Saturday, July 16, 2011

Wahai pembuang bayi, bacalah ini ... | CM5

Alangkah bahagianya aku hidup di dunia ini. Lahirku disambut dengan tangisan kesyukuran ibu. Tubuh kecilku dipangku ayah lalu laungan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri merupakan alunan merdu pertama yang ditangkap telingaku. Sungguh merdu suara itu.


Manisan di mulutku rasa. Betapa nikmatnya tamar ini yang merupakan manisan pertama singgah di perutku. Aku kenyang dengan makanan kegemaran ramai ulama' itu. Lalu rambut aku dirapikan oleh insan-insan terpilih. Sepanjang masa itu, alunan gemersik suara memuji kebesaran Ilahi atas kehadiranku ke dunia jelas berkumandang. Syahdunya waktu itu. Pada masa yang sama juga, ramai tetamu bertanya. "Siapa namanya?", sambil tangan mereka mengusap lembut kepalaku.


****************************************

Wahai pembuang bayi, SEDARKAH ANDA bahawa anda melalui tiap saat yang membahagiakan itu sekali seumur hidup anda. TETAPI, anda langsung tidak memberi peluang sekalipun kepada bayi anda untuk merasakan saat bahagia itu ??

Kelahiran anak anda disambut dengan penuh kebencian. Mungkin, tiada laungan azan apatah lagi iqamah, melainkan makian. Jangankan manisan tamar anda cari untuk disuap ke mulut bayi anda, air kosong juga belum tentu anda hidangkan. Sudah pasti tiada majlis menyambut kelahiran, ditambah dengan bayi anda tiada nama menyambut kematian mengerikan.

Pastinya anda, pembuang bayi, sudah muak dan jelak mendengar orang berkata itu ini. "Kenapa tak fikir masa buat dosa dulu?", "Kenapa buat macam ni. Tak fikir mak ayah ke?", "Dah hilang akal ke? Tak tahu dosa pahala?". 

Aku tak ingin bertanya. Aku hanya ingin berkata dan menyatakan, ANDA PEMBUNUH ! Anda juga TIADA HAK untuk melakukan perkara yang anda lakukan itu WALAU DENGAN APA JUA ALASAN, kerana anda telah menidakkan hak bayi anda melalui saat paling bahagia bergelar bayi. 

Tag:
1. Sofi
2. Nely



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, July 15, 2011

Jangan tak ada persiapan ! | CM4

"Pehal korang lambat sangat nak bersiap nie? Penat dah aku tunggu korang, tau tak?", tiba-tiba Shamsul menyergah dengan suara lantang.


"Pehal ko nie Sul? Datang bulan ke? Rileks lah. Bukan nak pergi mana pun. Takat nak update blog je pun", Jozan cuba menenangkan Sul, nama timangan Shamsul, sambil diperhatikan oleh Nabil. "Apa pun tak boleh !", Nabil mencelah.


Mereka bertiga terus duduk mengadap laptop Apple pemberian ayah Sul sempena ulang tahun kelahirannya bulan lalu. Masing-masing kusyuk melihat monitor laptop sambil tangan Sul menggerakkan tetikus menggunakan tangannya. Di'klik'nya www.blogger.com. Sesudah login, laju sahaja 'cousor' di monitor menekan 'new post'.


"Aku bukan nak marah korang lambat bersiap tue. Aku marah sebab korang tak buat persiapan awal. Dah janji dengan aku nak post entri hari ni pukul 2. Nie sampai pukul 3. Kalau tau camni, baik aku scheduled je post aku semalam. Tak payah tunggu korang." Sul membebel kepada rakan-rakannya. 


"Sorry lah. Lain kali, kami on time. Sul, ko nak post entry pe hari nie?", Nabil bertanya selepas keadaan mula sunyi. "Hari tue, time aku jalan-jalan, aku ada snap gambar. Aku ingat nak citer pasal tempat-tempat yang aku pergi tue. Tapi, ada sekali tue, tengah aku makan aiskrim goreng, aku nampak seorang pakcik tua nie. Kesian sangat. Baju dia compang-camping. Kurus kering. Muka dia sedih sangat. Tapi, yang buat aku betul-betul nak menangis bila tiba-tiba dia boleh hulur nasi kat tangan dia dekat kucing yang ikut dia". 


