Monday, August 1, 2011

Di sebalik Ramadhan 1

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, selesai juga puasa kita pada hari pertama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, bagi yang boleh menunaikan ibadah, teruskanlah mengutip amalan dengan solat terawih malam ini di surau atau masjid berdekatan anda.


Tetiba aku punya idea untuk membuat coretan dari hari pertama aku berpuasa hingga akhir Ramadhan nanti dengan kisah 'Di sebalik Ramadhan'. Semoga ianya boleh menjadi kenangan indah yang boleh aku ingatkan kembali suatu hari nanti. Mana tahu, ini tahun terakhir aku berpuasa sebagai anak dara dan tahun depan aku berpuasa dengan Mr. Right pula. *Semoga Mr. Right aku membaca coretan ini suatu hari nanti. Atau mungkin anda Mr. Right aku? Hahaha. 


Kisah hari ini aku mulakan dengan pagi semasa sahur. Aku bangun terlewat sedikit berbanding kakak ipar pada jam 4.30 pagi. Aku bangun, mak aku sudah mula memasak lauk. Sahur pagi ini sungguh menyeronokkan kerana satu keluargaku dapat berhimpun. Keluarga kakak dan abang aku ada sama memeriahkan sahur. Aku, mak, kakak ipar dan Along (kakak ku) berborak sepanjang menyediakan juadah bersahur sehinggakan kami langsung tidak merasa mengantuk. Sedar-sedar sudah pukul 5.15 pagi. Selesai bersahur, aku terus berjaga mengemas dapur. Selepas itu, aku terus mandi, solat subuh dan mengaji. Sehingga pukul 7 pagi, aku langsung tidak mengantuk.


Pagi itu, aku melayan karenah anak-anak buahku. Si kakak, Amera Raudhah memang agak becok mulutnya. Dia pandai membodek untuk mendapatkan apa yang diinginkan.


Kakak : Acik buat apa tue? 
(masuk ke bilik dengan muka manja, mengada-ngada. Waktu itu aku sedang mengemas katil)

Aku : Kemas katil. Eh, kakak dah mandi, dah wangi. 
(sambil aku menarik dia dalam peluk dan mencium di pipinya. Dia tersengih-sengih. Aku mula musykil. Dia selalu kalau manja-manja begini, mesti nak sesuatu)

Kakak : Acik ~ ~ (dengan nada membodek) Rambut kakak dah panjang. Acik ada ikat rambut tak? Kakak nak ikat rambut. (sedangkan di tangannya sudah dipegang getah rambut aku. Tahu saja kat mana aku simpan !)

Tengah hari pula, masing-masing berada dalam dunia khayalan. Hahaha. Yang lelaki masing-masing lemah-longlai. Tidur sahaja. Kelakar pun ada. Masa banyak diisi dengan duduk berehat membaca surat khabar, menonton tv ataupun bermimpi. LOL !

Peristiwa petang sebelum berbuka pula menyaksikan mak aku meminta adik lelaki aku ke econsave membeli buah. Sedangkan buah yang ada di dapur punyalah banyak ! Bila aku cakap dengan mak aku yang masih banyak buah di dapur, mak aku boleh cakap, "Alah, buah kat dapur tue tak ada air !". Kadang pelik mak aku nie. Aku terimalah kata-kata itu dan bersiap. Untuk pengetahuan korang, adik aku nie dah 23 tahun, tapi tak ada lesen kereta. Dia pun datang ke bilik aku dengan gediknya, mengajak aku ke econsave. *Gaya dia lebih kurang macam anak buah aku lah merengek. Hahaha.

Peristiwa di econsave membuatkan aku berfikir lama. Mak aku menyuruh membeli tembikai dan limau.

Aku : Pilihlah tembikai tue. Aku tak tahu nak pilih. 

Adik aku : Ko rasa yang mana satu ok ? (sambil memandang aku dan aku menunjukkan salah satu buah tembikai yang aku rasa cantik di mata aku. Hahaha) Ye ke ? (Sambil menepuk-nepuk buah tembikai tersebut dengan muka tak confident)

Tiba-tiba ...

Seorang pakcik : Tak payah lah nak ketuk-ketuk buah tue. Sama saja. (tak memandang kami, berlalu dengan muka selamba, bersahaja)

Aku : Salah ke cara ko tue pilih buah ? (aku bertanya kepada adikku semula selepas mendengar kata-kata itu. Kalau ikutkan, ramai yang berada di tempat kejadian, dan melakukan perkara yang sama seperti adik aku)

Kalau lah pak cik tue hebat sangat pilih buah tembikau, apa lah salahnya ajar kami-kami yang serba tak tahu nie. Sebabnya, aku lihat mukanya sangat confident mengambil buah tembikai di satu sudut tanpa membelek dan memilih. Terus saja mengeluarkan kata-kata itu dan berlalu pergi dengan penuh bangganya. Nasib baik bukan adik aku. Kalau adik aku, dah lama aku smash kat situ juga !


