Tuesday, August 2, 2011

Di sebalik Ramadhan 2

Assalamualaikum semua. Macam biasa, aku teruskan menulis diari Ramadhan aku malam ni. Dah macam cerita kat tv plak, Diari Ramadhan Rafique. Betul ker ? Aku pun tak tengok cerita tue. :P


Hari ni, aku tak adalah nak cerita dari sahur semua macam semalam. Sebabnya, hari nie, tinggal kami-kami, mak abah dan adik-beradik yang bujang sahaja di rumah seperti selalu tanpa kehadiran Along dan abang. So, macam biasa saja suasana.


Peristiwa hari ni yang boleh diceritakan dan diambil pengajaran adalah pasal adik bongsu aku. Kejadian nie berlaku selepas dia pulang dari sekolah kebangsaan. Dia baru darjah dua. Waktu tue, aku tengah baring depan tv.


Sampai saja dalam rumah, dia terus letak beg sekolah dan buka uniform sekolah. Tak seperti biasa, dia selalu lambat-lambat saja membuka uniform. Tunggu sampai aku membebel dan paksa makan tengah hari (waktu tak puasa), baru lah dia nak buka.


Dia : Kakak, adik nak mandi !
(tak sempat aku bercakap apa-apa, terus dia berlari ke bilik air, meninggalkan uniform di ruang tengah rumah)

... selepas beberapa minit ...

Aku : Adik ! Tak habis lagi ke mandi tue ?
(aku panggil adik aku sebab dah hampir setengah jam dia dalam bilik air ! Dia kena bersiap ke sekolah agama. Mandi lama sangat mengalahkan orang mandi wajib !)

Dia : Kakak nie, adik mandi lah !
(keluar dari bilik air, tapi macam tak bau sabun je !)

Aku : Adik mandi apa lama sangat ? 

Persoalan mati di situ tanpa jawapan. Dia terus ambil baju t-shirt dan ke ruang tamu. Aku ke bilik. Tak lama tue, mak aku balik dari mengajar. Dia lari mendapatkan mak aku dan berkata,

Dia : Mak, boleh tak adik minum ? Adik haus lah.

Mak : Kalau minum, adik tak puasa lah. Eh, cepat adik mandi ? 
(mak aku pun pelik dia mandi cepat. Selalu, mak aku balik, dia belum mandi lagi dan masih beruniform sekolah kebangsaan !)

Adik : Adik haus, adik mandi lah !

********************************************

Rasa-rasa korang lah kan, apa yang sebenarnya adik aku nak cakap ? Adakah ... 

1.   "Adik haus, adik minum lah !", 

atau

2.   "Adik panas, adik mandi lah !"

Okay, aku positif lah. Adik aku nak cakap yang kedua tue, tapi tersasul. Huhu. Tapi, dia nie memang liat sikit berbanding adik aku yang lain. Mentang-mentang lah dia yang bongsu dan kakak abang dia semua dah besar panjang. Korang bayangkan lah, kasut sekolah dia ada 5 PASANG ! Setiap hari, tukar kasut. 

*pssssst, tadi adik aku ponteng sekolah agama. Dia cakap kat mak aku, dia tak larat sebab puasa. Tapi tadi time berbuka, mak aku cakap, "kalau adik puasa hari nie, tak boleh jalan dah agaknya dia tue !". Dia boleh lari-lari dan tersengih-sengih ! Ngada ye adik ! Mesti kau bodek-bodek mak tengah hari tadi !


Moral Ramadhan 2: Budak kecil kalau tak nak puasa, masih boleh dididik dengan ganjaran yang bersesuaian, tapi kalau dah besar panjang, masih nak ponteng puasa, memang minta pelempang ! Denda naik van mayat pun masih tak berkesan. Kalau aku, denda tanam hidup-hidup kat kubur separuh badan, tinggal sorang-sorang semalaman !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

NasQ said...

kalau boleh jangan dimanja sangat... nanti jadi liat pulak... macam2 helah muncul nanti...

iPai said...

ganas ye izfa siap tanam separuh badan .. ni mesti mak yg otai nanti ni ...

hee, budak2 n anak bongsu ni memang gitu ek ..

act dia lama dalam bilik air dia duk fikir lama2 sama ada dia nak minum ke tak .. tp lama punya pk, baru decide nak tanya emak .. haa .. kita mesti bersangka baik kan .. hehe

iKhRam said...

biasalah tu.. pernah jugak terfikir mcm tu masa kecik2.. bila dah posa ni, air papi pun nampak sedap.. cam air soda jer.. hahaha


selamat berpose kat adik tu yer..

Blog Eazy Izzuddin said...

hehe..
biasalah masa zaman kecik2 dulu pun begitu juga..
kot
xD

singgah..

humble.yat said...

hehe mcm2 akal budak sekrg..tp msa kecik2 dulu, baru belajar puasa, sy pun suka mandi lama2..dah besar, dah tahu hukum, tak buat dah huhu

semutsengal said...

hahahah,

aku deal dgn adik aku..

20 hari puasa aku beli GSHOCK..

cool tak ?

Wanie said...

baru darjah dua kan..boleh dimaafkan lagi..mungkin ke die minum air mase amndi?hehe..kelakar tol la adik izfa ni..

Anif Abdullah| AA said...

nakal jugak eh adik.hehek.. ni mesti akak pon nakal plus-plus gak ..hahak :p

Anif Abdullah| AA said...

nakal jugak eh adik.hehek.. ni mesti akak pon nakal plus-plus gak ..hahak :p

Anif Abdullah| AA said...

nakal jugak eh adik.hehek.. ni mesti akak pon nakal plus-plus gak ..hahak :p

Anif Abdullah| AA said...

nakal jugak eh adik.hehek.. ni mesti akak pon nakal plus-plus gak ..hahak :p

Prince Halilintar said...

dgn adik2 jangan ambik kire sgt la..biase la dulu2 kite pun camtu jugak ye dak..hehehe

Unknown said...

hehe alalalala ngada btul..rotan je. haha

Acik said...

budak kecik x pose, kiut! kalu dah besar panjang nak ponteng gak, harus kena tendang (wah, bukan pelampang lagik, terus tendang jer) kahkahakahhhh

miss Fyqa said...

alaa.kecik lg takpa ler..dah besar jgn wat ye adik..hehe

Begedil Ayam Pikat Hati Ibu Ayah

Daddylicious said...

bijak2 bistari....hehe

Unknown said...

wlupun kasut dia ad 5 tp mesti balik sekolah kotor kn?hehe

Hizami Li said...

hehe.
biase la tu.
inshaAllah dah besar nanti tahu la dia.
:)

Ibu Ammar said...

yang kecil boleh dididik, yang dah besar. lempang lelaju kalau masih tak puasa.

Amran Syah said...

adik lu mandi dan minum air....hahaha

Anonymous said...

sebijik mcm aku
haha

Unknown said...

aku bersangka baek le kat adek ko..

Mr.Superman said...

akak,adik haus..adik pun nk mdi la klu haus. :D


smpai hati nk lempang abg yg cute ni x?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...