Tuesday, January 8, 2013

Resepsi | Outdoor Photoshoot

Assalamualaikum semua rakan blogger

Alhamdulillah, tugas mereview majlis resepsi hampir selesai. Tinggal lagi untuk majlis bertandang. Untuk tengok review resepsi perkahwinan aku boleh tengok kat link aku bagi.

Trend masa kini, kalau dah namanya majlis perkahwinan, mesti ada sesi outdoorkan. Kalau tak ada, macam tak sah plak. Semuanya kebetulan masa kami cari pakej OP untuk kahwin. Dalam masa yang suntuk, kami memang tak sempat nak survey mana-mana dan hanya pergi ke pameran pengantin sekali sahaja di Plaza Alam Central yang masa tue tak dirancang sebab baru lepas pergi kenduri kahwin kawan dan ke butik untuk survey baju pengantin, tapi tak jadi ambil dengan butik tue pun. = . =' (kitaorang hanya survey satu butik ni sahaja dan disebabkan masa yang sangat singkat, decide follow pilihan belah lelaki guna andaman yang sama untuk kedua-dua belah pihak). Dan pakej yang mereka tawarkan sangat berbaloi bila kami dapat 3 orang photographer, untuk majlis pernikahan, persandingan perempuan dan outdoor, persandingan lelaki dan outdoor dan juga album yang aku pun dah tak ingat namanya beserta frame gambar yang besar-besar. Hambek kaw !

Sesi outdoor aku melibatkan dua lokasi. Satu kat sebelah rumah aku saja. Rumah lama peninggalan arwah nenek sepupu aku. Rumah ni tak ada orang duduk dah, tapi masih dijaga. Rumah memang tak bercat dan style rumah kampung. Kira nampak old school. Memula aku rasa macam, "cantik ke ambil gambar kat rumah ni ? Tak macam seram ke ?" Hahaha. Giler penakut kan aku ni. But, after few month, OP bagi teaser kat fb. Encik suami siap cakap, "abang paling tak sabar nak tengok gambar dekat rumah lama tu !". Dan hasilnya memang awesome. 






Selesai dekat rumah lama, kami pun bergerak ke tasik Kota Kemuning. Dekat je tempat ni dari rumah aku dan tempat ni memang dah common sangat dengan pengantin. Memula macam aku dan encik suami rasa nanti gambar tak best sebab tempat ni biasa je kawan-kawan tengok, tapi, bila teaser keluar, kawan aku sibuk tanya aku ambil gambar kat mana. Hahaha. Masa tu aku rasa macam, "eh, takkan korang tak tahu ini kat mana ?". Ayat poyo je.










Alhamdulillah. Settle majlis resepsi belah aku pada 30 Jun 2012. Nantikan majlis bertandang pula yang diadakan pada keesokkan harinya, 01 Julai 2012. Sekarang, masa untuk bagitahu korang, orang-orang yang banyak membantu dan bertungkus-lumus sepanjang majlis resepsi aku. Bab DIY tak banyak pun. Nanti kalau ada masa, aku review.


Pakaian, make up, pelamin : Abang Amir dan Kak Mah (tak ada link)
Kek Kahwin : Kak Nadirah (senior sekolah)
Banner : Adik aku
Bunting : Umi @ Puan Pingu (kawan sekolah)
Kad kahwin : Qif Graphic Printing
Official Photographer : Creeperz Photocraph Studio



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, January 5, 2013

Resepsi | Part 2

Assalamualaikum semua rakan blogger



Resepsi | Part 1 aku dah cerita macam-macam, cuma gambar pengantin je tak berapa nak jelas. Aku bukan pengantin yang suka follow trend sangat sebab tak berkemampuan. Aku suka ikut apa yang aku mampu dan aku selesa. Bab baju sanding, aku tak lah nak kisah melampau-lampau. Yang penting aku nampak nice, sopan dan TIDAK KURUS ! Itu paling penting. Hahaha. Bukan senang orang kurus macam aku nak cari fesyen yang sesuai.

Tip untuk B2B
Bukan semua jenis baju sanding yang kau nampak cantik kat badan pengantin lain atau patung akan cantik juga di badan kau. Oleh itu, bersederhana. Pasti cantik !



