Friday, April 15, 2011

Sukar mencari bahagia

Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak meluah perasaan kat sini. Nak luah per yer? Banyak yang bermain kat kepala nie sebenarnya. Tapi, tak tahu nak luah yang mana satu dulu. Tak pe, slow-slow yer.


Aku semakin senang menjalani kehidupan aku sebagai seorang pelajar sekarang nie. Aku dikelilingi budak bilik yang rajin-rajin, (tak macam aku nie. even dulu time diploma ada yang menggelarkan aku bibik sebab suka sangat mengemas tak tentu masa), comel-comel dan pandai-pandai. Harap-harap, apa yang baik kat dorang, aku turun ke aku. Amin. =)


Di suatu sudut, aku diuji dengan ujian Maha Hebat. Mungkin dalam umur begini, dalam mencari erti hidup untuk masa hadapan, banyak yang perlu dicari, ditempuhi dan dirasai. Mana nak dapat manis kalau tak rasa masam dan pahit. Mungkin, begitu juga dalam kehidupan ini. Kadang, aku rasa tertewas, tapi aku kena kuat. Terfikir, kenapa ianya terjadi kat aku. Tapi, bila aku muhasabah diri, aku tahu, ujian yang datang adalah untuk menguji kekuatan hamba-Nya dan Dia hanya menguji insan-insan yang terpilih.


Puas aku bertanya. Kenapa sukar untuk aku merasa bahagia dalam bercinta? Pernah dulu aku terpaksa buang cinta yang ada di hati. Yang mekar mewangi tanpa dipandang oleh dia. Pernah aku tak ambil kira kata sesiapa tentang perasaan aku kerana aku mahu berjuang dalam mendapatkan cinta. Nyata pengorbanan aku sia-sia. Aku tetap dipandang sebelah mata. Mungkin, aku langsung tak dipandang. Kenapa terlalu sukar untuk merasa cinta? Adakah aku bukan selayaknya?


Kadang dia seperti menduga cinta aku. Gaya dan perlakuannya menarik perhatian aku. Biar dia tidak tahu, aku sendiri lagi, masih menanti. Biar dia tidak tahu, dirinya masih ku sanjung tinggi. Biar dia tidak tahu, siapa dalam hati aku. Biarlah dia tidak tahu apa-apa.


Aku akan terus mendoakan kebahagian mereka-mereka yang ada di sekeliling aku. Aku mahu kalian semua bahagia. Doa kalian untuk kebahagiaan aku amat aku hargai.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...