central. Rupanya, dekat je tempat ni dengan resort. Menu makan malam ini telah membuatkan kami teringat-ingat kesedapan air bandung three layer ini sehingga sekarang.

Nie suttle namanya
Menu kami; kueh teow goreng special dengan air bandung cincau three layer. Terbaik !
Banyak gambar aku saja time makan sebab aku tak pandai ambil gambar (alasan !)
Balik tue, kami jalan kaki saja ke main entrance resort. Memang cantik sangat pemandangan malam kat situ. Laluan pun mendamaikan dan romantik gitu. Tapi, tak dapat nak ambil gambar sebab gerimis. Kang rosak kamera. Tapi, nak ke bilik kami, bukan tak boleh jalan kaki, tapi sangatlah jauh dan tinggi di atas bukit nun. Kalau rasa nak exercise, silakan. Kalau jalan kaki, mau melecet kaki kau. Perkhidmatan suttle ke bilik adalah percuma. Bilik-bilik yang perlukan suttle pun adalah bilik-bilik yang best-best. Biasanya untuk pengunjung yang nak privacy, macam kami. Korang bayangkan, aku dalam ketakutan sebab bilik kat area bilik aku tue, cuma bilik aku saja yang ada penghuni. Yang lain, dekat floor lain. Seram jugak malam-malam kalau kau tetiba nak buang tabiat nak bermadu asmara berjalan kaki di bawah bulan purnama.

Sebelum balik ke bilik, di main entrance, encik suami ajak mencari satu tempat makan. Dia kata sebab esok nak breakfast kat situ. Aku dengan sengal dan lurus bendulnya menurut saja katanya. Takkan kau nak balik bilik sorang-sorang? Tak kuasa aku ! Rupanya, ada agenda lain yang disembunyikan. Nie cerita entry lain.

Inilah Cafe Satang yang dicarinya
Ini pula Santubong Bar, berhadapan dengan Cafe Satang.
Sesi mengambil gambar di main entrance
Sebenarnya, aku suka dengan kerusi ni. Tetiba pula encik suami ajak bergambar kat sini

Maka, berakhirlah cerita hari pertama di sana. Penat berjalan dan mengambil gambar, pulanglah kami ke bilik untuk beradu. = . ='

Kenangan di dalam bilik. Jam tangan hantaran untuk kenangan tanda kami berada di sana

Dalam hidup ini, memang kita kena melalui banyak perkara yang pertama kali. Kalau kita tak berani untuk tempuh apa pun perkara yang pertama kali, janganlah mengharapkan apa-apa pembaharuan dan peningkatan dalam kualiti kehidupan. 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, November 2, 2012

Inikah Dia Cinta Pandang Pertama

"Tumpang lalu," tiba-tiba seorang lelaki minta aku mengalihkan sedikit badanku yang mungkin 'terover' besarnya di tengah-tengah beranda kaki lima di hadapan kelas. Aku mengalihkan sedikit badanku sambil mengomel kecil, "tak kan tak boleh lalu kot. Aku bukan besar pun."

Kisah itu berlalu beberapa ketika tanpa aku ingati. Namun ia kembali berlegar di ruang mata saat aku sedang menunggu adikku di foodcourt untuk pulang ke rumah selepas kuliah. Lama pula terpaksa menunggu pada hari itu sehingga aku dihimpit rasa bosan, aku pun meluaskan pemandangan. Eh, betul ke mengusya-usya sekeliling meluaskan pemandangan? Layankan saja lah labu.

Petang itu, adikku kata, dia ada hal. So, aku kena tunggu dia lama sedikit berbanding kebiasaannya. Aku memang merempit dengan adik aku ke kuliah. Sambil menunggu, aku konon-konon menelaah. Tak fokus pun sebab badan letih (alasan). Suasana foodcourt hingar-bingar dengan suara riuh-rendah pelajar yang tak reti duduk diam dan mahu pulang kerana foodcourt salah satu laluan utama pelajar untuk ke parking.