Just nice and i really like it. Peduli apa orang nak kata, tapi aku sangat-sangat sukakannya. Aku sangat-sangat selesa dan rasa macam betul-betul raja sehari. Bagi aku, semuanya perfect untuk persandingan. Masa aku kawin, belum lagi musim peplum, tapi aku telah menggunakan idea tersebut. Maka, terhasillah 'my peplum wedding dress'. Hahaha. aku yang bagi nama. =P Dan tudung bawal juga tetap pilihan utama aku. NO AWNING !


Dengar bunyi kompang, berjalan menuju kepada encik suami. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Pada pukul 12.30 tengah hari, langit redup sahaja. Maka, layanlah gambar aku dan encik suami sepanjang majlis berlangsung ye.







Bab baling gula-gula ni memang biasa kat majlis perkahwinankan. Bab ni aku tak tahu pun ada. Terima kasih yang tak terhingga buat the only kakak ipar aku yang bertungkus-lumus siapkan dua kotak gula-gula tanpa pengetahuan aku. Tak tahulah, bila masa dia buat benda alah ni. Tapi, benda sangat meriuhkan suasana.




Selesai sudah majlis resepsi aku. Lepas majlis, dalam pukul 5 petang, kami pergi sesi outdoor. Even time tue still ada lagi tetamu. Sesi outdoor, next entry ok.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 4, 2013

Resepsi | Part 1

Assalamualaikum semua rakan blogger

Entry ni panjang giler mungkin. Aku tahu, akan ada yang just scroll tanpa baca dan terus komen. Tapi, aku tak peduli. Sebab entry ni akan jadi antara entry yang besar maknanya dalam hidup aku.

Macam biasa, bila dah settle bertunang, bernikah, malam berinai, makanya keesokkan hari adalah hari persandingan kedua mempelai. Warna tema? Ofkos bila perkahwinan ada warna tema. Abah aku tanya, "Nje, kawin nanti nak warna apa?". Dan aku jawab dengan confidentnya, "pink !". Maka abah pun mencebikkan muka dan berkata, "dah agak dah". Hahaha. Rugi kalau tak gunakan warna kegemaran time hari bersejarah. Gitew. Tapi, bagi aku, aku suka di kelilingi dengan benda-benda berwarna merah jambu, tapi untuk aku dan encik suami berpakaian merah jambu, perlu difikirkan namploh kali. Aku tak berapa gemar berpakaian merah jambu keseluruhannya. Nampak childish kalau tak kena warna.



Pagi Sabtu, 30 Jun 2012, aku bangun bersiap segala. Saudara-mara dah bising suruh aku makan banyak-banyak sebab tak nak aku muntah-muntah dan pitam macam semalam masa nikah. Aku layankan saja sebab tunggu kek kahwin aku yang tak kunjung tiba. Macam berjanji, kek kahwin sampai sama dengan mak andam sampai. Makanya, aku hulur saja kek tue kepada kakak aku, untuk dibuat apa yang patut.




Tip 1 untuk B2B

Make sure jangan nak kelam-kabut sorang-sorang. Semua orang sedia maklum kau pengantin, tapi tak semua orang sedia maklum apa yang ada dalam kepala otak kau. Makanya, serahkan sahaja kepada yang pakar. Yang penting, percaya kemampuan orang lain.


Aku pun masuk ke bilik untuk bersiap. Solek lebih kurang 2 jam dan aku siap lebih kurang 15 minit awal dari waktu bersanding. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku bernasib baik sebab aku bersanding pukul 12.30 tengah hari dan aku sanding on time macam dalam kad. So, memang aku dapat jumpa ramai kawan-kawan aku termasuklah cikgu-cikgu aku sebab itu waktu puncak kenduri, orang kata.

Tip 2 untuk B2B

Silalah siap mandi segala sebelum mak andam anda sampai untuk elak membuang masa. Kalau siap awal dari waktu bersanding, itu adalah lebih baik sebab dapat pose manja di bilik sebelum keluar berjumpa tetamu. Selain itu, anda sempat juga berjumpa dengan kawan-kawan anda yang datang awal sebab bila anda bersanding, belum tentu anda dapat jumpa semua kawan yang datang.

