Thursday, December 2, 2010

Zikir Kalam Teragung

Kala sejuk menggigit tulang,
Kala gigil menguasai tubuh,
Kala hitam selubung alam,
Kala sunyi peneman,
Kala purnama punca penerang.

Hitam yang mendatang,
Terbakar dek kerna patah kita,
Biar jadi abu selama,
Jangan dikenang, Jangan diulang,
Kelak binasa, merana, berdosa,
Punah segala yang lama telah terbina.

Teman hilang,
Bukan ke mana,
Ada, cuma kini bukan lagi sesiapa,
Kerna satu khilaf tak semena.

Difikir buat akal berpusing,
Diingat buat jiwa ditikam,
Dirindu hati jadi tak keruan,
Biarkan ia jadi sejarah hitam,
Tak mungkin nak dikenang,
Tapi jua jadi pengajaran.

Lidah yang tajam dari mata pedang,
Lukanya tak sembuh sampai jasad ke kuburan,
Darah air mata yang mengalir dari hati,
Sakit, ngilu, pedih,
Tiada ubat mampu merawat.

Alunan gemersik ayat suci,
Zikir kalam teragung,
Kurniaan Ilahi Yang Kekal Abadi,
Menyejuk hati sedingin salji,
Biar jadi peneman malam hening,
Biar kau tiada lagi kini di sisi.


Nota kaki: Aku hilang seorang yang selama ini ku jaga dengan sepenuh hati. Bukan apa, cuma satu katanya yang buat aku cukup rasa terhina. Sungguh tak disangka, kata-kata itu keluar dari mulutnya. Biar aku hilang dia selamanya, jangan aku hilang maruah yang lama ku jaga. Buat semua yang punya teman, buatlah silap sebanyak mana sekalipun. Hanya satu yang perlu dijaga, "kata-kata". Aku manusia tak sempurna, punya khilaf di mana-mana.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

4 comments:

MeIsMe said...

best... =)

~haykal~

ieza ashaari said...

tq haykal.. :)

Amni said...

sangat setuju! sakitnya bila kata-kata tu menikam kat hati tu tak tau nak cakap macam mana.. lagi-lagi kalau kata-kata tu dari seorang yang sangt kita respect.. huhu.. pernah kena dulu....

psstt... kita bertugas kat 100 p hari yang sama kan... hehe

ieza ashaari said...

sakit sgt.. smpai skrg xleh nk tg muka. bukan benci, tp sayu.. :'(

ye r.. sama hari.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...