Thursday, July 21, 2011

Semanis kurma vs Manisnya kurma ini

Assalamualaikum semua. Aku tahu, mesti malam nie ramai dok kecoh shoutout sana-sini, post itu ini pasal Malaysia lawan Chelsea yang golnya gol ihsan. Apakah aku juga menonton? Oh, walaupun aku menyokong Harimau Malaya, Malaysia tanah tumpah darahku, aku memang tak tahu apakah yang harus ditonton bila tengok perlawanan bola. Mengapakah ini terjadi kepada aku? Aku pun tak tahu. Hihi.


Entry aku malam nie bukan pasal bola, tapi pasal Program Semanis Kurma yang baru habis siarannya pukul 11 malam sebentar tadi. Korang tengok tak? Program malam nie istimewa sikit apabila secara tidak langsung meng'clear'kan kekecohan yang konon-kononnya diperkatakan oleh 'BUKAN PEMINAT SEPAH' mengenai ketidaksopanan kumpulan Sepah meniru program Semanis Kurma. Ini kerana, jemputan malam ini adalah Shuib dan Siti Sarah.


Ustaz dan ustazah sangat 'open minded' dengan hiburan yang dibawa oleh Sepah. Mengapakah orang lain terlalu menyibukkan diri mereka membuat kecoh? Apa pun tak boleh!


Banyak input yang diperolehi malam nie apabila tajuk yang dibawa (Isteri Umpama Bidadari) di ketengahkan. Aku sangat tertarik bila dikatakan, "Seorang wanita solehah di dunia (taat kepada Allah, taat kepada suami dan taat kepada ibu bapa) adalah lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga". Subhanallah. Alasannya, wanita di dunia mengerjakan solat, berpuasa dan melakukan perkara yang diperintahkan Allah untuk menjadi bidadari.


Ada seorang suami menalifon dan bertanya mengenai tips bagaimana mendapatkan keluarga yang harmoni setelah keluarganya retak dan ibubapa masuk campur. Tips yang diberikan adalah DUIT. 

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal

Duit sangat berguna di dunia, malah melalui 'DUIT' juga, ia akan membantu di akhirat.


Semoga kita semua, wanita, mampu menjadi seorang isteri umpama bidadari kepada seorang suami. Amin.


Nota kaki: Adakah entry kali ini terlalu serius sehingga aku merasakan ingin berkahwin? Apakah?


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

Mr.Superman said...

nk kwin ke?haha.. ;D

td abg pun tgk kjp. :) pastu tutup tv.sbb kpl berat,x lrt nk tgk.

diorg x kesah pun,non peminat sepah yg kecoh.mgkn diorg rs sensitif kot.period letuw~haha ;P

Anonymous said...

perempuan lebih mudah masuk syurga kerana ujian dia lebih berat

ada 4 cara.... errr... lupa lak ceramah ustaz kazim

ko cari ler

tnZackJ said...

ni betul2 menghayati program...

Anif Abdullah| AA said...

haha.. utzah sporting je pon..xde mood tgok bola sbb xsehat.huu

semutsengal said...

anda perlu kawin kot ?


AHAHAHHAHAHA, manisnya kalau dapat makn nasi minyak nnt..



lallalalalala.

iKhRam said...

keluarga bahagia bermula dari ketua keluarga yang bijaksana mengemudi dan penolongnya yang sabar melihat ketuanya mengemudi..

mak ayah saya juga begitu
sehinggalah kami merasakan kebahagiaanya..

Hizami Li said...

manisnya kurma ini!
haha.
:)

humble.yat said...

tak sempat tengok pun..sbb tgh peming kepala..nasib baik izfa wat review.hehe:-)

tapi mmg betul pun, seorang isteri boleh menjadi bidadari syurga...:-)

iPai said...

diorg bersikap professional tuh ..


weewwiiiitt .. nanti dah ada calon, kawin laa .. nanti nje bgtau abah ye ..


wah sebenarnya daripada dulu lagi tertanya pasal ni .. akhirnya dapat juga jawapannya dan tips DUIT tuh sangat bagus laa


pasal teka-teki tuh .. trima kasih yaa jawab .. hee, terer laa .. uhuhuh

SUHAIDA said...

su tgok jgk..sakan gelak2

Wanie said...

lepas ni kena tengok semanis kurma selalu..hehe

dulu mase study selalu la tengok, sekarang kat umah dah jarang..

nak kawen roger2 la ye..:)

miss fiza said...

manisnye kurme ini...... :)

abglan said...

DUIT... memang setuju sangat, elakkan dari terbeban dengan hutang... kalau tak tiap ujung bulan perang besar.

Nik said...

diorang suami isteri yg sporting.hehe

Mr.Superman said...

nk kwin da? :)semoga bahgia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...