Wednesday, September 21, 2011

Reda sikit

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Minggu lepas minggu PANAS, HANGAT dan TERBAKAR yang aku lalui dengan penuh SABAR dan REDHA. Alhamdulillah, even perit, aku dapat lalui dengan boleh lah. Nak cakap tenang pun tak boleh juga sebab memang aku langsung tak tenang.


Keadaan masih belum reda sangat, tapi aku mula buat tak ambil kisah. Biar saja lah. Biar lah apa orang nak kata dah. Pekak kan je lah telinga !


Terima kasih atas kata semangat kamu-kamu semua. Rupanya, ada juga yang menantikan entry aku seperti bulan Ramadhan yang lalu. Baru aku tersedar, aku terlalu mengikut emosi kebelakangan nie. Sedangkan, dulu aku tak terlalu begitu. Mengapa kah ? Adakah usia menjadi faktor utama ? Atau terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling yang menekan ?


Keadaan agak reda sikit bila Khamis malam Jumaat lepas, aku buat keputusan balik rumah, dari hidup di kelilingi persekitaran yang tegang. Sampai rumah, aku cuba lupakan apa yang terjadi. Alhamdulillah, aku tak ingat pun perkara-perkara tu. Paling best dan membantu proses pe'lupa'an, aku bertolak ke Terengganu buat kali kedua mengikut rombongan menghantar pengantin. Entry ke Terengganu kali pertama ---> SINI.


Nak kata best sangat tak juga sebab kejap je kat sana. Yang lama, duduk dalam bas, dengan keadaan yang sejuk membeku. Turun dari bas, sampai rumah pengantin, panas tak ingat. Magrain masing-masing. Tapi, sangat seronok sebab satu bas penuh saudara-mara. Bukan senang dapat peluang berkumpul macam ni.


Enjoy lah gambar yang sempat ni snap ni ye.


Perjalanan bermula pada sebelah malam. Masing-masing layan mata kuyu.
Tiba di rumah penginapan pada keesokkan pagi sebelum bertolak ke rumah pengantin.
Sesi bergambar over sebelum meneruskan perjalanan. Lokasi bergambar di rumah penginapan.
Tiba di rumah pengantin perempuan. Jalan kaki lah pulak !
Sah ! Sesi bersalam-salaman.
Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa ia terjadi kepada setiap hamba-Nya yang dipilih. Semoga ada hikmah indah yang terselindung di sebalik setiap kejadian.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

11 comments:

Prince Halilintar said...

lame kan perjalanan pergi terenganu nek bas..prince pernha gi sana sekali nek bas..time tu lak bas rosak...lame gile baru sampai ke terengganu..balik dah serik nek bas naik flight plak..

iKhRam said...

hahaha.. tetiba cam terasa..
aku kah yang ckp ternanti2kan kisah cam bulan ramadan tu? atau akukah yang ternanti2kan ceri ceria cam bulan ramadhan tu..

hahaha
aku kah? aku kah? hahaha

hidup mesti best.. u are super woman beb!!

NasQ said...

huhu... masalah dunia je tu... biaq pi la...

cha zainol said...

hye dear. things happen for reasons. redah dan redha. mesti boley senyum :)

Zul fattah said...

sabar je la .. skrang dah ok kan? happy blogging ..huhu

iPai said...

wah nampak ye izfa dah tenang ek ? hee

wah2 sampai naik bas .. meriah ni .. hee

Anonymous said...

tengganu x jauh dh ngn kelate..bkpe x singgah umah aku dlu??hehe

Unknown said...

sabaq ek

Unknown said...

sabar ye? jgn terbakar..hehe

semutsengal said...

selamat pengantin baru.


lalalalallala.

humble.yat said...

wah rindu nak ke terengganu...lalu tepi pantai, rasa angin pantai:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...