Friday, July 22, 2011

Tafsir mimpi

Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua di hari jumaat yang penuh barakah ini? Harapnya sihat dan ceria apatah lagi esok ada yang cuti. :) 


Okay, intro hari ni pendek je sebab tak tahu nak bebel apa. Aku proceed terus pasal tajuk aku. Apasal hari nie aku nak cerita pasal mimpi? 


Of course lah semua orang pernah bermimpi. Tak kira lah mimpi basah ke, mimpi kering ke, kena patuk ular ke ... bla bla bla ke ... Tak kisah lah mana satu pun kategori mimpi korang tu. Aku belum pernah lagi jumpa orang yang tak pernah bermimpi. Sebab dari aku kecik, adik aku pun cerita mimpi dier kat aku. So, logiknya, budak kecik pun mimpi, inikan kita yang dah dewasa nie kan. Apatah lagi lelaki. Hihi. Okay, gurau di situ.


Aku nak tanya sikit lah (tapi rasa macam dah banyak juga tanya kat entry-entry sebelum nie kan? Abaikan). Siapa yang tahu mentafsir mimpi? Ada tak? Sila lah tinggalkan link anda. Okay, ini bukan gurau, ini serius (nyanyi sikit macam Wonderpat).


Dah dua malam aku mimpi benda yang sama. Yang agak merisaukan adalah malam tadi aku mimpi benda yang sama seperti malam semalam, tetapi ada sambungannya. Maksud aku, (aku bagi contoh) kalau mimpi aku malam yang pertama tue dari A sampai D, kiranya malam tadi mimpi aku dari A sampai G. Aku takut malam nie aku tidur dan terus bermimpi dari A sampai Z dan aku terus tak bangun. Oh, apakah yang aku lalutkan ini !


Aku tak tahu kenapa aku terlalu risau. Sila lah bantu aku bagi sesiapa yang tahu. Jasa baik anda amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih (sempat lagi wat lawak !)


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

NasQ said...

selain tukang karut, aku jugak ambil part time tukang tilik... apa2 pun boleh ngadu siap dengan pengeras...

miss fiza said...

emm.. fiza ade membe...die ade mimpi bersiri.. 3mlm berturut2..mimpi tu pon bersambung2.. die refer ustz xslah fiza.. at the end of the day.. mimpi tu jadi kenyataan..it happened same.. tp tukan sume keje Allah..Allah yg tentukan.. myb mmp tu Allah kasi utk peringtan diri :)

Amran Syah said...

mimpi tu mainan tidor.tidor tu mainan gua....hahah

iPai said...

alamak .. tak reti tafsir ..


saya rasa saya pernah bermimpi, tapi tak hengat langsung .. so macam tak bermimpi juga r ..


tahniah, jawapan izfa betul !!!!

abglan said...

Kadang-kadang mimpi nie berkait rapat dengan apa yang kita lalui seharian.

cuba tengok apa perkara semasa dan ade metaforanya dengan mimpi tue tak?

mungkin perkara itu yang kita kerap fikirkan sampai bawak ke tidur.

Anonymous said...

mimpi x perlu diceritakan
hehe

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

aku selalu pas bangun tido inagt mimpi aku.. tapi bila dh tengahari lupa lak ape yang aku mimpi malam td :)

Valenvenge said...

mase kite mimpi ni sbenanye otak kite tgh proses smue menda kite buat hari tu...so think about it :)

iKhRam said...

sama la
sejak dua toga hari ni asyik mimpi yang bukan2..

lepas terjaga langsung susah nak tido..

huhuhu

Alif Haris said...

sy ta pndai mentafsir mimpi tp yg penting ..
sebelom tidur tu amek wudu'... baca doa ,ayat kursi agar tidur dan mimpi kita tidak diganggu syaitan ..

kdgkala mimpi tu nk mnecritakan sesuatu ..

iPai said...

izfa nak try dgr mimpi awak itu ..

tp cam ne nak kontak ye .. hehe

Mr.Superman said...

klu mimpi abg x thu,tp klu kelopak mata bergerak2 pnh bc..

http://www.echaaa.com/search?updated-max=2011-07-16T12%3A17%3A00%2B08%3A00&max-results=2

or

http://laman-seri.blogspot.com/2009/11/kelopak-mata-bergerak-gerak.html

psst**jaga kesihatan awk baik2. :) abg nk prg ni.2hr lg abg dtg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...