*Kesimpulan:


Daripada cerita pendek di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, setiap kali ingin meng'update' blog, aku akan pastikan ada persiapan yang dibuat. Antaranya:


1. Berdasarkan pengalaman yang aku lalui, lalu diceritakan kepada pembaca sama ada secara bersahaja, cerpen mahupun puisi.
2. Berdasarkan gambar menarik yang diambil, lalu aku olah.
3. Berdasarkan isu semasa yang berlaku dengan sedikit pembacaan melalui surat khabar, blog dan lain-lain sumber ilmiah.


Korang pula macam mana? Copy paste dari sumber lain je ker? :P


Tag:



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, July 14, 2011

Kepopularanmu membuat aku ghairah | CM3

Ini bukan entry 18SX. Cepat je korang tekan nak baca kan. Tolonglah insaf. Kalau tak cukup umur lagi tue, dok diam-diam je ye. Hahaha. :P

Okay, aku nak tanya. Korang rasa, bila korang popular, orang lain ghairah tak tengok korang? Eh, betul ke soalan aku nie? Silap.. silap.. Korang ghairah tak mengejar populariti? *admin nie pun agak-agak lah nak bagi topik. Perlu ke perkataan ghairah tue?

Okay, straight to the point lah. Popular di alam maya. Semakin ramai yang ghairah mengejarnya. Korang pun lebih kurang jugaklah kan. Dok blogwalking sana-sini, kenalkan diri bagai. Nak popular, kena lah bagi orang kenal. Betul tak?


Adakah korang GHAIRAH bila korang POPULAR? *soalan tak boleh blah.


1. Bukan semua ada talent


Bukan semua orang ada talent macam Siti Nurhaliza, Justin Bieber dan seangkatan dengan mereka yang boleh perform on stage dengan gaya tersendiri sehingga gaya mereka menjadi ikutan ramai. Ingat senang ke nak tengok kat kedai ada "TUDUNG IZFANORA" ! Memang mimpi 30 malam berturut-turut pun belum tentu ada. At least, nama korang menjadi sebutan 10 - 20 orang blogger pun dah kira hebat. Betul tak?


2. Tunjuk skill yang ada


Skill nie masalah juga sebenarnya. Alam maya nie luas. Infiniti lah orang cakap. Bukan takat blog saja. Vlog, fb, twitter, dan sebagainya. Aku pun ada yang tak khatam lagi. Contoh aku wat filem, belum tentu korang leh wat. Betul tak? Bukan aku ghairah sangat nak popular, tapi itu skill aku. Hahaha. 


3. Positive thinking


Menjana ekonomi untuk kestabilan masa hadapan. Tak semua orang boleh cari side income dengan mudah. Bila popular di alam maya, at least boleh jana income. Mungkin mereka-mereka ini ada masalah kewangan (siapa tahu). So, dengan cara mempopularkan diri mereka di alam maya, mereka dapat menjana pendapatan. Kot-kot pak sedara dorang kena kejar along ka. Sapa tau? Tul dak?


Nie hanya sikit saja lah yang aku boleh kongsikan sebab nak fikir point nie pun 2-3 malam masuk dalam mimpi. Tapi, satulah nasihat aku bila dah ghairah sangat kejar populariti di alam maya nie dan dah popular. Macam aku cakap tadi lah. Disebabkan alam maya nie meluas, janganlah sampai cari publisiti murahan. Kalau boleh, elakkan daripada menyebar perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. :)


Tag:

2. Ell



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, July 13, 2011

Saksikan di pawagam filem arahan aku ! | CM2


TIKET PERCUMA !
TAYANGAN SELURUH DUNIA !
PADA BILA-BILA MASA !
MARI MERIAHKANNYA !