Kelihatan seorang jejaka tersenyum. "Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya?," tertanya di benak hati. Aku hanya perasan mungkin. Dia senyum pada yang lain kot. Kembali berputar di kepala, "oh, dia lah yang minta lalu hari tue. Bukan besar sangat pun". Tiba-tiba aku tersedar bila adikku datang dan kami pulang.

*****

"Korang nak makan apa?," Nana bertanya sambil menggosok perutnya yang lapar. Masing-masing mula bangun, memegang dompet ingin menuju ke kaunter makanan. "Aku tak lapar. Kau belikan aku air milo cincau. Thank you," kataku sambil menghulurkan not RM 5 kepada Nana.

Masing-masing senyap apabila makanan di depan mata. Aku menghadap air kegemaranku dengan penuh sopan-santunnya. "Dik, ada orang kirim salam," tiba-tiba seorang kakak senior yang aku kenal datang berbisik kepadaku. Aku risik-risik, siapa yang berani-berani kirim salam kat aku (kirim duit ker, kereta ker, tak per lah juga), rupa-rupanya, "Mamat tue lagi!"

*****

Berlari-lari aku ke tandas kerana sudah tak dapat menahan untuk terkucil. Lama sangat menunggu pensyarah sampai aku sanggup menahan. Padahnya, yang ditunggu tak tiba, tetapi senior pula yang datang kerana diminta pensyarah untuk menjaga kelas bagi menjawab kuiz seperti yang dijanjikan. Cepat sajalah kuiz tue siap. Al-maklumlah, perbincangan beramai-ramai. Tue namanya perbincangan, bukan peniruan. = . ='

"Sapa kat dalam. Cepat sikit boleh tak?," nampak sangat aku sudah tidak tahan di situ. Lama pula menunggu minah kat dalam tue membuang. Apa sajalah yang dibuangnya di saat-saat kecemasan nie."Kau rupanya Fie. Aku ingat sapalah. Apa yang kau buat lama sangat kat dalam tue?," tak sempat dia menjawab, aku terkocoh-kocoh masuk mengambil tempat. Dari dalam, aku menjerit, "tunggu aku tau. Balik kelas sama".

"Eh, tak nak lah. Malu aku. Jangan tinggal aku. Jom masuk tandas balik," aku merayu kepada Fie bila tiba-tiba saat kami keluar dari tandas, aku ditunggu oleh seseorang. Mukaku merah padam menahan malu kerana saat keluar tadi, pastinya budak itu melihat tindakan tak senonoh aku membetulkan kain yang senget. "Hensom giler weh. Dah orang suka, terima je lah," Fie mengejekku sambil memuja-muji budak tue.

Belum sempat kami keluar tandas, "Dik, abang tue kirim salam." Kakak yang sama berkata perkara yang sama sekali lagi. "Kak, minta tolong. Adik segan lah. Minta dia jangan dekat situ. Adik nak masuk kelas", aku bersungguh meminta kakak itu memberitahunya supaya beredar.

*****

"Aku terima nikah Siti Nor Faezah binti Mohammed Ashaari dengan mas kahwinnya RM***** tunai." Sah. Bergema suara Mohd Nasrul Hadi bin Othman melafazkan akad di ruang tamu rumah itu. Syahdu sungguh saat itu. Dipeluk kedua ibu bapa tanda restu mengiringi bersama.

"Terima kasih sayang kerana menerima cinta abang. Kalaulah abang tak sabar, mesti abang tak dapat sayang. Abang mohon, sayang percaya pada abang. Paras rupa ini hanyalah ujian dari Yang Maha Esa. Kita sama-sama bina masjid cinta kita," kata-kata yang aku dengar tulus dari hatinya. Aku berdoa, moga jejaka ini tak berubah hati. Kalau dulu aku sangat bimbang dia mencari yang lebih menawan, kini aku yakin, hatinya telah ku tawan.


Berdasarkan kisah benar kami berdua. Hanya sedikit bingkisan bagaimana perkenalan bermula tanpa rasa cinta. Dan percayalah, kami tidak bercinta sehinggalah kami bergelar suami isteri. Ada masa, aku cuba coretkan lagi buat kenangan.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...