Friday, July 29, 2011

Perbezaan iman seekor semut & seorang manusia


Assalamualaikum sahabat. Semoga Jumaat ini memberi 1001 ketenangan, kedamaian dan kesejateraan kepada kita semua. Amin. Ingin aku kongsikan satu cerita buat pedoman ramai. Banyak teladan yang boleh diambil dari cerita ini yang aku perolehi melalui email.

IMAN SEEKOR SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?”. (kita sedia tahu bahawa Nabi Allah Sulaiman adalah seorang nabi yang boleh berinteraksi dengan binatang)

Semut pun menjawab, “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”.

Jawab semut, “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan di tutup bekas itu. Kemudian, Nabi tinggalkan  semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut. Lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut, “Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu, kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan, tapi kamu hanya makan setengah”.

Jawab semut, “Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong ! Kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi, bila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung kepada kamu dan aku tak percaya kepada kamu. Sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa !”.

Itulah IMAN SEEKOR SEMUT !

IMAN SEORANG MANUSIA

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya menggali kubur orang mati. Kerja menggali kubur orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam. Oleh itu, kubur perlu digali terlebih dahulu.

Tetapi, yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak menggali kubur untuk menanam mayat. Sebaliknya, apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk menggali semula kubur.

Dia mahu melihat bagaimana rupa mayat setelah disoal oleh Munkar Nakir. Dia menggali satu kubur, dua kubur, tiga kubur, sepuluh kubur, lima puluh kubur sampailah 100 kubur.

Selepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya, “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih menghadap kiblat? Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian, “Di akhir zaman, hanya dua daripada 100 orang umat Islam yang percaya, rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Adakah ini IMAN SEORANG MANUSIA? Renung-renungkanlah sahabat. Sudah bermaharajalela sogokan dan rasuah di sana-sini. Kita sudah di akhir zaman. Semoga kita terlepas daripada syaitan manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil,

“ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN,
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

4 comments:

edz said...

interesting post this time, keep writing!!! thumbs up! one person like this..

Wanie said...

izfa, menarik entry kamu..

bijak betul semut tu..huhu
seram lak bace kisah gali kubur ni..

iPai said...

out of 100, only 2 .. kene banyak beringat macam ni ..

Mr.Superman said...

manusia ttp manusia..lalai,mudah lpe spe penciptanya.yg dikejar hny la kebendaan semata2.


minx dijauhkn dr semua tu.

nice post izfa. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...