Friday, April 29, 2011

Fikirlah Bahagia

Jika takdir telah tersurat
Biar ia kelihatan tersirat
Jika takdir telah menguji
Biar kita terus diuji

Kuat bukan untuk sehari
Kuat bukan sekadar untuk diperhati
Kuat luaran tidak memberi erti
Kuat dalaman paling mengerti

Janji ditagih bukan kerana mohon simpati
Janji diraih kerana kau berjanji
Janji jangan tinggal janji
Kerana janji pasti ku kenang sampai mati

Biar kau lihat aku bahagia
Biar kau lihat aku tak berduka
Biar kau lihat aku senyum tertawa
Biar kau lihat semuanya indah di mata
Biarlah
Biarkan selama-lama

Kau ku sanjung tinggi
Imam ku dalam solat didiri
Kehormatanku kau jagai
Maruahku kau peliharai

Pernah mataku bercahaya melihatmu
Pernah bibirku suka memanggil-manggil namamu
Pernah dadaku kencang berdepan kamu
Pernah kakiku lemah berhadapanmu

Kini kau rasa aku menjauhi
Kini kau rasa aku membenci
Kini kau rasa aku dipunyai
Kini kau rasa aku tak mengerti

Ingatlah dulu kau pernah biarkan
Ingatlah dulu aku hanya hamparan
Ingatlah dulu aku kau kecewakan
Ingatlah dulu aku hanya sandaran

Mengapa terasa sukar berusaha?
Sedang dulu aku mencuba
Mengapa sukar menerima?
Sedang dulu pahit ku telan sahaja
Mengapa fikir derita menjelma?
Sedang dulu aku hanya fikir bahagia
Mengapa berundur sebelum aku dipunya?
Sedang dulu, nyata kau bersamanya.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

1 comment:

MeIsMe said...

wahhh sangat mendalam maksud ni..
terasa maca suatu persoalan yang belum berjawab.. hurmm..
apa2 pun.. senyum wahai gadis gerimis.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...