Kompang dipalu, pengantin pun berarak ke pelaminan. Aku bukan jenis control ayu bagai. Ikut dan aku nak gelak-gelak atau lambai-lambai tangan sampai makcik-makcik aku semua cakap, "Jah, cover sikit gelak tu. Susah nak ambil gambar !". Dan ada sekali adik lelaki aku tegur, "kenapa kau suka buat mulut macam tu? Gambar semua tak jadi !". Tersentap mak dengar. Aku tak biasa pakai lipstik bagai. So aku rasa macam ada sesuatu kat mulut aku. Yakss, sangat tak sedap !



Pelamin ini mengundang 1001 cerita. Kisahnya, semasa perkahwinan kakak dan abang aku dulu, pelamin di dalam rumah kerana dorang bernikah di surau. Disebabkan aku bernikah di dalam rumah, macam gedabak sangat pula nak sumbat pelamin bersanding ni. Hampir sahaja cancel bab pelamin, tapi apalah maknanya pengantin tanpa pelamin nan indah. Makanya, adalah satu khemah disediakan diluar rumah, khas untuk pelamin. Alhamdulillah, hujan turun maha lebatnya pada hari Khamis, sehari sebelum majlis pernikahan dan tapak khemah untuk pelamin dinaiki air. Plan B berjalan, pelamin ditukar ke porch kereta (bab ni memang tabik spring kat abang Amir sebab dapat pasang pelamin kat porch kereta yang rendah tue dengan jayanya) dan khemah pelamin bertukar menjadi khemah makan beradab.

Simple itu aku. Aku bukan jenis suka serabutkan kepala dengan benda yang menyusahkan. Photobooth, candybuffet dan entah apa-apa lagi yang ramai blogger buat memang tak dan aku nak follow. Kenapa ? Sebab aku tak nak saudara mara aku atau kawan-kawan aku bersusah-payah duduk mengadap dan menjaga benda-benda tue semua. Aku mahu mereka bersama aku, meraikan hari bersejarah aku, duduk bersama kawan-kawan yang lain, makan di meja tetamu yang disediakan dengan kenyangnya dan bergembira tanpa terikat dengan 'tugasan' yang aku berikan. Lagipun, aku hanya ada dua minggu sahaja sebelum majlis aku sebab aku betul-betul baru hantar report praktikal time tu. Fuhh, lap peluh kejap. = . ='

Tip 3 untuk B2B

Bukan semua yang orang lain boleh buat, kita pun boleh buat. Anda akan sedar, di hari bersejarah anda, TETAMU adalah yang paling anda nantikan dan akan anda hargai sampai bila-bila. Maka, silalah layan tetamu anda dengan semampunya.

Kita harus sedar, 80% tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kita adalah KAWAN IBU BAPA kita dan bukanlah kawan kita. Am I right? Sebab tu bukan kau yang sambut tetamu, tetapi mak ayah kau. Lainlah kalau kau artis. Memang majlis kau untuk kawan kau saja. Orang macam aku, gadis yang dibesarkan di kampung, sah-sah satu kampung tu kenal mak ayah aku sementelah mak ayah aku anak jati kampung aku. Makanya, mulut yang bercakap pasal majlis kau banyak dari kawan mak ayah kau. Oleh itu, lebih baik apa yang ada di majlis itu, adalah memenuhi kehendak ramai. 

So, aku suka balancekan apa yang ada. Apa yang mak ayah aku provide untuk majlis aku, aku tahu memang itu yang terbaik untuk aku. Sebabnya, dorang dah setuju nak guna warna merah jambu pun dah sangat mengujakan. Kau hengat senang nak suruh adik-beradik lelaki aku pakai pink ? Hahaha. Tak payahlah kau nak sibuk sangat pasal khemah nak letak kat mana, pelamin celah mana, meja makan semua. Pening kepala je. Mak ayah kita ni, walau tak suka, tetap cakap, "mak abah okay je", tapi dalam hati mereka? Allah yang tahu.

Gambar ni menunjukkan semua ahli keluarga aku pakai pink, tapi tak termasuk anak buah aku. Dorang tak ada dalam gambar. Adik aku yang last a.k.a si mulut becok (dah lama tak cerita pasal dia), memang langsung tak ada gambar dia. Entah mana dia pergi masa majlis tue. Ini aku curi gambar dia time raya, sebab tue baju warna hijau.



Tunggulah next entry untuk tengok busana persandingan aku ye kawan-kawan. Aku blur susun cerita sampaikan gambar terkontang-kanting, bersepah tak ingat. Gambar beribu pula. Rambang mata nak pilih. Kang aku masuk semua gambar aku, macam jual muka pula. Hahaha.

