Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harapnya semua sihat sejahtera.


Ramadhan sudah memanggil-manggil kita. Sungguh rasa tidak sabar di hati ini untuk berjemaah di surau malam ini, bertarawikh bersama jemaah yang lain. Sungguh aku sangat merindukan suasana itu. Indah sungguh panorama yang terhidang di depan mata apabila sepanjang berjalan kaki ke surau berhampiran rumah, aku lihat kanak-kanak berlari keriangan. Yang dewasa sedikit sibuk mengambil air sembahyang sampai basah hujung lengan baju dan hujung kaki seluar sambil bergelak ketawa dan membaling-baling air ke rakan yang lain. Yang lebih tua duduk menunggu di beranda surau sambil berborak dengan yang lain kerana jarang berjumpa. Alangkah indahnya saat itu.


Ramadhan kali ini benar-benar akan aku sambut selama sebulan di rumah bersama keluarga kerana aku benar-benar bercuti tanpa bekerja sambilan, tidak seperti selalu. Seronoknya dapat bersahur dan berbuka puasa. Pasti aku akan sibuk mengajak adik lelaki aku ke pasar mencuci mata untuk mencari juadah berbuka. Sungguh aku tak sabar !


Selamat datang Ramadhan yang dinanti-nanti. Selamat datang. Selamat menyambut Ramadhan, bulan penuh barakah dan kemualiaan kepada semua rakan-rakan. Maafkan andai ada silap dan salah serta kekasaran bahasa yang menyinggung perasaan.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

Mr.Superman said...

abg maafkn ;) slmt berpuasa izfa.

abg minta maaf ye..psl tu..secret. :)

Hafidz said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak...semoga kita mendapat 1001 keberkatan..amin:)

iPai said...

aik tak sabar nak pg bazaar ramadhan ke ?

hee, selamat menyambut ramadhan ye izfa .. heee ..

iKhRam said...

seronok la dpt berpuasa dan bersahur di rumah..

semua juadah ala2 dis yurga kan?

nak balik jugak la..!

Hizami Li said...

dah macam babak dalam drama je.
:P

selamat berpuasa ye!

Mr.Superman said...

btw,header da kck?

bsr la cun..

Prince Halilintar said...

selamat menunaikan ibadah puasa,
semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)

Hati Batu said...

selamat berpuasa hehe.. :P:P:P

TUAN SHARIFAH AZIZAH said...

wah2 seronoknye dia full pose n sahur kt umh yer thn nie... hargailh nikat yg d perolehi sebaik2 nye yer syg... huhuhuhu

Anonymous said...

slmt b'puase (:

Wanie said...

same la kite..puasa kat rumah :)

ampunkan wanie jugak ye..hehe

puasa tak tadi? :D

humble.yat said...

hmm memang best berpuasa sebulan ngan family, pesanku hargai ramadhan ini sebaik mungkin selama mana kita berada dgn mak ayah, mana tahun depan tak berkesempatan denagn mereka..hidup kita ni pendek je huhu..rindu ramadhan terakhir dgn arwah abah)..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...