Moral Ramadhan 1 : Bersabar dengan kata-kata yang dilemparkan kepada kita. Sesungguhnya, bersabar itu mengajar kita lebih tahu mana yang lebih baik untuk dicontohi dan diikuti.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

20 comments:

NasQ said...

kalau nak tau buah tembikai tu ok ke tak, belah sikit lepas tu rasa la... huhu...

Prince Halilintar said...

yup, kene byk2 bersabar..kerana itulah tuntutan Ilahi.

kalau tgk kulit luarnya dah xelok rasenya isinya jgk dah xelok..allahualam

iPai said...

achik .. nak buah tembakai satu slice ..

heheh .. wah2 .. menarik ye hari 1st .. semua ada plak tuh ..

mesti seronok kan ..

betul laa kita kena banyak sabar .. bulan ni laa kita nak train ... lepas ni lagi senang laa kesabaran tuh hilang ..

selamat berpuasa esok ye izfa aka nje .. heheh

Mr.Superman said...

wah..nice part 1. ;)

klu abg la kn,mmg pantang org ckp2 mcmtu.da la x pndg mke kita.berlagak plk dia.


mmg abg da pgil pkcik tu minx dia ulg ayat dia.then bru sembur.wahahah ;))

biar pdn mke dia.*mud jaht ni

iKhRam said...

sama la
aku ni pun umo 23 pun tak de lesen kete..

itu citer tembikai
ni citer air tembikai

ptg td g beli air tembikai. nampak cam sedap sebab die mesin buah depan kita..

sekali yg ada air tembikai suam. aku pun minta nak air tembikai sejuk.

sekali dia boleh ckp mcm nie..

"ok, boleh tak kami letak ais kat luar.. keliling air tembikai??"

aku mula2 mcm pelik juga dengar.. last2 aku ckp aku nak air tembikai tu campur sekali dgn ais.. mcm la aku minta kopi suam.. aku sabar lagi..

masa nak bayar
dia tnya lagi..

"adik nak straw ker?"

aku memang sabar jer. naseb bek air tembikai tu seringgit.. mcm la selama ni aku beli air bungkus takde straw.. grrrr

semutsengal said...

bagi seorang pakcik,

teguran sebegitu sgtlah tidak berhemah yea..

jeBateja said...

mmg le beli buah tembikai tepuk2...apa lah kan...kan...kan...den beli kat tesco...selama je megetuk...ahakz

Anif Abdullah| AA said...

wohoo..nasib baik bulan puasa kan. huhu

Far8 budak baik said...

tu ar kot kot ini poser
yg terakhir kn..huh huh..
sedih je...mmg ttido jelah kn
poser ni..hahahaha
garang gile kn kau..
ekeke..

first time kat sni =)

humble.yat said...

wah..nasib baik bulan puasa..rasa2 nye, pakcik tu pun letih jugak kot..sebab tu dia tak larat nak pilih buah tembikai hehe:-P

TUAN SHARIFAH AZIZAH said...

Alhamdulilah selesai 1 hari...

Anonymous said...

diari puasa ANAK DARA (tahun depan KAWEN) le ni yer...


aku suka watak pakcik tu. kalau aku, aku buat mcm tu gak

Anonymous said...

fasobrun jamil

Unknown said...

tak2..aku bukan mr right engko

Anonymous said...

Emm biasa la 2 org. Ada ja yg pgai mcm 2.sabar ja la. Tambah nyk pahala hehe

Wanie said...

huhu..pakcik tu sape?kalau tak salah kat econsave takde org nak jage sangat pun kan..customer jugak ye?sibuk je, org nak pilih pun xleh..

izfa, umur bape?hehe..adik izfa umo baya wanie la..:)

Unknown said...

bab pilih2 ni memang eyfa lemah sikit. hehee. tak ape. sabar tu sebahagian daripada iman. Org bersabar ni besar pahala nya. lg2 bulan puasa ni :)

Acik said...

camne nak pilih tembikai, acikpun x taw! :)

Tea Dno said...

err haha. tea pun kalau beli tembikai mesti tepuk2 dulu dengar bunyi. baru amik. ahahaha.

Tea Dno said...

tapi nak senang tgk isi dalam cantik ke tak. ce baling , ce baling. kaakakka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...