But, the best ever it is dalam majlis aku pada 30 Jun 2012 ni adalah bersamaan dengan HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ABAH aku yang tercinta. 

"Great date, great event with a great person"

Serius, menangis masa abah potong kek hari lahir. Adik-beradik aku semua cakap, "untunglah majlis dia sama dengan hari lahir abah. Patut pun abah panggil dia manja !". Apa perasaan aku? Speechless. Allah Maha Mengetahui.




Tip 4 untuk B2B

Just remember that, kalau mak ayah kita gembira dan tak terasa susah dengan majlis kita, insyaAllah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Less is more dear.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, January 2, 2013

Malam Berinai

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tahun baru masihi sudah menjelmakan dirinya. Tapi cerita bab kahwin aku masih belum habis juga. Kemalasan tahap dewa telah bermaharajalela. Tak apa, aku gagahkah juga tangan menaip entry seterusnya. Gittew !

Bertunang sudah, bernikah pun sudah. Makanya, malam pun menjelmakan dirinya. Betapa rushnya diri aku menukar baju segala pada hari 29 Jun 2012, Jumaat itu. Kronologinya, jam 4 petang aku bertunang, 6 petang aku bernikah dan disambung pula acara malam, berinai. Gamaknya berinai ni majlis pakai-pakai inai segala, tapi nan hado. Dalam family aku, malam berinai ni sama sahaja situasinya macam hari kenduri bersanding. Maksudnya, siapa yang tak boleh datang masa hari persandingan, datanglah pada waktu malam itu. Ramai gila memang tak hengat. Dari lepas maghrib sampai ke lewat malam, kunjungan tak putus-putus. Ramai juga kawan-kawan aku yang datang malam itu sebab keesokkannya, hari Sabtu masa aku bersanding, dorang kerja.

Usai sesi bergambar untuk majlis pernikahan bersama Creeperz Photocraft Studio, aku bergegas mandi segala untuk menukar persalinan malam. Tengah aku bersiap, dari dalam bilik aku dengar bising gila kat luar rumah. Okay, redha sahaja sebab pak cik aku sponsor tarian kuda kepang. Entah apa-apa. Aku tak berapa nak setuju mula-mula, tapi bila fikir balik apa abah aku cakap, aku rela. Tapi, bila semua dah berlangsung, dengan abah aku pun naik angin. Katanya tarian biasa, tapi dah luar biasa.


Kebetulan, untuk ke pelamin di luar rumah, kena lalu dekat tempat persembahan ni. Aku memang tak tengok lah sebab takut tak tidur malam. Hola, malam itu encik suami belum tidur kat rumah aku lagi. = . ='


Malam tu, aku pakai baju jawa sebab nak kekalkan tradisi perkahwinan dalam adik-beradik aku. Masa malam berinai kakak dan abang aku, dorang pun pakai juga baju jawa. Maka, aku pun pakai juga. Hahaha.


Bagi aku, aku suka sangat baju ni sebab selesa untuk aku pakai. Just benda-benda kat kepala tue je yang macam banyak gila. Tak apa, lagipun malam. So aku meriahkan suasana. Hahaha.

Dalam pukul 10, aku tukar lagi satu baju. Baju songket tradisional. Tetiba aku feeling gadis melayu gitu. Ntah kenapa, pakaian yang aku pilih semuanya ke arah budaya lama. Jiwa kampung sungguh aku ni.


Lewat malam, ada satu lagi baju yang aku tukar. Tapi, aku tak berkenan sangat-sangat. Aku memula tak nak tukar dah, tapi mengenangkan mak andam tunggu, tukarlah sekejap. Disebabkan aku tak berkenan, aku pun tak naklah share gambar. Hahaha.