Bukan senang nak dapat tengok filem free macam aku buat nie. Memang rugi kalau korang terlepas peluang ke'permata'an nie. *up sikit dari keemasan. Meh le kita ramai-ramai penuhkan stadium merdeka. Bukan untuk perhimpunan okay. Kan ada skrin besar. Kat situ pun aku buat tayangan. :P

Nie aku nak bagi sinopsis sikit cerita yang aku nak buat. Normal lah orang Malaysia kalau cerita cinta, gaduh-gaduh, rampas kuasa pastu ala-ala fantasi sikit. So, aku nak combine sume tue jadi satu. HANYA ADA DALAM FILEM ARAHAN AKU JE TAU ! Kalau korang pernah tengok sebelum nie, senyap-senyap sudah. 


Sinopsis:

Minah disumpah menjadi makhluk yang ganjil bagi penduduk bumi. Penduduk bumi merasakan Minah adalah makhluk yang diutus untuk menghancurkan bumi yang aman. Tapi, Mamat merasakan kelainan yang ada pada Minah. Dia merasakan Minah mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi yang memenuhi citarasanya. Mamat telah merancang untuk mengambil Minah menjadi isterinya. 

Kekusutan melanda apabila niat Mamat ditentang habis-habisan oleh orang tuanya kerana Mamat adalah harapan keluarga bagi kesinambungan empayar permata perniagaan keluarga. Minah membawa diri sehingga terjatuh ke suatu tempat yang sangat indah. Di situ, Minah belajar mengenal mana kaca mana permata. Permata sebenar hanya ada di situ, bukan di perniagaan keluarga Mamat. Hanya kerana rupanya, kata-kata Minah tidak dipercayai. Hanya Mamat yang mengerti.

Apa yang terjadi seterusnya? Saksikan di pawagam berhampiran anda.

Pelakon utama:


Sam Worthington


Angelina Jolie
 Lokasi Pengambaran (tempat tercantik di dunia):





Poster filem:




tag:

2. Yati


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, July 12, 2011

"Ibu, beri aku RM100.." | CM1

Ini kisah aku. Seorang anak yatim yang kehilangan bapa sejak usia aku 12 tahun. Menyelusuri hari-hari mendatang, aku hanya ditemani seorang ibu yang sangat pengasih dan memahami serta seorang abang yang sangat 'rosak'. Namun, aku bahagia dengan kehidupan aku bila ibu sentiasa di sisi.


Aku dilahirkan dari keluarga yang susah. Seperti pepatah, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Tapi, aku bersyukur dengan segala rezeki kurniaan-Nya. Melihat rakan sekuliah bergaya sakan dengan pakaian cantik, bertatarias indah dengan coletan maskara di mata, kadang timbul rasa cemburu untuk turut sama bergaya. "Tolonglah jangan kampung sangat", pernah satu ketika, telingaku menangkap sindiran keras dari rakan sekuliah. Aku dikatakan tidak 'up to date' dan ketinggalan zaman.


Selalu aku menangis mengenang nasib keluarga. Ibu hanya mengambil upah menjahit. Itupun sekiranya kondisi tubuhnya sihat. Dua tahun lalu, ibu disahkan mengidap barah hati. Kerap kali batuknya memecah keheningan dan kesunyian malam. Pernah aku suarakan untuk berhenti belajar bagi menampung perbelanjaan keluarga, namun aku dilarang keras oleh ibu. "Kalau boleh bagi ibu sebiji banglo, tebus tanah arwah ayah, ubat abang sampai berhenti menagih, baru ibu izinkan angah berhenti belajar". Oh, ibu sungguh tabah !


Aku tersedar dari lamunan panjang saat suara lembut ibu memanggil mengajak makan malam. "Angah tak lapar ibu. Ibu makanlah". Aku tidak mahu ibu melihat aku menangis. Sengaja aku menolak ajakannya. "Esok ibu berilah RM100 yang angah minta tu. Ibu belum ada duit lagi malam ini". Hatiku sungguh sayu mendengar suara ibu memujuk. Ibu, tahukah engkau bahawa aku baru sahaja tahu ada penawar bagi penyakitmu itu. Aku hanya kekurangan RM100 sahaja untuk mencukupkan simpananku menjadi RM3000! Ya Allah, moga RM100 itu mampu ku cari dengan jalan yang lain selain daripada meminta ibu.





tag:

2. a'an

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...