Maka, habislah cerita malam berinai aku. Lewat malam, encik suami pulang ke rumahnya semula menunggu hari persandingan esok di rumah aku. Serius aku nak bagitahu, aku tak kena simptom tak boleh tidur or kerungsingan melampau untuk melalui hari bersejarah aku ni. So, aku tak ada masalah muka lesu. Hahaha. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Pakaian, solekan dan pelamin : Abang Amir (tak ada link, tak payah tekan-tekan)



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, December 27, 2012

Pernikahan

Assalamualaikum semua rakan blogger

Selesai sudah majlis bertunang, tiba pula majlis kami disatukan. Gitew. Bagi yang baca entry pertunangan aku, korang taulah yang aku bertunang beberapa jam sebelum nikah. Nak dijadikan cerita, lepas selesai majlis pertunangan, aku masuk bilik untuk bersiap dengan busana nikah. Busana kau, tak hengat ! Masuk je bilik, siap-siap, alamak, aku pitam ! Serius beb, siap muntah-muntah lagi dalam bilik. Nasib baik ada tong sampah dalam bilik pengantin. Wajib ada okay untuk b2b sekalian. Sila take note !



Kepanjangan intro aku rasa dah cukup. Tok kadi a.k.a atuk saudara aku tetiba call abah aku dan bagitahu, akan terus ke rumah aku dulu baru pergi ke rumah pasangan yang lagi satu. Aku dengan keadaan macam tue, ditambah pihak lelaki yang aku takut belum siap, telah membuat keadaan dalam bilik maha kelam-kabut. Dah kenapa pulak pengantin yang dah book awal tetiba lambat pula. Nasib baik assistant aku semuanya power. Siaplah aku dengan cantiknya. Perasan ! 

Bab bunga tangan lagi sekali. Aku tak nak pegang bunga tangan sebenarnya, tapi assistant MUA bising. Maka, redha lagi macam time tunang. Dia tanya aku nak pakai bunga apa, lain yang diminta, lain yang dapat. Tak apa, aku tak kisah. Asalkan cantik.



Tu je full view busana yang aku ada. Sangat simple dan mengikut apa yang arwah tukang jahit aku sempat lakarkan sebelum dia pergi. Akhirnya, idea direalisasikan oleh kawan aku. Kain yang diguna adalah satin, sama macam kain untuk baju melayu encik suami sebab dibeli oleh mak encik suami. Aku just tambah beli kain lace untuk baju sikit dan patch kat veil. Tapi, bukan aku yang patch sebab tak ada masa. Aku minta tolong kawan aku juga. Hahaha.



Alhamdulillah, lebih kurang pukul 6 petang, kami bergelar suami isteri yang sah. Abah aku yang menikahkan aku. Perasaan? Serius, aku sedang menahan muntah masa atas pelamin dan tiba-tiba, "sah !" dan bacaan doa. Bab ni serius dan tak lawak. Sila jangan gelak.






Dan bermula detik itu, aku bergelar isteri kepada encik suami. Keadaan yang dah lewat petang dan aku pun nak rush bersiap pula untuk malam berinai, makanya gambar tak banyak sangat yang sempat disnap. Tapi, OP menjalankan kerja dengan sangat berjaya. Terbaik !



Hantaran untuk majlis pernikahan cuma ini sahaja sebabnya yang lain dah diberi masa majlis tunang beberapa jam sebelumnya. Ha, kan jimat. Bab nak review barang hantaran bagai, aku tak tahulah aku pandai buat entry ke tidak. Sebab yang aku DIY pun tak banyak mana. Semua tangkap muat dan malu nak dipertontonkan. Hahaha. Tapi, disebabkan aku bangga dengan kerja aku, nanti aku try review. Boleh juga anak-anak aku imbas balik hasil kerja keras mama dia masa kahwin. Sewa khemah kat luar rumah pun jimat juga sebab sekali jalan. Gubahan hantaran untuk cincin encik suami dari aku tue disponsor oleh kawan baik aku sebab aku tak sempat dah nak buat. Rezeki, rezeki.





Last but not least, gambar yang menjadi header aku sekarang ni. Sangat suka gambar ni. 



Lepas habis semua, tok kadi a.k.a atuk saudara aku bagi sekeping kertas yang menandakan kami dah sah bergelar suami isteri. Serius, bila aku tengok kertas ni, aku macam cuak je. Laku ke ni kalau kena tangkap pencegah maksiat ? Seram je rasa bila nak pergi honeymoon cuma bawa kertas nie sebagai bukti. 


Sekarang, masa untuk promosi orang yang buat aku cantik. Cantik ke? Hahaha.

Bunga tangan dan make up : MUA Rias Mazmiera, Kak Mastura
Busana : Duan Buhari
Shawl dan veil : Pearlnity
Pelamin tunang dan nikah : Abang Amir (tak ada link)
Official photographer : Creeperz Photocraft Studio



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...